Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bayaran Pencen Jun 2018 Dibayar pada 4 Jun ini

34072657 1715356141887105 4112269209818365952 n

Bayaran Pencen Jun 2018 Dibayar pada 4 Jun ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pengumuman terkini daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu berkaitan Tarik Pembayaran Pencen bagi Bulan Jun 2018 dan Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM200.

Bayaran Pencen Jun 2018 Dibayar pada 4 Jun ini

image 67

Sukacita dimaklumkan bahawa bayaran pencen bagi bulan Jun 2018 dan bayaran bantuan khas aidilfitri 2018 adalah seperti berikut:

4 Jun 2018 (Isnin) : Bayaran pencen bulan Jun 2018

5 Jun 2018 (Selasa) : Bayaran khas sebanyak RM200

Semua pesara Kerajaan dan penerima pencen terbitan boleh menyemak akaun bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan di atas seawal jam 10 pagi dan selewatnya pada jam 3 petang, bergantung kepada ketetapan bank anda.

Sekiranya anda mempunyai masalah atau bayaran tidak diterima selepas jam 3.00 petang pada 4 Jun dan juga 5 Jun, sila hubungi 03-88878777.

Mohon jasa baik untuk kongsikan maklumat ini kepada semua pesara dan juga tanggungan pesara yang menerima pencen dan pencen terbitan.

Tarikh pembayaran pencen bulan-bulan seterusnya adalah seperti berikut:

Bayaran Pencen Jun 2018 Dibayar pada 4 Jun ini

Justeru, semua pesara dan penerima pencen adalah disarankan untuk membuat perancangan kewangan yang sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pasca Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

1 Jun 2018 (Jumaat)

Penutup

Semoga perkongsian Bayaran Pencen Jun 2018 Dibayar pada 4 Jun ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi terkini lagi sahih dari semasa ke semasa. Sekian.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati