Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hebahan Pengambilan Guru SPP April 2024

Hebahan Pengambilan Guru SPP April 2024

Makluman terbaru dterima daripada pihak SPP berkenaan tawaran pengambilan guru SPP April 2024 yang dibuka untuk permohonan para graduan pendidikan. Terdapat beberapa maklumat yang perlu para pemohon ketahui sebelum membuat permohonan.

Untuk memohon, anda boleh rujuk beberapa maklumat dalam pengambilan guru SPP April 2024 berkenaan syarat, tawaran dan cara permohonan.

Makluman Pengambilan Guru SPP April 2024

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyeru Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

image 3

Untuk rujukan iklan SPP, anda boleh merujuk beberapa pautan dibawah:

Tempoh Permohonan Pengambilan Guru SPP April 2024

Untuk pengambilan guru SPP April 2024 ini boleh dibuat permohonan bermula 1 April sehingga tarikh tutup pada 26 April. Para pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan merujuk syarat kelayakan dan lain-lain.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim):

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan
  3. Memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Untuk opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR). Calon-calon bagi opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mencapai sekurang kurangnya C1 dalam piawaian CEFR akan dilantik secara Contract of Service (COS). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1
  6. Untuk opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurangkurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM
  7. Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurangkurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM
  8. Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut; dan
  9. Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.

Senarai Graduan Tidak Mohon

image 4
Hebahan Pengambilan Guru SPP April 2024 4

Berikut merupakan senarai bagi graduan dalam kategori berikut tidak layak untuk mohon:

  • Graduan Pendidikan Tajaan KPM
  • Guru Interim
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP)
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam
  • Seorang bankrap
  • Memperoleh keputusan senat universiti selepas 26 April 2024.

Cara Mohon Pengambilan Guru SPP April 2024

Bagi membuat permohonan pengambilan guru SPP April 2024, para pemohon boleh merujuk langkah-langkah seperti dibawah:

  • Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 26 April 2024 (Jumaat). Rujuk panduan manual permohonan SPP.
  • Graduan Pendidikan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.
  • Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  • Graduan Pendidikan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 27 April 2024 sehingga 1 Jun 2024.

Semakan Kelayakan Ijazah MQA

Para pemohon perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga. Ini bertujuan bagi pengesahan penarafan bidang pendidikan.

Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:

Diharapkan para pemohon mengemukakan permohonan pengambilan SPP kali ini mengikut ketetapan yang ditetapkan.

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati