Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

DISKAUN BIL ELEKTRIK DALAM PAKEJ PERMAI 2021 : INISIATIF 20 YANG IDEAL

DISKAUN BIL ELEKTRIK
DISKAUN BIL ELEKTRIK

DISKAUN BIL ELEKTRIK DALAM PAKEJ PERMAI 2021

Memandangkan masih banyak sektor perniagaan yang terjejas dan belum mampu menstabilkan semula ekonomi mereka semenjak pandemic Covid-19 melanda Malaysia, kerajaan telah mengumumkan persetujuan untuk pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% kepada enam sector perniagaan di seluruh negara bermula Januari hingga Mac 2021.

Pemberian diskaun ini merangkumi pengendali hotel, taman tema, pusat konvesyen, pusat beli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan dan juga agensi pengembaraan dan pelancongan.

Kerajaan juga sedia maklum mengenai pergelutan ekonomi yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ada yang bukan sahaja mengalami pengurangan pendapatan bahkan juga hilang punca pendapatan akibat kemerosotan ekonomi negara kerana pelaksanaan PKP yang perlu dibuat akibat penularan wabak Covid-19.

DISKAUN BIL ELEKTRIK
DISKAUN BIL ELEKTRIK

Ramai yang terpaksa mengikat perut dan berusaha mencari pendapatan sampingan demi meneruskan kehidupan dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi.

Oleh itu, kerajaan mengumumkan pemberian rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, domestik serta bukan domestic dengan kadar serendah 2sen setiap kilowatt per jam. Ini bersamaan dengan penurunan bil elektrik sebanyak hampir 9% bagi tempoh selama 6 bulan bermula 1 Januari sehingga 30 Jun 2021.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati