Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Akan Perkenal Pasport Malaysia 10 Tahun

Kerajaan Akan Perkenal Pasport Malaysia 10 Tahun

Umum mengetahui bahawa pasport Malaysia sebelum ini adalah tempoh 5 tahun, Kini pasport Malaysia 10 tahun akan diperkenalkan oleh KDN. Ia adalah merupakan satu penambahbaikan untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia khususnya untuk mereka yang ingin ke luar negara.

Perkara ini mendapat sambutan positif daripada rakyat Malaysia yang mana pasport Malaysia 10 tahun akan memberi kelebihan seperti boleh menikmati tempoh yang lama sebelum pembaharuan passport baharu.

Berkenaan Pasport Malaysia 10 Tahun Akan Diperkenalkan

Mengenai Pasport Malaysia

image 126
Kerajaan Akan Perkenal Pasport Malaysia 10 Tahun 5

Pasport Malaysia ialah pasport yang dikeluarkan bagi rakyat Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu untuk maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas dari negara terlarang.

Pengeluaran pasport dan dokumen perjalanan, bagaimanapun hanya sah untuk maksimum sehingga lima tahun sahaja bagi masuk dan keluar dari Malaysia serta perkara yang berkaitan terletak di bawah Akta Pasport 1966.

KDN Laksana Kajian Memanjangkan Tempoh Pasport Malaysia

image 127
Kerajaan Akan Perkenal Pasport Malaysia 10 Tahun 6

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merancang untuk melaksana kajian bagi memanjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun. Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kajian menyeluruh akan dilakukan dengan mendapatkan beberapa maklum balas daripada pelbagai pihak.

Menurut Datuk Seri Saifuddin, kajian itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai negara dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura yang telah memperkenalkan tempoh sah laku pasport mereka sehingga 10 tahun.

Pihak KDN percaya mereka boleh mendapatkan maklumat daripada tinjauan dan membuat keputusan dasar mengenai keperluan tempoh pasport 5 tahun hingga 10 tahun. Walaubagaimanapun, keutamaan diberikan kepada aspek penyelidikan terlebih dahulu.

Cadangan untuk Pasport Malaysia 10 Tahun

Melalui Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) telah mengesyorkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) ditambah daripada lima kepada 10 tahun dengan caj bayaran sewajarnya.

Presiden KPISM, Ajeet Singh Gurbax Singh, mengatakan lebih 100 negara di dunia sudah memperkenalkan pasport antarabangsa yang mana tempoh sah lakunya adalah sehingga 10 tahun.

Bahkan banyak negara dunia ketiga juga mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun. KPISM mencadangkan pengeluaran pasport Malaysia 10 tahun dengan kadar bayaran yang sewajarnya sahaja.

Menurutnya lagi, untuk buku pasport dengan muka surat sedia ada boleh digunakan, namun hanya tambah tempoh sah laku saja. Perkara ini juga akan menjimatkan kos kerajaan disamping menambah hasil negara. Pasport Malaysia sedia ada untuk tempoh lima tahun dikekalkan dan rakyat juga mempunyai pilihan.

Senarai Negara Pasport Sah Laku 10 Tahun

Kerajaan Akan Perkenal Pasport Malaysia 10 Tahun

Terdapat beratus negara telah memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun. Kini tiba negara Malaysia untuk pasport Malaysia 10 tahun untuk turut serta bersama negara-negara dibawah:

  1. Albania
  2. Algeria
  3. Andorra
  4. Argentina
  5. Armenia
  6. Australia
  7. Austria
  8. Azerbaijan
  9. Bahamas
  10. Bangladesh
  11. Barbados
  12. Belarus
  13. Belize
  14. Bosnia dan Herzegovina
  15. Botswana
  16. Brazil
  17. Bulgaria
  18. Burma (Myanmar)
  19. Cambodia
  20. Canada
  21. Chile
  22. China
  23. Colombia
  24. Costa Rica
  25. Croatia
  26. Cyprus
  27. Czech Republic
  28. Denmark
  29. Dominica
  30. Ecuador
  31. El Salvador
  32. Estonia
  33. Fiji
  34. Finland
  35. France
  36. Gabon
  37. Georgia
  38. Germany
  39. Greece
  40. Grenada
  41. Guatemala
  42. Guyana
  43. Haiti
  44. Honduras
  45. Hungary
  46. Iceland
  47. India
  48. Indonesia
  49. Ireland
  50. Israel
  51. Italy
  52. Jamaica
  53. Japan
  54. Kazakhstan
  55. Kenya
  56. Kosovo
  57. Kyrgyzstan
  58. Laos
  59. Latvia
  60. Lebanon
  61. Lithuania
  62. Luxembourg
  63. Macedonia
  64. Madagascar
  65. Malawi
  66. Malta
  67. Mauritius
  68. Mexico
  69. Moldova
  70. Monaco
  71. Mongolia
  72. Montenegro
  73. Mozambique
  74. Nepal
  75. Netherlands
  76. New Zealand
  77. Nicaragua
  78. Norway
  79. Pakistan
  80. Panama
  81. Papua New Guinea
  82. Paraguay
  83. Peru
  84. Philippines
  85. Poland
  86. Portugal
  87. Qatar
  88. Romania
  89. Russia
  90. Saint Kitts and Nevis
  91. Saint Vincent and the Grenadines
  92. San Marino
  93. Serbia
  94. Seychelles
  95. Singapore
  96. Slovakia
  97. Slovenia
  98. Solomon Islands
  99. South Africa
  100. South Korea
  101. Spain
  102. Sri Lanka
  103. Suriname
  104. Sweden
  105. Switzerland
  106. Tajikistan
  107. Tanzania
  108. Thailand
  109. Tonga
  110. Trinidad and Tobago
  111. Turkey
  112. Turkmenistan
  113. Tuvalu
  114. Ukraine
  115. United Kingdom
  116. United States
  117. Uruguay
  118. Uzbekistan
  119. Vanuatu
  120. Vatican City
  121. Venezuela
  122. Vietnam
  123. Zambia
  124. Zimbabwe

Dengan inisiatif kerajaan perkenal pasport Malaysia 10 tahun akan dapat membantu pelancong Malaysia untuk keluar negara. Ia merupakan cadangan yang baik untuk kerajaan teruskan yang mana memberi banyak kelebihan kepada rakyat dan negara. Diharapkan proses Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkenalkan pasport Malaysia 10 tahun dipermudahkan dan mengambil masa yang singkat untuk diluluskan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati