Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Khasiat Buah Tembikai dan Cara Pilih Buah Tembikai Manis, Sila Ikuti Cara Mudah ini!

5 Khasiat Buah Tembikai dan Cara Pilih Buah Tembikai Manis, Sila Ikuti Cara Mudah ini!

Buah tembikai, yang juga dikenali sebagai semangka merupakan salah satu buah yang popular di seluruh dunia serta dikenali juga dengan kesegaran yang tidak ditandingi dan rasa manis yang memikat! Buah ini tidak hanya menghidrasi tubuh dengan kandungan airnya yang tinggi tetapi juga menyediakan kesihatan melalui pelbagai nutrisi.

Oleh itu, mari ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut! admin akan kongsikan lebih mendalam tentang manfaat luar biasa yang tersimpan di sebalik buah tembikai berserta dengan cara pilih buah tembikai yang manis. Jom baca!

Fakta Khasiat Buah Tembikai yang Patut Anda Tahu Untuk Kesihatan Diri

2 20240103 070903 0001

Apakah itu buah tembikai

Buah tembikai sering digunakan sebagai pencuci mulut, buah tembikai ini kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan. Tambahan pula kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu meningkatkan rasa kenyang setelah mengamalkan buah tersebut.

Oleh sebab itu, disarankan kepada masyarakat untuk mengamalkan buah tembikai bagi mendapatkan manfaat nutrisi yang terkandung di dalamnya.

IMG 20240103 045700 355 1

Rahsia khasiat buah tembikai

Buah tembikai mempunyai beberapa khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan. Antaranya ialah:

1. Buah tembikai membantu mengekalkan hidrasi badan

Buah tembikai mempunya sumber hidrasi yang terbaik, ia membantu membekalkan keperluan air dalam badan. Selain itu juga buah tembikai mempunyai 92% kandungan air yang sememang diperlukan didalam badan kita bagi fungsi pergerakan seluruh organ.

2. Buah tembikai membantu kesihatan jantung

Manfaat buah tembikai juga membantu kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya akan potassium, magnesium dan citrulline. Oleh itu kandungan merupakan mineral penting yang dapat membantu menurunkan kolestrol serta menstabilkan tekanan darah anda

Dengan pengambilan yang teratur, buah tembikai dapat menjadi bahagian penting dari pola makan anda yang mendorong kesihatan jantung yang baik.

3. Bersifat ANTI-Radang

Manfaat anti-radang atau anti jangkitan kuman yang mempunyai vitamin C untuk membantu meningkatkan darah putih yang penting melawan jangkitan kuman, samaada bakteria ataupun virus.

4. Baik untuk kesihatan kulit dan mata

Buat tembikai memiliki manfaat yang baik untuk kesihatan kulit dan mata. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam tembikai berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata, terutama dalam keadaan cahaya rendah serta menjaga kesihatan retina.

Selain itu juga, ia mempunyai vitamin C yang sangat penting untuk pembentukan kolagen di bawah kulit dan memberi kesan awek muda, penting untuk proses penyembuhan luka serta penambahbaikan kepada kulit yang telah mati.

5. Baik untuk kesihatan usus

Manfaat buah tembikai juga baik untuk kesihatan usus untuk kerana ia tinggi dengan kandungan serat, fiber atau juga air, bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti sembelit.

Panduan Memilih Buah Tembikai Manis dan Merah

1. Pilih tembikai bulatan tapak yang lebih kecil

IMG 20240103 064326 082

Pilih tembikai dengan memperhatikan saiz terbentuk bulatan tapak kecil, elakkan memilih saiz bulatan tapak yang besar, berdasarkan fakta, tembikai dengan bulatan tapak yang lebih kecil menandakan kematangan yang sempurna dan rasa yang lebih manis

2. Pilih tembikai tangkai curly

IMG 20240103 064326 690
5 Khasiat Buah Tembikai dan Cara Pilih Buah Tembikai Manis, Sila Ikuti Cara Mudah ini! 9
IMG 20240103 064326 748 1
5 Khasiat Buah Tembikai dan Cara Pilih Buah Tembikai Manis, Sila Ikuti Cara Mudah ini! 10

Pemilihan yang manis berpandukan tangkai curly atau tangkai yang lebih melengkung atau berliku, hal ini menandakan kematangan yang lebih sempurna dan tangkai dalam bentuk ini juga menandakan tembikai itu tembikai betina ini bermakna adalah lebih baik berbanding tembikai lelaki iaitu akarnya jenis menegak.

