Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

15 Khasiat Misai Kucing dan Cara Membuat Teh Misai Kucing

15 Khasiat Misai Kucing dan Cara Membuat Teh Misai Kucing

Bolehkah guna Misai Kucing dalam perubatan tradisional? Penggunaan pelbagai tumbuhan herba dalam perubatan tradisional amat sinonim dengan budaya masyarakat di Asia Tenggara. Malaysia khususnya merupakan negara yang kaya dengan khazanah alam kerana memiliki lebih 20,000 spesies tumbuhan dengan 2000 spesies adalah herba ubatan yang telah diwartakan.

Tambahan, tumbuhan herba dipercayai memberi sumbangan signifikan kepada penemuan ubat-ubatan moden. Salah satunya ialah pokok Misai Kucing yang semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana khasiatnya yang tinggi.

Misai Kucing Baik Untuk Kesihatan

Pelbagai kajian telah dilakukan oleh para penyelidik di seluruh dunia untuk mengenalpasti potensi Misai Kucing dalam mengubati dan mencegah penyakit. Namun sebelum itu, mari kita kenali terlebih dahulu herba tempatan yang unik ini dengan lebih lanjut.

Apakah itu Misai Kucing?

image 326
Bahagian stamen bunga yang menyerupai Misai Kucing

Misai Kucing (Bahasa Inggeris: Cat’s Whiskers) atau nama saintifiknya ialah Orthosiphon stamineus, merupakan tumbuhan herba daripada Famili Lamiaceae yang lazim dijumpai di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Pokok ini mempunyai daun yang berbentuk tirus di hujung dan berjereja di bahagian tepi. Permukaan daun adalah licin dan tersusun secara berpasangan.

Batang pokok Misai Kucing berwarna kemerahan dan tumbuh secara menegak dan bercabang. Bunganya pula berwarna putih atau keungu-unguan dan mempunyai bahagian stamen yang halus seakan-akan misai kucing. Pokok ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter.

Fakta Ringkas Berkenaan Misai Kucing
Ianya sering ditanam sebagai pokok hiasan kerana faktor bunganya yang cantik. Ianya juga boleh dijumpai dengan banyak di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada tanah tinggi atau rendah.

15 Kelebihan Misai Kucing

Terdapat banyak kelebihan Misai Kucing dari sudut pandangan kesihatan. Berikut adalah 15 kelebihan yang anda boleh ketahui berkenaan Misai Kucing:

  • Menggalakkan penghasilan air kencing (bersifat diuretik).
  • Melancarkan sistem perkumuhan.
  • Mengelakkan penghasilan batu karang dalam ginjal.
  • Menyingkirkan jangkitan dalam pundi dan saluran kencing.
  • Membantu mengurangkan kesan inflamasi pada tubuh badan.
  • Mempunyai sifat antioksidan tinggi yang mampu merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Membantu dalam pengawalan berat badan.
  • Mengawal tekanan darah tinggi.
  • Merawat masalah kulit kering dan jangkitan kulat.
  • Meredakan gusi yang bengkak.
  • Melegakan sakit gigi.
  • Mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Merawat batuk dan asma.
  • Mengurangkan demam panas, edema, influenza, rheumatism dan hepatitis.
  • Menyokong kesihatan dan fungsi hati.
GAMBAR

Pengambilan Misai Kucing dalam Kehidupan Harian

Secara amnya, daun Misai Kucing yang dipetik boleh dijadikan sebagai teh atau minuman herba. Sehubungan itu, daun ini turut disajikan sebagai ulam-ulaman yang enak selain digunakan sebagai perencah dalam masakan seperti nasi goreng, nasi kerabu dan nasi ulam. Tidak kurang juga, tumbuhan ini diproses dan dijadikan sebagai suplemen tambahan dalam bentuk kapsul.

Misai kucing

Cara Mendapatkan Misai Kucing

Anda boleh membeli daun Misai Kucing yang telah dikeringkan di kedai-kedai herba. Namun, harga Misai Kucing agak mahal di pasaran. Oleh itu, anda boleh cuba menanam Misai Kucing di rumah kerana ianya mudah diurus dan tumbuh sepanjang tahun.

Berikut adalah tutorial menanam Misai Kucing di rumah anda sahaja:

Cara Membuat Teh Misai Kucing

Bagi anda yang ingin membuat sendiri teh Misai Kucing, mari ikuti cara-caranya yang sangat mudah:

  • Ambil dua genggam daun Misai Kucing.
  • Daun tersebut dikeringkan selama empat hingga tujuh hari.
  • Daun yang telah kering dikisar halus.
  • Serbuk daun direbus dengan sukatan tiga mangkuk air.
  • Teh Misai Kucing sedia dihidang!
image 327

Anda digalakkan untuk mengambil teh ini tanpa gula pada siang hari untuk melancarkan sistem perkumuhan. Dengan perkongsian ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda terutama golongan tua yang amat digalakkan mengamalkan Misai Kucing.

Soalan FAQs Berkenaan Misai Kucing

Di mana kita boleh dapatkan Misai Kucing?

Anda boleh membeli daun Misai Kucing yang telah dikeringkan di kedai herba atau menanam sendiri tumbuhan ini di rumah.

Apakah keistimewaan Misai Kucing?

Ianya mempunyai kesan diuretik, mampu mengelakkan penghasilan batu karang serta menyingkirkan jangkitan dalam pundi dan saluran kecing.

Apakah nama saintifik Misai Kucing?

Nama saintifiknya ialah Orthosiphon stamineus.

Adakah baik minum teh misai kucing?

Ya, kerana teh Misai Kucing mempunyai kesan detoks yang melancarkan sistem perkumuhan.

Misai kucing merupakan tumbuhan jenis apa?

Ianya merupakan tumbuhan herba daripada Famili Lamiaceae.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati