Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Aplikasi Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ Bermula Februari 2024

Aplikasi Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ Bermula Februari 2024

Orang ramai boleh renew lesen dan roadtax online MyJPJ mulai Februari ini.nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penambahan fungsi baharu itu akan memudahkan orang ramai memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan transaksi fizikal di kaunter Pengangkutan Jalan. Jabatan (JPJ).

Pelaksanaan transaksi pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat yang pada peringkat awalnya hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara)

Pengumuman Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ

Apakah itu Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ?

image 20

Pihak Kementerian Pengankutan Jalanraya telah memperkenalkan kaedah baharu dalam memperbaharui lesen iaitu cukai jalan kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) menerusi aplikasi MyJPJ.

MyJPJ pula adalah merupakan sebuah aplikasi yang dibuat khusus untuk memperkembangkan pengguna data digital secara meluas untuk memastikan pengguna dapat mengambil kemudahan dan

Terima Rebat RM5 Jika Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ

Bagi menggalakkan penggunaan e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5, yang mana rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula dari 1 Februari hingga 31 Disember.

Inisiatif ini terpakai bagi mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui:

  • Kaunter JPJ
  • Portal mySIKAP
  • Aplikasi MyJPJ
  • Rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad).

Inisiatif ini hanya untuk warga tempatan sahaja dan tidak diberikan kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas, permit jangka masa panjang, Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) serta Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR).

Kelebihan Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ

Urusan memperbaharui lesen dan roadtax anda kini boleh dilakukan secara atas talian di mana-mana sahaja. Ia memberi kepada anda beberapa kemudahan. Melalui aplikasi MyJPJ juga terdapat beberapa perkhidmatan seperti:

  1. Perbaharui lesen kenderaan
  2. Perbaharui lesen memandu
  3. Pembayaran saman
  4. e-aduan
  5. dan lain-lain.

Antara kelebihan menggunakan kaedah transaksi secara atas talian adalah:

  • Memudahkan urusan kaunter di mana-mana sahaja.
  • Menjimatkan masa
  • Menjimatkan kos perjalanan
  • Dapat membantu seseorang beurusan dengan segera
  • Memenuhi etika penggunaan yang disediakan

Sila rujuk dibawah bagi mengetahui bagamanai berurusan renew lesen dan roadtax online MyJPJ.

Panduan Guna Aplikasi MyJPJ untuk Rakyat Malaysia

Fungsi Terbaru Diperkenalkan Pada Aplikasi MyJPJ

Fungsi terbaru diperkenalkan kepada orang ramai yang juga boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau cukai jalan digital menerusi aplikasi MyJPJ bermula 2 Januari 2024. Fungsi baharu ini akan membantu pemilik kenderaan berkongsi e-LKM dengan individu lain sama ada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Inisiatif diperkenalkan bertujuan membantu pemandu yang memandu kenderaan individu lain untuk menunjukkan cukai jalan kepada pihak berkuasa sekaligus dapat memudahkan urusan pemandu dan penguatkuasa.

Cara untuk Kongsikan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) Melalui Aplikasi MyJPJ

Cara untuk pemilik kenderaan kongsikan LKM adalah dengan hanya perlu menekan nombor plat kenderaan dan butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian lesen tersebut.

image 18

Fungsi ini ditetapkan mempunyai tempoh had masa perkongsian yang ditetapkan oleh pemilik dan kod pengaktifan perlu diberikan kepada penerimanya. Selain itu, Sistem itu akan menghapuskan rekod perkongsian jika tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Cara Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ

image 19

Pengguna kini boleh memperbaharui segera secara atas talian dengan beberapa langkah mudah. Berikut adalah cara renew lesen dan roadtax online di aplikasi MyJPJ:

  1. Log masuk akaun dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  2. Selepas itu, pergi ke ‘Profil’.
  3. Paparan lesen memandu dan lesen kenderaan motor akan dipaparkan.
  4. Pilih salah satu yang anda ingin renew.
  5. Anda perlu mematuhi arahan yang ditetapkan.
  6. Akhir sekali, anda boleh membuat pengesahan dan pembayaran.

Selepas sahaja anda selesai, untuk mendapatkan lesen anda boleh klik ‘Jana Semula’ untuk mendapatkan paparan lesen anda yang baharu dikemaskini. Berdasarkan sumber, pihak JPJ akan terus membangunkan aplikasi dari semasa ke semasa menuju tahun 2025 dengan semua perkhidmatan JPJ dapat diakses ke aplikasi MyJPJ sahaja.

Soalan FAQs Renew Lesen dan Roadtax Online MyJPJ

Apakah renew lesen online?

Anda hanya perlu menggunakan aplikasi sahaja untuk memperbaharui dan berurusan tanpa ke kaunter.

Bilakah dilancarkan renew lesen online?

Bermula tahun 2023 dimana diperkenalkan melalui laman my SIKAP JPJ.

Adakah menjadi kewajipan renew lesen online?

Tidak, ianya adalah pilihan kepada anda sebagai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan online atau kaunter JPJ.

Bagaimana kalau aplikasi MyJPJ tidak berfungsi?

Anda boleh merujuk kepada pihak aplikasi MyJPJ hubungi mereka pada nombor  03-80008000.

Sekiranya gagal menunjukkan lesen online, adakah dikenakan tindakan?

Tidak, selagi mana anda tidak menyalahi undang-undang dan mempunyai lesen fizikal ianya tidak mengapa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati