[adinserter block="13"]

Ciri dan Bentuk Lesen Memandu Baru 2024, Macam kertas yang Dilaminate?

Lesen Memandu Baru 2024 Macam kertas yang Dilaminate?

Berikutan negara kini sedang beralih kepada dunia digital, netizen dikejutkan dengan rekaan bentuk lesen memandu baru 2024. Pihak JPJ telah mengumumkan pada awal Januari mereka telah memperkenalkan kaedah baharu untuk pembaharuan lesen memandu dan kenderaan.

Mungkin ramai yang belum mengenali bentuk lesen baharu dicetak secara lansung adalah berbeza daripada lesen kebiasaannya yang menggunakan kad jenis keras seperti kad bank kini tifak digunakan lagi.

Pengenalan Lesen Memandu Baru 2024

JPJ Umum Format Baharu untuk LKM dan LMM

Format baharu bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) (atau lebih dikenali sebagai cukai jalan) dan juga Lesen Memandu Malaysia (LMM) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada awal tahun 2024. Perkara itu telah diumumkan bahawa mulai 1 Februari 2024, orang ramai boleh memperbaharui LKM dan lesen memandu menerusi aplikasi MyJPJ oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

image 82
Lesen Memandu Baru 2024

Akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara) berkenaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ.

Ianya adalah bagi memudahkan orang awam bagi memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ melalui pertambahan fungsi baharu aplikasi ini.

Semasa pembaharuan, rakyat boleh menikmati rebat sebanyak RM5 dalam mengalakkan penggunaan e-LMM bagi mereka yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM)

Rakyat Masih Boleh Dapatkan Lesen Memandu Fizikal

Kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang masih belum bersedia dalam tempoh interim pendigitalan tahun 2024, anda masih boleh memilih untuk LKM dan LMM secara bentuk fizikal.

Berdasarkan dapatan kajian dan analisa statistik sepanjang tahun 2023, Pihak JPJ mendapati bilangan pemandu dan pemilik yang memilih digitalisasi kini semakin meningkat.

image 83
Lesen Memandu Baru 2024

JPJ Malaysia akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan untuk tujuan penyesuaian dalam tempoh interim. Kini, LKM fizikal merupakan dalam bentuk pelekat disk LKM dan LMM fizikal pula berbentuk kad plastik.

Kenali Jenis dan Bentuk Lesen Memandu Baru 2024

Pihak JPJ masih memberi ruang kepada rakyat untuk mendapatkan lesen memandu fizikal biarpun ada saranan untuk lebih mengutamakan penggunaan lesen digital. Berikut adalah merupakan bentuk baharu lesen memandu baru 2024.

Untuk pengeluaran LKM dan slip LMM fizikal adalah dalam bentuk kertas keselamatan sahaja.Slip LKM ini adalah tidak wajib dan bertujuan untuk memberi masa kepada mereka yang masih perlu menyesuaikan diri dengan sistem digital.

Untuk pengetahuan ramai, LKM yang baharu ini tidak perlu dilekat atau dipamerkan pada cermin kenderaan sepertimana di[peruntukkan oleh Seksyen 20 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum ini. Sebaliknya, ia disimpan mengikut kesesuaian orang ramai.

Lesen Kenderaan Motor Fizikal 2024

image 80
Lesen Memandu Baru 2024

Lesen Kenderaan Memandu Malaysia Fizikal 2024

image 81
Lesen Memandu Baru 2024

Berikut adalah merupakan jenis dan ciri lesen memandu baharu 2024:

  • Dalam bentuk kertas
  • Tidak mempunyai gambar
  • Mempunyai cop rasmi

Untuk mendapatkan jenis lesen memandu baru 2024 adalah hanya melalui pembaharuan lesen secara fizikal di kaunter JPJ atau kaunter lain.

Pihak JPJ juga menegaskan bahawa melalui Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya, JPJ akan membuat tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana- mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah.

Tebus Rebat Lesen Memandu 2024

Tempoh Penebusan Rebat Lesen Memandu 2024

Inisiatif JPJ iaitu penebusan Rebat terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad). Untuk pengetahuan semua, Rebat ini boleh dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari sehingga 31 Disember 2024.