3. Pilih tembikai dengan garisan lurus

IMG 20240103 064326 333 1

Pemilihan tembikai yang garis lurus menjadi satu panduan dalam menentukan kualiti manisnya berbanding garis yang kelam-kabut atau corak bunga tidak cantik, hal ini menunjukkan rasa tembikai tidak manis oleh itu memilih tembikai yang berada dalam susunan garis yang lebih lurus menandakan rasa yang lebih manis

4. Pilih tembikai warna kuning gelap

IMG 20240103 064326 614

Dalam memilih tembikai yang manis warna kuning pekat sering dianggap sebagai tanda kematengan yang baik dan berpotensi rasa yang manis tembikai dengan warna kuning yang lebih gelap menandakan kandungan gula yang lebih tinggi dan rasa yang lebih manis berbanding warna kuning cerah itu menandakan rasa tawar dan tidak matang

Cara Rasulullah Makan Buah Tembikai

Beberapa langkah dilakukan oleh Rasulullah sebelum mengamalkan buah tembikai:

  1. Buah tembikai bila kita potong buah tembikai dengan kulit, dia ada bentuk seperti tanduk, dari situ kita potong tengah.
  2. Kemudian kita potong sebelah kanan, dan makan.
  3. Nak makan bahagian sebelah kiri, kita pusing ke sebelah kanan dahulu.
  4. Pastikan dipotong itu kedudukan menjadi sebelah kanan.

Oleh hal demikian, kita dapat semarakkan cinta dengan kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam semua perkara.

Soalan FAQs Mengenai Buah Tembikai

Adakah saya boleh mengambil tembikai jika mempunyai diabetes atau keadaan kesihatan tertentu?

Sebaiknya jika anda mempunyai diabetes, penting memerhatikan kuantiti yang elakkan daripada mengamalkan buah tembikai, meskipun buah tembikai mengandungi gula semulajadi, ia juga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi dan ini boleh mempengaruhi paras gula darah seseorang yang mempunyai diabetes.

Apakah cara terbaik untuk menyimpan tembikai supaya tetap segar dan tahan lama?

Untuk menyimpan tembikai supaya tetap segar dan tahan lama beberapa langkah boleh diambil:
1. Simpan di tempat yang sejuk
2. Jangan mencucinya terlebih dahulu
3. Simpan dalam bekas kedap udara
4. Jangan simpan bersama buah-buahan lain

Berapa banyak hidangan tembikai yang disarankan untuk dimakan setiap hari bagi mendapatkan manfaat kesihatan?

Tiada jumlah yang tepat untuk di makan setiap hari, Namun memerhatikan kuantiti yang disarankan bagi individu yang mempunyai kawalan kesihatan tertentu seperti diabetes dan bagi mereka yang memantau pengambilan kalori dan karbohidrat.
Oleh itu, kesederhanaan dan keselarasan dalam pemakanan adalah kunci utama untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang baik.

Bagaimana buah tembikai membantu dalam mengekalkan kelembapan badan?

Buah tembikai mengandungi kadar air yang sangat tinggi kira-kira 90% daripada beratnya adalah air. Kandungan air yang tinggi ini menjadikannya buah yang sangat baik untuk mengekalkan kelembapan badan.
Oleh itu, apabila badan terhidrasi dengan baik ini juga membantu dalam menjaga kulit supaya tidak kering serta membantu badan yang optimum.

Adakah terdapat alahan atau reaksi yang lazim berlaku berkaitan dengan pengambilan buah tembikai?

Biasanya, alahan terhadap buah tembikai sangat jarang berlaku. Namun dalam beberapa kes tertentu seseorang mungkin mengalami reaksi alergi terhadap tembikai tanda-tanda alahan boleh termasuk gatal-gatal pada mulut ataupun gatal tenggorakan selepas mengambil tembikai.
Dalam kes yang jarang berlaku reaksi alergi yang lebih serius seperti ruang kulit, kesukaran bernafas ataupun pembekakan muka dan bibir juga boleh berlaku.
Oleh itu, sekiranya anda mengalami sebarang tanda-tanda alahan selepas mengambil tembikai adalah penting untuk berjumpa dengan doktor.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati