Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Syarat Kemasukan Program Matrikulasi KPM 2022

syarat kemasukan program matrikulasi
Syarat Kemasukan Program Matrikulasi

Syarat Kemasukan Program Matrikulasi KPM. Bagi kemasukan Matrikulasi tahun 2022/2023, kemasukan ke Program Matrikulasi adalah melalui aplikasi permohonan matrikulasi KPM.

Proses kemaskini permohonan ke Program Matrikulasi pula akan dibuka semula pada suatu tarikh pada bulan Jun 2022.

Penubuhan Program Matrikulasi

Program Matrikulasi ditubuhkan pada tahun 1998 dan merupakan sebuah program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi serta sastera ikhtisas ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Program dan Jurusan yang Ditawarkan

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:

(A) Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
– 
Jurusan Sains
– Jurusan Kejuruteraan
– Jurusan Perakaunan
– Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

(B) Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
– Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan
  2. Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa
    (a) Jurusan Sains
    – 
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi
    (b) Jurusan Kejuruteraan
    – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:- Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.(c) Jurusan Perakaunan
    – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Matematik Tambahan(d) Jurusan Perakaunan Professional JPPRO
    – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Sistem Dua (2) Semester

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa:
(i) Jurusan Sains

Gred

Mata Pelajaran

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA INGGERIS

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

KIMIA

C

FIZIK ATAU BIOLOGI

LULUS

SEJARAH

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Sains untuk setiap aliran adalah seperti berikut:-

  • Aliran Sains Hayat
    – 
    Matematik
    – Kimia
    – Fizik
    – Biologi
  • Aliran Sains Fizikal
    – Matematik
    – Kimia
    – Biologi
    – Sains Komputer
  • Aliran Sains Komputer
    – 
    Matematik
    – Kimia
    – Biologi
    – Sains Komputer

(ii) Jurusan Kejuruteraan

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa :

Gred

Mata Pelajaran

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA INGGERIS

B

MATEMATIK

C

MATEMATIK TAMBAHAN

C

FIZIK

C

dalam satu daripada mata pelajaran berikut:Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

LULUS

SEJARAH

LULUS

KIMIA

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Kejuruteraan adalah seperti berikut:

  •  Aliran Kejuruteraan Asas
    – Matematik
    – Kimia
    – Fizik
    – Basic Engineering
  • Aliran Kejuruteraan Awam
    – Matematik
    – Kimia
    – Fizik
    – Kejuruteraan Awam
  • Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    – Matematik
    – Kimia
    – Fizik
    – Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Aliran Kejuruteraan Mekanikal
    – Matematik
    – Kimia
    – Fizik
    – Kejuruteraan Mekanikal

(iii) Jurusan Perakaunan

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa:

Gred

Mata Pelajaran

C

BAHASA MELAYU

C

BAHASA INGGERIS

C

MATEMATIK

C

FIZIK

C

dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik danMatematik Tambahan

LULUS

SEJARAH

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Perakauanan adalah seperti berikut:

  • Aliran Perakaunan
    Matematik
    – Perakaunan
    – Ekonomi
    – Pengurusan Perniagaan

(iv) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa dan Lulus Ujian Aptitud & Temuduga:

Gred 

Mata Pelajaran

C

BAHASA MELAYU

A-

BAHASA INGGERIS

A

MATEMATIK

C

MATEMATIK TAMBAHAN

A

dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

LULUS

SEJARAH

Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Perakaunan Profesional adalah seperti berikut:

  • Aliran Perakaunan Profesional
    – Matematik
    – Perakaunan Kewangan
    – Pengurusan Perakaunan
    – Accountant in Business

Syarat Kelayakan Mininum Program Matrikulasi Sistem Empat (4) Semester

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa:

Jurusan Sains
i. Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris

ii. Lulus Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer

iii. Lulus Sejarah

Cara Permohonan dan Semakan

Pemohon boleh melalukan semakan di pautan:

Borang Matrikulasi KPM

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Bahagia Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/ 4036/4040 atau

Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://www.moe.gov.my/

Syarat Kemasukan Program Matrikulasi

Diharapkan agar perkongsian mengenai Syarat Kemasukan Program Matrikulasi ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar lepasan SPM untuk memilih langkah seterusnya dalam memilih hala tuju pendidikan ke peringkat lebih tinggi

Untuk ibu bapa dan guru, kami juga ada menyediakan bahan bantu belajar untuk murid prasekolah, sekolah menengah dan sekolah rendah. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati