Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru 2024 Melalui ePangkat

Permohonan Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru 2024 Melalui ePangkat

Pengumuman terbaru daripada KPM mengenai urusan kenaikan pangkat mengikut gred secara time based bagi guru. Anda boleh membuat permohonan dengan mengikuti beberapa maklumat yang penting disediakan dibawah.

Permohonan Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru 2024

Diberitahu kini bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi pegawai-pegawai yang genap tempoh perkhidmatan melayakkan permohonan pada Januari hingga Jun 2024 seperti berikut:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54;
  • PPP Gred DG41/DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD);
  • PPP DG44 ke Gred DG48 yang belum mengguna pakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 sahaja; dan
  • Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru 2024

Berikut adalah jadual mengenai time based bagi guru yang telah dikemaskini oleh KPM:

Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time BasedGenap Tempoh Perkhidmatan (Setahun)
Gred DG29 ke Gred DG32
-Tarikh Lantik Gred DG29 mulai Januari hingga Jun 2016* Tarikh berdasarkan tarikh pengesahan pelantikan oleh SPP
8
Gred DG32 ke Gred DG34
– TNP Gred DG32 mulai Januari hingga Jun 2016
8
Gred DG34 ke Gred DG38
– TNP Gred DG34 mulai Januari hingga Jun 2019
5
Gred DG41 ke Gred DG44
-Tarikh Lantik Gred DG41 mulai Januari hingga Jun 2016*Tarikh berdasarkan tarikh pengesahan pelantikan oleh SPP
8
Gred DG44 ke Gred DG48
– TNP Gred DG44 mulai Januari hingga Jun 2016
8
Gred DG48 ke Gred DG52
– TNP Gred DG48 mulai Januari hingga Jun 2018
6
Gred DG52 ke Gred DG54
-Tarikh Naik Pangkat (TNP) Gred DG52 mulai Januari hingga
Jun 2021
3

Tempoh Urusan Melibatkan Kenaikan Pangkat Guru

Berikut adalah tempoh bagi urusan kenaikan gred secara time based bagi guru yang anda perlu cakna.

Tempoh Permohonan Calon Dibuka (1 Januari – 14 Januari 2024)

Tarikh tutup pada 14 januari 2024 (sebelum jam 11.59 malam). Sebarang pengemaskinian maklumat (termasuk buku perkhidmatan kerajaan (BPK) dan perakuan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup permohonan calon (di JPN/ BAHAGIAN/IAB/IPG/ kampus/kolej matrikulasi).

Calon bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak dan mengesahkan maklumat dokumen perkhidmatan yang dimuat naik dan dikemaskini oleh ketua jabatan di sistern epangkat/eoperasi hrmis bagi permohonan masing-masing.

Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada ketua jabatan untuk dikemas kini sebelum tarikh tutup permohonan calon.

Tempoh Perakuan Ketua Jabatan (15 Januari – 28 Januari 2024)

Perakuan ketua jabatan yang melibatkan Pengetua/ Guru Besari Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah JAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) kepada JPN/ BAHAGIAN.

Tiada sebarang pengemaskinian maklumat (termasuk BPK] dan perakuan dibenarkan selepas tarikh tutup permohonan (DI JPN/ Bahagian/IAB/ IPG Kampus/Kolej Matrikulasi); dan

Pengetual Guru Besar Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yang telah dimuat nalk.

Tempoh Perakuan Penyemak/Pengesah (29 Januari – 28 Februari 2024)

Tempoh bagi penyemak dari JPN/ BAHAGIAN/IAB/ IPGM KEPADA BPSM, KPM. Tiada sebarang perakuan dibenarkan selepas tarikh tutup permohonan.

Permohonan Kenaikan Pangkat Melalui Laman ePangkat KPM

Cara Mohon Kenaikan Gred Bagi Guru

image 457
Permohonan Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru 2024 Melalui ePangkat 5

Bagi para guru yang ingin membuat permohonan kenaikan gred secara time based guru, anda boleh membuat permohonan ketika tempoh permohonan dibuka dan sebelum ditutup. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

  • Layari ePangkat MOE
  • Sila log masuk sekiranya anda sudah berdaftar dan daftar baharu sekiranya belum.
  • Sila pilih modul iklan dan lihat paparan Status Permohonan Kenaikan Pangkat yang tertera.
  • Sila kemaskini maklumat yang diperlukan dan mestilah dilakukan hanya semnasa tempoh permohonan dibuka.
  • Kemudian klik pengesahan dan anda juga boleh cetak untuk dijadikan sebagai rujukan.

Kemudian, untuk memastikan permohonan anda adalah lengkap dan menepati piawaian, anda boleh merujuk pada siaran iklan rasmi yang dikeluarkan oleh KPM. – URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN DI KPM JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2024

Senarai Dokumen yang Perlu Dilampirikan Semasa Permohonan

Berikut adalah senarai lampiran dokumen penting yang perlu disediakan dala urusan permohonan kenaikan gred secara time based bagi guru:

image 455
image 456

Para calon perlu memastikan untuk mengikut aturan yang ditetapkan dan bagi sebarang urusan terlibat mestilah merujuk pada mereka yang bertanggungjawab semasa tempoh dibuka.

Soalan FAQs Berkenaan Kenaikan Gred Secara Time Based Bagi Guru

Apakah itu ePangkat?

Merupakan modul pengurusan guru bagi urusan kenaikan pangkat dan kemaskini maklumat.

Apakah yang dinilai bagi kenaikan pangkat guru?

Ianya dinilai berdasarkan prestasi cemerlang, pengalaman bekerja dan tiada tindakan tatatertib dikenakan.

Bilakah permohonan urusan kenaikan pangkat dibuka?

KPM akan membuka permohonan bermula 1 Januari 2024.

Siapakah yang perlu dirujuk bagi urusan permohonan?

Guru-guru boileh merujuk kepada pegawai JPN negeri semasa tempoh permohonan dibuka.

Bagaimanakah cara permohonan?

Permohonan boleh dibuat dengan log masuk sistem epangkat dan kemaskini dokumen yang diperlukan.

4 KOMEN

  1. Mohon pencerahan, berapa lama proses kenaikan pangkat dari dg44 ke dg 48? Ini kerana setiap tahun, bahagian biodata diri perlu diisi selengkapnya dan terdapat kolum gred perjawatan bagi tahun semasa yang perlu dinyatakan dengan jelas. Terima kasih.

  2. Mohon pencerahan, untuk kenaikan pangkat time base perlukah Kita menyediakan fail sokongan dan menjalani sesi temuduga Oleh pihak pengurusan Sekolah. Kegagalan Kita menyediakan fail sokongan yg tidak memuaskan pihak pengurusan membolehkan Kita Tidak Naik pangkat. Boleh dapat tak garis panduan berkaitan perkeliling tersebut .

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati