
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi senarai cuti umum Perak 2024 berserta kalendar cuti umum untuk bacaan umum. Tempat-tempat menarik di negeri Perak juga disenaraikan untuk bacaan umum. Tahun Melawat Perak atau Visit Perak Year 2024 akan diadakan pada tahun 2024 dijangka menjadi pemangkin kepada industri pelancongan dan sasaran jumlah pelancong adalah 8 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa dengan pulangan RM10 bilion.
Berkenaan Cuti Umum Perak 2024 Berserta Kalendar Negeri Perak
Isi Kandungan
Cuti umum, cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang ialah cuti umumnya ditetapkan oleh undang-undang dan biasanya hari tidak bekerja dalam setahun. Di Malaysia terdapat banyak Hari kelepasan Am (cuti umum) yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), namun di bawah Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan adalah tidak diwajibkan memberikan cuti pada setiap cuti umum yang telah diwartakan.
Senarai Cuti Umum Perak 2024
Berikut merupakan senarai cuti umum Perak 2024.
HARI KELEPASAN AM NEGERI 2024 | TARIKH | HARI |
---|---|---|
Tahun Baru 2024 | 1 Januari | Isnin |
Hari Thaipusam | 25 Januari | Khamis |
Hari Nuzul Al-Quran | 28 Mac | Khamis |
Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan | 1 November | Jumaat |
HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2024 | TARIKH | HARI |
---|---|---|
Tahun Baru Cina (2 hari)Tahun Baru Cina (2 hari) | 10 Februari & 11 Februari | Sabtu & Ahad |
Hari Raya Puasa (*) (2 hari) | 10 April & 11 April | Rabu & Khamis |
Hari Pekerja | 1 Mei | Rabu |
Hari Wesak | 22 Mei | Rabu |
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | 3 Jun | Isnin |
Hari Raya Qurban (*) | 17 Jun | Isnin |
Awal Muharram (Maal Hijrah) | 7 Julai | Ahad |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Sabtu |
Hari Malaysia | 16 September | Isnin |
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) | 16 September | Isnin |
Hari Deepavali (*) | 31 Oktober | Khamis |
Hari Krismas | 25 Disember | Rabu |
- Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
- Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
Kalendar Cuti Umum 2024
Boleh rujuk kalendar tahun 2024 seperti di bawah.

Visit Perak Year (VPY) 2024
Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 (Visit Perak Year 2024) telah dijalankan dari 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 bertempat di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah. Tujuannya adalah untuk melancarkan dan memeriahkan pembukaan Tahun Melawat Perak 2024 yang bakal diadakan pada sepanjang tahun 2024 ini.

Dikatakan lebih 20,000 pengunjung telah hadir sepanjang tiga hari sambutan ini berlangsung. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah seperti Perak Bike Week 2023, Finale Perak Travel Fair, Wayang Pacak, Pertandingan Muzikustika dan Popstarz, Kuiz Pelancongan, Sharing Session, serta VPY Fun Run.
Tourism Perak juga telah menyediakan senarai lebih daripada 100 acara pelancongan bagi tahun 2024 untuk pelbagai peringkat iaitu dengan membawa slogan ‘Promising Perak’ bagi merancakkan lagi semangat menjayakan Tahun Melawat Perak 2024.
Tempat Melawat Menarik di Perak 2024
Berikut antara 12 tempat-tempat menarik di negeri Perak yang boleh dilawati pada tahun 2024.
- Zoo Taiping
- Gua Tempurung
- Sungai Klah Hot Springs
- 7 Lata Selama
- Royal Belum
- Pangkor Island
- Orang Utan Island
- Matang Mangrove Forest Reserve
- Lenggong Valley
- Menara Jam Condong Teluk Intan
- Kuala Kangsar
- Ipoh Oldtown

Berikut merupakan klip video rasmi Tahun Melawat Perak 2024.
Soalan FAQs Berkenaan Cuti Umum Perak 2024
Bilakah Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan?
Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan adalah pada 1 November 2024.
Dimanakah terletaknya Gua Tempurung?
Gua Tempurung adalah terletak di negeri Perak.
Apakah slogan yang dibawa oleh Tahun Melawat Perak 2024?
Slogan yang dibawa oleh Tahun Melawat Perak 2024 adalah ‘Promising Perak’.