PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB DAN ASN, ASB dan ASN telah memaklumkan tarikh penangguhan untuk semua urusniaga yang melibatkan ASB dan ASN bagi tahun 2020 untu proses pengiraan dan pengagihan pendapatan.
Tarikh penangguhan bermula pada 22 Disember 2020 sehingga 03 Januari 2021. Urusniaga akan dibuka semula untuk operasi pada 04 Januari 2021.
PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB DAN ASN
Untuk memudahkan pemegang unit membuat urus niaga secara atas talian, mereka digalakkan untuk membuat kemaskini nombor telefon dan alamat emel di ejen-ejen cawangan ASNB.
Bagi pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan sebagainya, ia akan dihantar secara atas talian kepada semua pemegang unit yang mendaftarkan alamat emel dengan ASNB, atau boleh juga ke laman web ASNB www.asnb.com.my untuk semakan laporan.