Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

RASMI : PM 10 Umum Cuti Pada Isnin Minggu Depan | Pelawa PN Sertai Kerajaan Perpaduan

RASMI : PM 10 Umum Cuti Pada Isnin Minggu Depan | Pelawa PN Sertai Kerajaan Perpaduan
PM 10

RASMI : PM 10 Umum Cuti Pada Isnin Minggu Depan | Pelawa PN Sertai Kerajaan Perpaduan. Terkini pasca pengumuman mengenai pilihanraya umum kali ke 15 setelah sekian lama menunggu keputusan siapakah yang menjadi Perdana menteri. Kini terjawab sudah persoalan siapa yang akan menjadi Perdana menteri ke 10. Sudah jelas Anwar Ibrahim merupakan Perdana menteri ke-10 Malaysia.

Baru sahaja beliau melakukan sidang media Dan telah mengumunkan bahawa isteri minggu hadapan adalah cuti sempena pengumuman Perdana menteri yang baharu. Ahli sidang media sebentar tadi banyak yang telah dinyatakan oleh beliau sendiri mengenai hala tuju negara selepas pelantikan dirinya selaku Perdana menteri Malaysia yang ke-10. Ikuti maklumat lanjut di bawah.

PM 10 Umum Cuti Pada Isnin Minggu Depan | Berita Gembira Khas Rakyat Malaysia

Perdana Menteri yang baharu sahaja dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin bersamaan 28 November 2022 sebagai cuti kelepasan am.

Mengenai itu dimaklumkan oleh beliau pada sidang akhbar pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.

Datuk Seri Anwar baru sahaja selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, jam 5.30 petang tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, telah disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong,iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah perkenan melantik Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ia sekaligus menamatkan persoalan rakyat Malaysia selepas lima hari Parlimen berada dalam situasi tergantung pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu,hal ini adalah selepas menyaksikan tiada mana-mana pihak berjaya mendapat majoriti 50 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan. – Sinar Harian

Kerajaan Perpaduan

home office 5014411 640 2
PM 10, PM 10, PM 10, PM 10, PM 10, PM 10

Ramai juga ya berteka-teki adakah akan wujudnya kerajaan gabungan atau kerajaan perpaduan di antara pelbagai parti campuran. Ianya adalah idea dan saranan daripada YDP Agong agar menyelesaikan konflik antara pemimpin-pemimpin mengenai pengurusan Hal ehwal pentadbiran negara ini adalah bagi menyelesaikan masalah ketiadaan perdana menteri dan perlu disegerakan dengan segera.

Sebelum ini Agong telah menitahkan agar diwujudkan kerajaan gabungan antara pakatan Harapan dan perikatan Nasional. Namun perikatan Nasional tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan kerajaan perpaduan bicarakan bersama dengan Barisan Nasional. Baru saja kelmarin Agong telah menitahkan sejumlah 30 MP daripada Barisan Nasional untuk hadir istana Negara ini adalah bagi menyelesaikan isu ketiadaan pembentukan kerajaan selepas beberapa hari pilihanraya umum kali ke 15.

Matlamat Pembentukan Kerajaan Baharu..

Sudah dipastikan bahawa kita telah mempunyai Perdana menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada parti pakatan Harapan. Ia merupakan satu berita yang gembira Dan penting bagi struktur pentadbiran negara. Cadangan pembentukan kerajaan baru kini sedang dalam pembikinan dan akan dibentuk Dalam beberapa hari dengan mengikut campuran dan gabungan antara parti-parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum kali ke-15.

Sebentar tadi melalui sidang media yang dibuat oleh Perdana menteri, beliau telah menyatakan bahawa timbalan Perdana menteri akan dilantik daripada gabungan parti Sarawak dan Barisan Nasional. Selain itu beliau juga mengajak perikatan Nasional untuk menyertai sekali dalam pembentukan kerajaan perpaduan.

Ini merupakan satu jalan yang dilihat bijak daripada seorang Perdana menteri yang inginkan kesejahteraan dalam kerajaan dan kestabilan politik bagi memastikan kepentingan rakyat terjaga dan ekonomi negara dapat memacu ke arah yang lebih tinggi.

Berita Positif Selepas Pelantikan Perdana Menteri ke-10..

Hari ini merupakan hari yang bersejarah selepas lima hari lamanya kita menunggu berita siapakah yang bakal menyandang Perdana Menteri yang ke-10 bagi memimpin negara Malaysia. Sudah dimeteraikan sebagai Perdana Menteri adalah dari parti pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah lama memperjuangkan kepentingan rakyat selaku pembangkang sebelum ini dalam tempoh 23 tahun lamanya perjuangan beliau. Akhirnya pada tahun 2022 beliau berjaya dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang ke-10.

Selepas tersebarnya berita beliau sebagai Perdana Menteri, negara kita menerima kesan positif iaitu dari segi peningkatan ekonomi di mana pasaran bursa saham Malaysia melonjak tinggi dan kadar ringgit Malaysia juga memulih berbanding dollar.

Kita berharap akan banyak lagi berita baik yang dapat memberi kepentingan kepada negara dan rakyat bagi memastikan negara kita, Malaysia maju dan berjaya.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati