Bantuan Pinjaman IPT Selangor merupakan satu inisiatif penting yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi membantu para pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat institut pengajian tinggi (IPT). Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPTA dan IPTS yang diiktiraf, dengan harapan ia dapat memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada rakyat negeri Selangor.
Apa Itu Bantuan Pinjaman IPT Selangor?
Isi Kandungan
- 1 Apa Itu Bantuan Pinjaman IPT Selangor?
- 2 Syarat-Syarat Bantuan Pinjaman IPT Selangor
- 3 Kadar Bantuan Pinjaman IPT Selangor
- 4 Kadar Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) Negeri Selangor
- 5 Cara Mohon Bantuan Pinjaman IPT Selangor, Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN)
- 6 Maklumat Pertanyaan
Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun Negeri Selangor (TPASBB) merupakan salah satu program bantuan pendidikan yang telah dibuka. Program ini khusus untuk anak-anak dan warga kerja syarikat serta badan berkanun negeri Selangor. Melalui bantuan ini, pelajar yang layak dapat memohon pinjaman pendidikan yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat, termasuk Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Ijazah Perubatan.
Rujuk info berkenaan bantuan IPT Zakat Selangor.
Syarat-Syarat Bantuan Pinjaman IPT Selangor
Berikut adalah merupakan syarat am dan khusus bagi permohonan bantuan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) Negeri Selangor:
Syarat Am
- Pemohon dan ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Selangor (keutamaan diberikan kepada anak Selangor).
- Telah mendaftar untuk pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, atau Ijazah Perubatan.
- Sedang mengikuti pengajian di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS dalam negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Bukan pelajar tahun akhir atau pelajar yang telah diberikan lanjutan tempoh pengajian.
- Belum menerima sebarang tajaan lain seperti biasiswa, pinjaman, atau dermasiswa.
- Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) tidak melebihi RM20,000.00 sebulan (gaji pokok).
- Dokumen-dokumen seperti salinan sijil lahir, kad pengenalan, slip gaji terkini, dan dokumen berkaitan perlu disertakan.
- Pemohon perlu mendapatkan pengesahan pendapatan jika ibu bapa bekerja sendiri atau tidak bekerja.
- Pengesahan mastautin diperlukan bagi pemohon dan ibu bapa yang tidak lahir di Selangor.
- Salinan surat kematian atau surat bercerai (jika berkaitan) perlu disertakan.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
- Pemohon perlu membuat semakan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup permohonan.
Syarat Akademik
- Sijil: Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam SPM (bidang dan teknikal) atau empat (4) kepujian untuk IPTA.
- Diploma: Lima (5) kepujian dalam SPM atau kelayakan Sijil dengan PNGK 2.50 ke atas.
- Ijazah Sarjana Muda: PNGK 2.50 ke atas dalam Sijil Tahun Asas, Pra-Ijazah, Matrikulasi, atau Diploma, atau empat (4) Gred C dalam STPM, atau lima (5) kelulusan (jayyid) dalam STAM.
- Ijazah Perubatan: Sedang mengikuti Ijazah Perubatan, Pergigian, atau Pembedahan di universiti awam.
Kadar Bantuan Pinjaman IPT Selangor
Berikut adalah merupakan kadar bantuan pinjaman boleh ubah dalam negara dibawah negeri Selangor:
Peringkat Pengajian | Kadar Setahun IPTA/IPTS |
---|---|
Sijil | RM 4,000 |
Diploma | RM 8,000 |
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar) | RM 10,000 |
Perubatan dan Pergigian | RM 12,000 |
Tajaan bermula daripada tarikh kuat kuasa surat tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran daripada universiti.
Kadar Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) Negeri Selangor
Pembiayaan yang diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah, di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/PNGK akhir pelajar. Selain daripada itu, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dalam surat tawaran.
- Tidak melanggar mana-mana syarat dalam dokumen perjanjian.
- Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang disahkan oleh universiti.
Cara Mohon Bantuan Pinjaman IPT Selangor, Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN)
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web berikut:
https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login
Maklumat Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh melayari laman web rasmi:
https://danapendidikan.selangor.gov.my/tkwbns/pembiayaan-pendidikan/pbudn