Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SPM Tahun 2022

Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia

Terkini Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SPM Tahun 2022. Kini Peperiksaan SPM 2022 yang telah dinantikan telah pun tiba. Debaran juga turut dirasai oleh semua para ibu bapa yang menghantar anak nya ke sekolah setiap hari dan kini Peperiksaan SPM bagi tahun 2022 telah menjadi satu penantian bagi para pelajar terutama para ibu bapa kerna inilah permulaan langkah untuk mereka menuju masa depan yang akan mendatang.

Dan terkini Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun update maklumat terkini mengenai peperiksaan SPM 2022 iaitu penjelasan berkaitan ujian mendengar Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022. Berikut adalah maklumat lengkap rasmi dari kenyataan media Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Terkini Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SPM Tahun 2022

KENYATAAN MEDIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENJELASAN BERKAITAN UJIAN MENDENGAR BAHASA INGGERIS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2022

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada perkara berkaitan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang telah dijalankan pada 16 Februari 2023 (Khamis).

Pelaksanaan UMBI SPM tahun 2022 telah membawa kepada tularnya beberapa dakwaan dalam media sosial berkenaan kadar kelajuan pertuturan dan penggunaan tik tokers sebagai pelontar suara. Keputusan LP menggunakan bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 dibuat berdasarkan pertimbangan berikut:

  • i. LP memaklumkan bahawa format soalan UMBI SPM adalah dalam pelbagai bentuk, iaitu objektif aneka pilihan, objektif pelbagai bentuk dan subjektif respon terhad. Oleh itu, UMBI SPM memerlukan calon mendengar, menganalisis konteks situasi dan memahami maksud keseluruhan bahan audio yang dimainkan.
  • ii. LP juga memastikan item atau instrumen yang dibina mencapai tahap kebolehtadbiran, keesahan, kebolehpercayaan dan kewibawaan. Tahap ini diberikan perhatian agar item atau instrumen tersebut adalah adil dan saksama kepada calon.
  • iii. Kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi Common European Framework of References for Languages (CEFR). Pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022 ini berdasarkan kadar kelajuan pertuturan yang tipikal dan standard pertuturan dan perbualan. Di samping itu, aspek autentik pada penutur juga dititikberatkan dalam pembinaan item atau instrumen UMBI SPM tahun 2022 bagi mewujudkan konteks sebenar komunikasi.
  • iv. Praujian juga telah diadakan dan melibatkan murid sekolah di pelbagai lokasi sama ada bandar dan luar bandar bagi menentusahkan item atau instrumen adalah sesuai dan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.

Manakala LP juga menafikan penggunaan tik tokers sebagai pelontar suara audio UMBI SPM tahun 2022. LP memaklumkan bahawa pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti. Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022.

Sehubungan dengan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh. LP akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah terjamin.

Tamat

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 19 FEBRUARI 2023

Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SPM Tahun 2022

Para pelajar sila pastikan info dan segala maklumat yang disampaikan ini disebarkan buat rakan-rakan segera. Berikut di bawah adalah maklumat sumber rujukan dari page rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

FB IMG 1676814947005
FB IMG 1676814953736

Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia

Media Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 

Para amatlah disarankan supaya bersedia dengan segala pembacaan serta pengulangan mata pelajaran dengan membaca buku sebaiknya dan fokus. Banyakkan berdoa dan jangan berputus asa dalam menjawab soalan-soalan yang sukar. Sentiasa tenang dan sentiasa berzikir sekiranya ada soalan yang sukar dijawab dan jangan terlalu terburu-buru untuk keluar dari dewan peperiksaan kerna peluang yang anda miliki hanyalah sekali itu sahaja seumur hidup.

Oleh demikian itu, buat lah sehabis baik yang mungkin dan berusaha lah kerna SPM ini adalah langkah permulaan bagi anda membina kerjaya dalam hidup.

Doa Buat Kalian

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Terkini Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SPM Tahun 2022 dapat membantu para pelajar menghadapi peperiksaan. Semoga Allah permudahkan segala urusan para pelajar dan memberikan kejayaan yang manis dalam SPM Tahun 2022 ini. Semoga berjaya dan jangan lupa restu ibu bapa serta guru.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati