Anda seorang yang suka sarapan pagi tetapi tidak tahu nak makan apa? Wajib anda cuba resepi roti pizza ini yang bahannya sangat mudah untuk dicari dan didapati. Untuk anda yang suka cepat ke tempat kerja atau selalu bawakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah boleh cuba buatkan resepi simple ini. Ianya mudah, ringkas dan mengenyangkan!
Cara buat pizza menggunakan roti gardenia ini sangatlah mudah kerana anda tidak perlu menguli doh atau bazirkan masa yang lama untuk hasilkan pizza yang lazat kerana cara ini juga boleh hasilkan pizza yang lebih sedap. Jika anda peminat pizza tapi susah untuk ikut langkah pembuatannya dan ingin menjimatkan kos ianya sesuai untuk anda cuba.
Resepi Mudah Cara Buat Pizza Daripada Roti Gardenia Sahaja
Isi Kandungan
1. Resepi Pertama
Bahan-bahan:
- beberapa keping roti grdenia
- cheddar cheese
- tomato puri
- sosej
- cendawan butang
- lada banggala
- kepingan ayam
- mozarela cheese
Cara penyediaan:
- Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti. Lepas itu sapu roti dengan tomato puri.
- Letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi.
- Kemudian letakkan kepingan sosej , cendawan butang, lada banggala, dan kepingan ayam dadu.
- Pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi.
- Akhir sekali, taburkan mozarela cheese untuk mendapatkan cheese yang bertali apabila di makan nanti.
- Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.
- Pizza pasti akan lembut walaupun sudah sejuk. Selamat mencuba!
2. Resepi Kedua
Bahan-bahan:
- Roti sandwich/gardenia
- Cheese slice
- Beef papperoni
- Sosej
- Crabstick
- Tomato cherry
- Mixed herbs
- Parsley kering
- Sos prego
Cara penyediaan:
- Sapu sos prego atas roti dan letakkan cheese slice
- Susun topping ikut kreativiti. Taburkan cheese yang diparut. Tabur mixed herbs dan parsley kering
- Bakar pada suhu 150°c selama 10minit menggunakan oven atau 180°c selama 3minit menggunakan Airfryer.
- Dah siap bakar. Sedia dinikmati!
3. Resepi Ketiga
Bahan-bahan:
- Beberapa keping roti
- Sos tomato
- Beberapa keping keju
- 1 cawan bawang bombay-cincang
- 2 cawan ayam/daging cincang
- 1 paket keju parmesan
- Serbuk lada putih/hitam
Cara penyediaan:
- Siapkan bahannya dengan taburkan kesemua bahan mengikut kretiviti anda.
- Panaskan oven dahulu, di suhu 160C. Siapkan pizzanya. Mula-mula sapukan sos tomato dan letakkan semua bahannya satu persatu sehingga habis.
- Bakar sehingga masak. Oven api atas bawah selama 25 minit di suhu 170 C mengikut oven masing-masing.
- Setelah masak boleh dihidangkan. Selamat Mencuba!
4. Resepi Keempat
Bahan-bahan:
- Roti putih
- Sos traditional pasta /sour cream
- Bell pepper /capsicum
- Topping udang, ayam, daging, sosej, vege
- Mozarella block
Cara penyediaan:
- Letak baking paper sekitar tray. Susun roti sepenuh tray, sapukan setiap roti dengan sos pasta.
- Letakkan cheese parut mozarella.
- Bakar pada suhu 200c atas bawah dalam 15 minit.
- Boleh keluarkan bila mozarella bertukar warna golden.
- Siap untuk dimakan.
5. Resepi Kelima
Bahan-bahan:
- 4 keping roti sandwich
- 2 biji telur – dipukul
- Sos cili secukupnya
- Mayones secukupnya
- Cendawan butang (boleh guna cendawan tin) – hiris
- Isi tuna dalam tin
- Sos thousand island secukupnya
- Parutan keju mozzarella
- Minyak masak
- Kepingan nanas (boleh guna nanas tin) – hiris
Cara penyediaan:
- Ambik roti dan poting empat segi kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan telur yang telah dipukul. Gaul rata hingga roti menyerap dengan sempurna.
- Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Sebaiknya guna kuali non-stick yang ada penutup.
- Masukkan roti tadi. Ratakan bagi membentuk seakan kerak @ ‘crust’ pizza.
- Sapukan sos cili, mayones, hirisan cendawan, kepingan nanas, tuna, sos thousand island dan parutan keju mozzarella secukupnya.
- Tutup kuali di atas dapur gas dan masak guna api perlahan hingga semua bahan masak sekata dan keju cair.
- Bahagian bawah roti akan garing dan gelap tetapi tidak hangit. Enak dimakan ketika panas. Namun, jika makan ketika pizza sejuk, roti masih lagi lembut. Memang enak.
- Selamat mencuba.