Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Guru Tabika Gred S29 Dan N11 Effective Januari 2023

Jawatan Kosong Guru Tabika Gred S29 Dan N11 Januari 2023

Jawatan Kosong Guru Tabika Gred S29 Dan N11 Januari 2023. Makluman terkini oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), kini telah dibuka peluang kerjaya untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru Taska kepada para graduan. Untuk permohonan, kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong yang tersedia melalui pengambilan yang dibuka. Ini adalah merupakan peluang keemasan kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi seorang pendidik.

Satu peluang untuk membina kerjaya di JPNIN pada tahun 2023, ini adalah merupakan satu peluang keemasan yang wajib direbut oleh rakyat Malaysia. JPNIN merupakan jabatan yang disegani dalam perkara berkenaan kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab di negara Malaysia bagi memberi perhatian dari segi pemberian bantuan serta memastikan pendidikan anak-anak yang penting seiring dengan pembentukan rohani untuk pelbagai bangsa serta pelbagai kaum dalam komuniti rakyat Malaysia.

Jawatan Kosong Guru Tabika Gred S29 Dan N11 Januari 2023

Selain itu, jabatan berkenaan jugalah yang merupakan jabatan yang dihormati dalam masyarakat Malaysia kerana berperanan sebagai pusat khidmat bagi masyarakat pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia. Kini tiba masanya ruang serta peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah sektor kerajaan di Malaysia. Jangan sesekali lepaskan peluang anda, boleh lakukan permohonan segera!

  • Jawatan Yang Ditawarkan
  • Permohonan Jawatan Dibuka Dan Ditutup
  • Syarat Kelayakan Bagi Pemohon
  • Cara Memohon Jawatan Kosong

Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Untuk makluman, bagi para pemohon , jawatan yang ditawarkan di Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional (JPNIN) yang kini mempunyai kekosongan. Permohonan Jawatan kosong yang boleh dibuat melalui permohonan dengan mengikuti kelayakan yang diminta. Kekosongan jawatan perlu diisi segera dengan mengikuti dan cukup syarat dalam kelayakan permohonan.

Maklumat Jawatan:

  • Jawatan: Guru Tabika Perpaduan Gred S29
  • Jabatan: Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Melaka
  • Taraf: Kontrak / Tetap
  • Lokasi: Tabika Perpaduan di Negeri Melaka
  • Jantina: Perempuan
  • Gaji Gred S29: RM1,493.00 sehingga RM5,672.00

Elaun:

  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300.00
  2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
  3. Bantuan Sara Hidup (COLA) RM160.00 RM300.00

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tutup iklan jawatan;
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan

Maklumat Jawatan:

  • Jawatan: Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11
  • Jabatan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka
  • Taraf: Kontrak/Tetap
  • Lokasi: Tabika Perpaduan di Negeri Melaka
  • Jantina: Perempuan
  • Gaji Gred N11: RM1,216.00 sehingga RM2,983.00

Elaun

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300.00
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 95.00
  • Bantuan Sara Hidup (COLA) RM300.00

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tutup iklan jawatan;
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu; dan
  4. Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan)

Perhatian kepada semua pemohon, peluang jawatan kosong ini yang ditawarkan ialah mengikut kapasiti dan keperluan dari pihak majikan yang mewar-warkan iklan kerja kosong. Bagi segala kekosongan dan sebarang perubahan adalah berdasarkan perubahan rasmi daripada pihak majikan.

Screenshot 2023 01 23 22 42 40 320 edit com.android.chrome

Screenshot 2023 01 23 23 49 23 463 edit com.android.chrome

Screenshot 2023 01 23 23 50 08 229 edit com.android.chrome

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan?

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di kaunter Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka, Aras 3, Menara Persekutuan, MITC, 75450, Ayer Keroh, Melaka. Hanya borang asal sahaja diterima untuk diproses dan salinan borang tidak dibenarkan.
  2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
  3. Borang permohonan yang lengkap berserta dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dikepilkan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil-sijil Akademik, Sijil Digital Vaksinasi, Sijil Berhenti Sekolah serta sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau Gred 41 ke atas hendaklah dihantar kepada:

Pengarah

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Aras 3, Blok Podium, Menara Persekutuan Jalan Persekutuan MITC, Hang Tuah Jaya

Negeri Melaka

Ayer Keroh, 75450 Melaka. No. Telefon: 06-234505

Bilakah Tarikh Permohonan Dibuka Dan Ditutup?

Untuk makluman para calon, tarikh dibuka permohonan jawatan ini adalah sekarang dan anda amatlah disarankan segera melakukan pengisian borang jawatan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 6 FEBRUARI 2023 (Isnin) sebagaimana yang telah diiklankan oleh majikan.

Mohon Segera Jawatan Guru Tabika

Permohonan Calon AKAN DITOLAK sekiranya:-

  • vi. tidak lengkap / tidak jelas;
  • vii. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • viii. tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
  • ix. tidak diakui sah salinan dokumen sokongan dan ditandatangani; dan X. tidak mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 bagi calon yang sedang berkhidmat.

Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah mengganggap permohonannya tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungjawab sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Maklumat Ringkas JPNIN

Buat makluman para calon, Jawatan Kosong Guru Tabika Gred S29 Dan N11 Januari 2023 yang seringkali diadakan pembukaan jawatan kosong guru tabika. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga ialah jabatan yang profesional dibawah seliaan kerajaan Malaysia. Untuk tiap-tiap negeri mempunyai jabatan dibawah JPNIN yang dikendalikan oleh pengarah mengikut negeri masing-masing dalam Malaysia. Melalui matlamat dan perancangan yang sama, iaitu untuk membina masyarakat Malaysia yang mempunyai jiwa yang baik dan nilai murni untuk diamalkan dan diterapkan.

Fungsi JPNIN adalah seiring dengan kefungsian kementerian perpaduan negara Malaysia yang bertindak dalam mengurus berkenaan masyarakat Malaysia. Fungsi JPNIN adalah jelas dalam:

  • Mempertingkatkan usaha untuk mengukuhkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
  • Memperkuatkan dalam hal ehwal perhubungan dan pembangunan komuniti.
  • Memperhebarkan hal ehwal pendidikan awal kanak-kanak untuk Taska dan Tabika Perpaduan.
  • Menaiktaraf usaha penghayatan dan pembudayaan Rukun Negara.
  • Memberi rujukan dalam bidang perpaduan melalui penyelidikan.

Dengan misi “Mempertingkat dan memperkukuh kesepaduan sosial Masyarakat Malaysia melalui usaha penyatupaduan berteraskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara secara inklusif”. Pastinya JPNIN akan membawa Malaysia kearah yang lebih harmoni dan aman.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati