Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelantikan dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke JPN dan PPD Dibekukan 2018

KPM BERI KUASA KEPADA PIHAK SEKOLAH DALAM MENANGANI 3
Pelantikan dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 

Pelantikan dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke JPN dan PPD Dibekukan. Terkini daripada YB Dr Madzlee Malik, Menteri Pendidikan telah memaklumkan melalui kenyataan media beliau berkaitan PEMBEKUAN perlantikan dan penempatan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pelantikan dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke JPN dan PPD Dibekukan

Kenyataan Media oleh YB Menteri Pendidikan

Pelantikan dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Wujud Unsur Politik, Pertukaran Dalaman JPN, PPD Dibekukan

image 77

Semua pertukaran dalaman di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara dibekukan serta-merta susulan terdapat maklumat wujudnya percaturan politik dalam pertukaran tersebut.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihaknya mendapat maklumat ada usaha menempatkan pegawai yang setia kepada kerajaan terdahulu di jawatan strategik di JPN dan PPD yang dikhuatiri bertujuan mensabotaj usaha kementerian dan kerajaan baharu dalam membawa pembaharuan kepada sistem pendidikan negara.

“Ini adalah perkara yang mengecewakan kerana saya tidak mahu politik kepartian sempit mempengaruhi institusi-institusi pendidikan yang bakal membentuk masa depan anak-anak kita,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Maszlee berkata pihaknya juga mengenal pasti tiga negeri di utara dan pantai timur yang aktif melakukan usaha tersebut dan sehubungan itu juga beliau mengarahkan semakan semula kenaikan pangkat dan pertukaran peringkat JPN serta PPD yang berlaku dalam tempoh dua bulan terakhir yang lalu.

Katanya tindakan itu adalah untuk memberi mesej jelas kepada rakyat bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha yang mahu membawa unsur-unsur tidak sihat dalam sistem pendidikan negara.

“Kita mahu pihak yang terbabit terutamanya mereka yang sengaja mahu menyukarkan kerajaan mereformasi sistem pentadbiran tahu bahawa kerajaan baharu ini tidak akan berkompromi dengan perkara yang merosakkan seperti itu,” katanya.

Maszlee bagaimanapun tidak menyatakan perincian jumlah pegawai yang terlibat dalam pertukaran itu.

SUMBER: BERNAMA

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Pelantikan dan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke JPN dan PPD Dibekukan dapat memberikan informasi terkini buat semua. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati