Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018

Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018

Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018. Ya, inilah berita terbaru yang kami baru sahaja terima dan disiarkan secara langsung oleh astro awani tadi mengenai Senarai Kabinet Baru Kerajaan Pakatan Harapan. Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018 mendapat perhatian ramai.

17 Mei – Selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat buat pertama kali, satu sidang media telah diadakan dan Tun mahathir mempengerusikan sidang media ini dengan memulakan dengan pengumuman bahawa Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang telah didaftarkan secara sah.

Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018

Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018
Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018

Dalam sidang media ini juga, Tun M juga mengatakan beliau akan mengisi satu lagi portfolio sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga akan mengisi dua portfolio sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tun M juga menjangkakan kesemua menteri yang telah dilantik akan mengangkat sumpah pada Isnin bergantung kepada persetujuan dari Istana. Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018 merupakan berita yang disambut ramai.

Maknanya disini hanya 7 portfolio telah dilantik oleh Tun M dan akan melengkapkan 13 portfolio sebelum Isnin untuk semuanya mengangkat sumpah. -Siakapkeli.my

Tun M Menteri Pelajaran, Wan Azizah Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan (Berita Kosmo)

Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018
Tun Mahathir Menteri Pelajaran Malaysia Terbaru 2018

Katanya, portfolio itu merangkumi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi yang akan digabungkan.

“Menteri Pelajaran ini disatukan buat sementara. Dan dua kementerian disatukan jadi satu kementerian sahaja.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan memegang portfolio Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Yayasan Selangor di sini petang tadi.

Katanya, kementerian lain belum diputuskan kerana berlaku pertindihan antara parti. – K! ONLINE

Sejarah & Senarai Menteri Pendidikan Malaysia dari 1957 Hingga Sekarang

  • YAB Tun Dr Mahathir Mohamad (2018 – Sekarang)
  • YB Dato’ Seri Mahdzir Bin KhalidMenteri Pendidikan (2015 – 2018)
  • YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin Menteri Pendidikan (2013- 2015) & (2009 – 2013)
  • YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan II (2013- 2015)
  • YB Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran (2004-2009)
  • YB Tan Sri Dato’ Seri Musa Bin Mohammad Menteri Pendidikan (1999-2004)
  • YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak Menteri Pendidikan (1995-1999)
  • YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim Menteri Pendidikan (1986-1991)
  • YAB Dato Seri Abdullah Bin Hj.Ahmad Badawi Menteri Pendidikan (1984-1986)
  • YB Tan Sri Amar Dr.Sulaiman Bin Hj.Daud Menteri Pendidikan (1981-1984) & (1991-1995)
  • YB Tun Musa Bin Hitam Menteri Pendidikan (1978-1981)
  • YAB Tun Dr.Mahathir Bin MohamadMenteri Pendidikan (1974-1978)
  • YB Tan Sri Mohammad Bin Yaacob Menteri Pendidikan (1973-1974)
  • YAB Tun Hussein Bin Onn Menteri Pendidikan (1970-1973)
  • YB Tun Datuk Patinggi Hj.Abdul Rahman Bin Ya’kub Menteri Pendidikan (1969-1970)
  • YB Tan Sri Kapten Hj. Abdul Hamid Khan Bin Hj. Sakhawat Ali Khan Menteri Pendidikan (1962-1964)
  • YB Dato Abdul Rahman Bin Talib Menteri Pendidikan (1960-1962) & (1964-1965)
  • YB Tan Sri Mohd.Khir Bin Johari Menteri Pendidikan (1957-1960) & (1965-1969)
  • YAB Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein Menteri Pendidikan (1955-1957)

Jadi kalau mengikut sejarah, ini merupakan kali kedua Tun M memegang portfolio Menteri Pendidikan/ Pelajaran ini. Sudah pasti banyak perkara yang ingin Tun ketengahkan dalam sektor pendidikan negara kita bagi membentuk negara yang lebih baik insyaAllah.

Kongsikan Pandangan Anda Kepada Tun Mahathir

Bagi membantu membina sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik maka diharap anda semua boleh kongsikan pandangan anda kepada Menteri Pelajaran Malaysia yang baru.

Penutup

Besar harapan seluruh rakyat Malaysia untuk Tun M selaku Menteri Pelajaran baru untuk membaik pulih atau menambah baik sistem pendidikan negara. Diharap satu sistem yang terbaik akan dapat dibina oleh Tun M insyaAllah.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati