Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ramai Ibubapa Mengamuk Kenapa KPM Sekolah Tak Tutup Ketika COVID Meningkat. Ini Jawapan Menteri Pendidikan Tahun 2020

Ramai Ibubapa Pelik Kenapa KPM Sekolah Tak Tutup Ketika COVID Meningkat. Ini Jawapan Menteri Pendidikan
Sekolah Tak Tutup Ketika COVID

Sekolah Tak Tutup Ketika COVID? KGMMB Cadang KPM Perlu Tutup Semua Sekolah tetapi nampaknya ini tidak selari dengan apa yang dinyatakan oleh KPM. Semalam telah diadakan 1 sesi khas bersama KPM dan oleh sebab itu mari kita lihat apa yang Menteri Pendidikan kita ini suarakan.

Ramai Ibubapa Mengamuk Kenapa KPM Sekolah Tak Tutup Ketika COVID Meningkat. Ini Jawapan Menteri Pendidikan

Pra Sekolah 2

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menutup semua sekolah ketika negara berhadapan lonjakan kes COVID-19 memerlukan perbincangan amat mendalam kerana boleh menyukarkan pelajar di kawasan pedalaman meneruskan sesi pembelajaran secara alternatif.

Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata Sekolah Tak Tutup Ketika COVID ia berikutan masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.

Katanya, sekiranya sekolah di seluruh negara diarah tutup serta-merta kerana COVID-19, pelajar yang tidak mempunyai akses kepada Internet akan teraniaya.

“Apabila kita bercakap tentang online learning… untuk kita yang ada kemampuan atau akses kepada Internet dan teknologi, mungkin kita lihat bahawa pembelajaran secara online adalah satu pilihan terbaik.

lead 1 9
Ramai Ibubapa Mengamuk Kenapa KPM Sekolah Tak Tutup Ketika COVID Meningkat. Ini Jawapan Menteri Pendidikan Tahun 2020 4

“Kami sendiri lihat ia pilihan terbaik, namun begitu, kekangan kita… ramai anak-anak kita ini yang tinggal di tempat yang akses kepada Internet itu minimum.

“Malah, ada juga yang tidak ada sebarang peranti. Apakah nasib anak-anak ini?,” katanya ketika ditemu bual dalam program Soal Rakyat di TV3, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata banyak pihak bertanya mengapa kementerian tidak tutup sahaja sekolah disebabkan peningkatan kes COVID-19, namun keputusan mengenainya bukan mudah untuk dibuat.

“Saya ingin jelaskan bahawa di Kementerian Pendidikan kita menaungi lebih lima juta orang murid dan pelajar, termasuk peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian lebih tinggi.

“Yang kedua, kita mempunyai lebih 500,000 orang guru dan warga KPM (Kementerian Pendidikan) serta kita menaungi lebih daripada 10,000 buah sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi).

“Jadi sebarang keputusan yang ingin dilakukan oleh KPM ini, memberi kesan bukan sahaja kepada KPM tapi kepada seluruh negara. Justeru, kami tidak boleh terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan,” jelas Dr Radzi.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati