Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kenaikan Pangkat DG44 Ke DG48 Tahun 2024

Permohonan Kenaikan Pangkat DG44 Ke DG48 Tahun 2024

Sukacitanya diumumkan, permohonan kenaikan pangkat DG44 ke DG48 tahun 2024 akan dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pengumuman pekeliling baharu. Ia adalah merupakan pengumuman penting bagi para guru yang ingin membuat permohonan kenaikan pangkat melalui sistem e-pangkat.

Sehubungan itu, para guru boleh membuat beberapa semakan berkenaan permohonan kenaikan pangkat DG44 ke DG48 tahun 2024 dengan menyediakan beberapa dokumen, fail dan lain-lain.

Berkenaan Permohonan Kenaikan Pangkat Guru DG44 Ke DG48 Tahun 2024

Pekeliling Terbaru KPM untuk Proses Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP)

KPM pada 19 Februari 2024 telah mengeluarkan makluman awal berkenaan urusan kenaikan pangkat oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP) yang tersenarai. Menurut KPM, mereka memberi maklum awal juga kepada Ketua Jabatan untuk memastikan kelancaran berkaitan maklumat perkhidmatan.

Berikut adalah merupakan makluman pekeliling permohonan kenaikan pangkat DG44 ke DG48 tahun 2024:

Screenshot 2024 02 20 091645
Permohonan Kenaikan Pangkat DG44 Ke DG48 Tahun 2024
Screenshot 2024 02 20 091703
Permohonan Kenaikan Pangkat DG44 Ke DG48 Tahun 2024

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Berdasarkan surat KPM yang terbaru tersebut, urusan permohonan kenaikan pangkat DG44 ke DG48 tahun 2024 diikuti juga dengan beberapa institusi yang berkait. Berikut adalah merupakan tawaran kenaikan pangkat yang ditawarkan sebagai guru cemerlang di institusi:

  • Sekolah
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Institut Aminuddin Baki (IAB)
  • Kolej Matrikulasi (KM)
  • English Language Teaching Centre (ELTC)
  • Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG) secara Khas Untuk Penyandang (KUP)

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi Tahun 2024 pada bulan MAC 2024 (tertakluk kepada perubahan).

Pegawai Perkhidmatan PendidikanKenaikan Gred
Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Menengah/ KV/ IAB/ KM/
ELTC
Gred Khas C, DG54, DG52, DG48 dan DG44
Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah RendahDG48, DG44
Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah/ KV)DG38, DG34 dan DG32
Pensyarah Cemerlang IPGGred Khas B, DG54, DG52 dan DG48

Sehubungan dengan itu, KPM juga minta Ketua Jabatan untuk memastikan maklumat perkhidmatan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), Sistem HRMIS, Sistem eOperasi dan Sistem ePangkat dikemas kini lebih awal bagi melancarkan urusan permohonan kelak.

    Sebarang Pertanyaan Berkenaan Urusan Kenaikan Pangkat

    Jika memerlukan pertanyaan lanjut mengenai urusan pemangkuan ini, anda boleh menghubungi Urus Setia Penilaian GCPC di Jemaah Nazir di talian 03-8884 4268/4490/4230/4208 (urus setia).

    Urusan Permohonan Kenaikan Pangkat DG44 Ke DG48 Tahun 2024

    Kaedah Susun Fail Permohonan Guru Cemerlang Gred DG48

    Bagi memudahkan urusan para guru dalam membuat permohonan kenaikan pangkat DG44 ke DG48. Anda boleh membuat penyusunan fail permohonan guru cemerlang dengan mudah serta mengikut beberapa dokumen yang disediakan.

    image 133
    Permohonan Kenaikan Pangkat DG44 Ke DG48 Tahun 2024 5

    Melallui perkongisan daripada Lyne Aziz, para guru boleh dapatkan rujukan Fail Guru Cemerlang dalam PDF dan dalam template Canva.

    Berikut adalah merupakan cara menyusun fail permohonan guru cemerlang:

    • Susun mengikut isi kandungan :
      • Borang Permohonan
      • Laporan Kompetensi
      • Surat Perlantikan Pertama
      • Skim Perkhidmatan Pendidikan
      • Surat Pengesahan Jawatan
      • Surat Kenaikan Pangkat
      • Sijil Kelulusan Akademik
      • Sijil Kelulusan Ikhtisas
      • Salinan Kenyataan Perkhidmatan Terkini
      • Pengisytiharan Harta
      • Jadual Waktu Mengajar
      • Sijil Penghargaan
    • Senaraikan juga beberapa dokumen seperti yang diminta dalam sistem e-pangkat (rujuk dibawah)

    Senarai Dokumen yang Perlu Dilampirikan Semasa Permohonan

    Dibawah adalah merupakan senarai lampiran dokumen penting yang perlu disediakan dalam urusan permohonan kenaikan pangkat bagi guru:

    image 455
    image 456

    Para guru perlu memastikan untuk mengikut aturan yang ditetapkan dan bagi sebarang urusan terlibat mestilah merujuk pada mereka yang bertanggungjawab semasa tempoh dibuka.

    Cara Mohon Kenaikan Gred Bagi Guru

    Untuk para guru yang ingin membuat permohonan kenaikan pangkat gred DG44 ke DG48 tahun 2024, anda boleh membuat permohonan ketika tempoh permohonan dibuka dan sebelum ditutup. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

    • Layari ePangkat MOE
    • Sila log masuk sekiranya anda sudah berdaftar dan daftar baharu sekiranya belum.
    • Sila pilih modul iklan dan lihat paparan Status Permohonan Kenaikan Pangkat yang tertera.
    • Sila kemaskini maklumat yang diperlukan dan mestilah dilakukan hanya semnasa tempoh permohonan dibuka.
    • Kemudian klik pengesahan dan anda juga boleh cetak untuk dijadikan sebagai rujukan.

    Kemudian, untuk memastikan permohonan anda adalah lengkap dan menepati piawaian, anda boleh merujuk pada siaran iklan rasmi yang dikeluarkan oleh KPM.

    1 komen

    TINGGALKAN KOMEN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    Cikgu Ahmad
    Cikgu Ahmad
    "It always seems impossible until it's done."

    Anda Mungkin Meminati