Syarat Kelayakan Mendapatkan Rebat JPJ

Syarat untuk mendapat rebat ini hanya dibenarkan kepada rakyat warganegara Malaysia sahaja dan tidak diberika kepada:

  • Warganegara asing atau mana- mana pemegang pas/permit jangka masa panjang,
  • Kad MyKAS
  • Kad MyPR

Sehubungan itu, rakyat Malaysia dialu-alukan untuk membuat pembaharuan lesen secara online dan menyokong penuh usaha kerajaan untuk memastikan negara kita begerak lebih laju dalam arus pendigitalan.

32 KOMEN

  1. Kenapa lah pihak jpj tidak kekal lesen berbentuk seperti mykad,mahu baharu bentuk kertas plastik pulak,macam-macam lah tidak tahu dan tidak faham dan tidak tahu mahu komen apa-apa pun,kerajaan kan,bila banyak berbunyi kang,lingkup ke dalam entah apa-apa…
    Dan kenapa lah Lesen bentuk baharu itu kenapa tidak meletak kan gambar pemilik lesen,kalau tak meletak kan gambar pemilik lesen,tak takut ke timbul pulak lesen palsu,di syorkan lesen bentuk baharu ini harus meletakan gambar pemilik lesen ni,untuk mengelakan timbul persoalan isu lesen palsu laa..

  2. To gether gether la..hamp3h pesal xbuat lesen ni 1kali seumur hidup..ni lewat renew nk kene test blk..PKP punye hal..mmg dh lbih 2 thn tp lbh 1-2 mggu je…x tau pgwai jpj yg jaga tu siput or prosuder yg yahudi..ni digital pulak mcm senang sat lg nk kena tu nk kena ni mcm ancok,betul yahudi

      • Ni lah Bala nye bila org bingai yg memerintah negara, dh elok ii lesen sedia ada tu serba cukup direnew nya jdi kertas dileminate dgn alasan alaf digital, menjimatkan masa Q counter,jimat kos..Hakikat bkn rakyat xtahu makin menjelang tahun kehadapan makin miskin n mundur negara ni smpai pengeluaran kad keras yg di bayar oleh rakyat pon nak dijadikan kesempatan utk duit negara.. Makin kedepan makin bebal idea ii nak tingkatkan ekonomi negara ye.. Diharap lekas ii meninggal pd org ii bingai yg memerintah negara ni supaya dpt kembali maju dan ekonomi pesat membangun dgn pelbagai idea… Menyusahkan n jdi beban rakyat je slagi hidup.

  3. Dikawasan saya Pulau Bruit, Daro , Sarawak mana ada kemudahan internet, upload gambar pun kadang2 sampai sehari semalam baru dpt, apa lagi nak berurusan perkara lain atas talian. Patut pihak JPJ memikirkan kawasan pendalaman juga, jgn nak petingkan kawasan Bandar. Seharus pihak membuat penilian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

  4. Aku ada lesen ,tapi sebab xbayaq,trus lup lesen tu, pasaipa lup,sebab xbyk, tapi skill memandu tetap sama mcm ada lesen walaupun naik moto dlm kg aku ja,lepastu klu nk peridup blik aku kena p belajaq lain kursus memandu lpastu klu lulus DPT La lesen tu, persoalannya xleh ka klu xp buat kursus tu semula, terus p sambung blik lesen aku dulu,sebab klu nk mek lesen lain mkn modai bang,dahla tgh kayuh slow2 ja kita ni, harap Allah bg pertolongan kt aku,100%,amin

    • Saya dua kali lesen tamat tempoh, tapi sebab duk overseas lama sangat jadi saya terlepas pandang.. jadi dua kali la saya ambik balik driving school.. cuma kali kedua tu dimudahkan tak perlu ambik kelas penuh.. kelas teori dan dua kali gitu latihan litar dan jalanraya.. jimat la duit sikit dan jimat masa.. nak buat macam mana.. kita yang tak ikut undang-undang, nak tak nak kena la terima akibatnya.. pengajarannya cuma, jangan lalai untuk perbaharui lesen tu..

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati