Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Dr Rozaimi Ramle – Tokoh dan Pakar PHD Hadis

Biodata Dr Rozaimi Ramlee - Tokoh dan Pakar PHD Hadis
Biodata Dr Rozaimi Ramle - Tokoh dan Pakar PHD Hadis 6

Nama Dr Rozaimi Ramle terus meniti di bibir masyarakat kerana beliau kerap memberi pandangan ilmiah dan berilmu tinggi di platform media sosial beliau. Biarpun terpalit pelbagai kontroversi, beliau adalah merupakan seorang yang cekal dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Dikenali sebagai seorang Ustaz Hadis, beliau mempunyai keilmuan yang tinggi dalam bidang yang diminati iaitu bidang Hadis. Dr Rozaimi Ramle juga bergerak sebagai pensyarah, penceramah Masjid, penulis buku dan lain-lain penerbitan ilmiah beliau.

Berkenaan Dr Rozaimi Ramlee, Dikenali Sebagai Seorang Pensyarah UPSI

Siapakah itu Dr. Rozaimi dan Kehidupan Awal

image 75

Beliau adalah Professor Madya Dr Rozaimi Ramle atau Rozaimi bin Ramle yang lahir pada 22 Jun 1983 (berumur 41 Tahun). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh dan telah menduduki peperiksaan SPM di sana pada tahun 2000.

Selepas selesai menduduki SPM,Dr Rozaimi menyambung pelajarannya seketika di pengajian pondok untuk menguasai bahasa arab dalam tempoh satu bulan. Pada awalnya beliau mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai minat mendalami ilmu subjek Hadith kerana Ijazah Sarjana Muda beliau merupakan subjek Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) (Syariah Islamiah) yang diperolehi di Mut’ah University of, Jordan sewaktu beliau berumur 24 pada tahun 2006.

Pada tahun 2008, dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Menurut beliau, kecenderungan untuk mendalami dalam ilmu subjek Hadith wujud selepas beliau terinspirasi dengan kepulangan ustaz-ustaz akademik dan agamawan lain dari Universiti di Timur tengah.

Bagaimana Dr Rozaimi Ramlee Meminati Bidang Hadis dan Mengenali Dr. Maza

Menurut beliau, kecenderungan untuk mendalami dalam ilmu subjek Hadis wujud
selepas beliau terinspirasi dengan kepulangan ustaz-ustaz akademik dan agamawan lain dari
Universiti di Timur tengah.

Dr Rozaimi juga memberitahu bahawa dirinya terinspirasi dengan kebolehan individu lain berbahasa arab,membaca kitab-kitab bahasa arab.Sebagai contoh,Dr Rozaimi mengaku bahawa dirinya terinspirasi dengan ilmu bidang Hadith selepas menonton ceramah Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dato’ Dr Muhammad Asri Zainal Abidin (Dr.Maza).

Biografi Dr Rozaimi Ramlee

image 76

Berikut adalah merupakan info biografi Dr. Rozaimi atau dikenali juga sebagai ‘Rora’ :

BiografiMaklumat
NamaProfessor Madya Dr. Muhammad Rozaimi Bin Ramlee
Lahir22 Jun 1983
AsalPerak Darul Riduan
PendidikanSekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
Mut’ah University of, Jordan
UPSI
StatusBerkahwin (5 orang anak)
KerjayaPenceramah, Pensyarah, Penulis buku
Sumbangan Pendidikan– Seminar Sifat Solat Nabi pada tahun 2018
– Menerbitkan buku Metodologi
Sahabat Dalam Menilai Teks Hadis
– Dan lain-lain
Media SosialFacebook Dr. Rozaimi Ramlee

Latar Belakang Pendidikan dan Kerjaya Dr Rozaimi Ramlee

image 78

Berikut adalah merupakan latar belakang pendidikan yang dilalui oleh Dr Rozaimi sebelum menjadi seorang ustaz yang digemari masyarakat kini:

  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Rendah, Ipoh.
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Izzuddin Shah, Ipoh. Menduduki SPM pada tahun 2000.
  3. Pengajian di Pondok Kem Bahasa Arab. Tamat SPM beliau belajar di Pondok untuk belajar Bahasa Arab selama sebulan.
  4. Universiti Mut’ah, Jordan. Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) pada tahun 2006.
  5. Menjadi pentadbir zakat di Perak pada tahun 2007.
  6. Dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Kemanusiaan, UPSI tahun 2008.
  7. Melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana di UPSI tahun 2008. Bertukar bidang dari Syariah kepada Hadis atas arahan ketua Jabatan UPSI.
  8. Melanjutkan Ijazah Sarjana Hadis di UIA,Gombak.
  9. Menyambung PHD Hadis di Universiti Jordan pada tahun 2011. Mendapat tajaan dari UPSI.
  10. Berjaya mendapar Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Hadis pada tahun 1 Disember 2014.
  11. Dilantik menjadi pensyarah UPSI pada tahun 2015 di bawah fakulti Kemanusiaan, UPSI.
  12. Menjadi Professor Madya di UPSI pada tahun 2019.
  13. Dilantik menjadi perunding bagi pekerja MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd pada tahun 2016.
  14. Dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sehingga 2020.
  15. Dilantik menajdi Rektor di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) tahun 2023.

Senarai Buku Dr Rozaimi Ramlee

image 79

Selain minat dalam mengajar, Dr Rozaimi Ramlee juga seorang yang aktif dalam menulis buku. Berikut adalah merupakan buku penulisan beliau:

  • Q&A Solat Mudah Lagi Sunnah – Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle
  • 40 Amalan Mudah Menurut Sunnah- Dr. Muhamad Rozaimi Ramle
  • Tadabbur Hikmah Hadis 40 Imam Al-Nawawi – Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle
  • Tadabbur Ibrah Kisah Ajaib Dan Fakta Saintifik Makhluk-Makhluk Terawal Diciptakan Tuhan Menurut Imam Ibnu Kathir & Buya Hamka
  • Bersedia Untuk Mati
  • Dan lain-lain

Demikianlah maklumat mengenai Dr Rozaimi Ramlee yang merupakan seorang yang minat mendalam dalam bidang Hadis. Kini, beliau masih lagi aktif menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Diharapkan urusan beliau untuk ummah dipermudahkan selalu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati