Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Survey Tinjauan Inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

HIMPUNAN SOALAN TEMU DUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Survey Tinjauan Inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti ini disediakan oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan PADU sedang menjalankan survey berkaitan pemahaman dan kesedaran masyarakat berkaitan inisiatif Peluasan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

Survey Tinjauan Inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) yang bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa menjadi rakan strategik KPM dan memberi sokongan berterusan terhadap perkembangan anak-anak mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Survey Tinjauan Inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)

KPM kini sedang menjalankan kajian tinjauan berkaitan PIBK kepada ibu bapa. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan Tuan / Puan mengenai inisiatif pelibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah.

Maklumat lanjut mengenai Garis Panduan Sukarelawan dalam Kelas (SdK) dan Bahan Sarana Ibu Bapa boleh diperolehi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2018, Garis Panduan Sukarelawan dalam Kelas.

Untuk makluman, semua maklumat yang diberikan dalam kajian ini adalah SULIT. Kerjasama yang diberikan oleh Tuan / Puan, didahului dengan ucapan terima kasih.

cats 1

Sila layari pautan ini untuk ke soalan survey https://www.surveymonkey.com/r/PelibatanIbuBapa

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Survey Tinjauan Inisiatif Pelibatan bagi Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) mendapat perhatian khususnya daripada pihak ibu bapa dan komuniti dengan menjawab soal selidik berkaitan PIBK ini. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati