Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun

Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun
Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun

Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun. Terkini, Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan Kasih Suri sebanyak RM480 ​​setahun telah dibuka untuk para wanita yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.

Untuk makluman semua, kumpulan wanita yang merupakan para ibu atau suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum dan menerima insentif khas melalui program kasih suri KWSP.

Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun, Syarat dan Cara-cara Permohonan

  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih adalah layak untuk insentif ini dan akan menerima sumbangan khas Kerajaan sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sebanyak RM5 atau RM480 setahun bagi caruman RM60 setahun. Ia bertujuan untuk menggalakkan suri rumah mencarum secara sukarela di KWSP dan juga sebagai tanda penghargaan Kerajaan kepada sumbangan suri rumah dalam pembangunan negara.
  • Antara faedah lain Kasih Suri Keluarga Malaysia adalah:
    1. Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan
    2. Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
    3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan mereka
    4. Bantuan hilang upaya tertakluk kepada tema dan syarat
    5. Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
  • Kasih Suri Keluarga Malaysia bertujuan untuk memastikan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) mempunyai simpanan persaraan untuk kesejahteraan hidup mereka di hari tua mereka.

Insentif Khas Kerajaan Untuk Suri Rumah Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun

image 301
Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun 4

Program bantuan kewangan kasih suri ini disediakan pada tahun ini. Perkara ini bagi tujuan memastikan kesejahteraan golongan wanita dan secara langsung mengiktiraf sumbangan mereka untuk keluarga serta pembangunan negara pada tahun 2023.

Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun?

Di bawah telah menyediakan syarat kelayakan bagi pendaftaran kasih suri KWSP seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ketua Isi Rumah Wanita
  • Suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat November 2021
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5/sebulan atau RM60/setahun ke dalam akaun KWSP
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan Kasih Suri Keluarga Malaysia
    1. Menghantar borang KWSP 16G(M)
  • Peringatan Penting:Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif i-Saraan, anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi Kasih Suri Keluarga Malaysia. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Apakah Kadar Insentif Kasih Suri Kwsp Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun?

image 300

Berikut adalah kadar insentif yang boleh didapati dalam kemudahan kasih suri KWSP seperti dibawah :

  • Menerima insentif secara tahunan sehingga maksimum RM480
  • Automatik layak menerima bantuan kematian RM2,500
  • Layak menerima dividen tahunan KWSP.

Untuk sedia maklum, menerusi kasih suri KWSP ini untuk suri rumah atau suami boleh membuat caruman. Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja. Jika anda telah mendaftar insentif i-saraan, perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru suri KWSP.

Cara Daftar Kasih Suri Kwsp Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun

  • Untuk mendaftar Kasih Suri Keluarga Malaysia:
    1. Isikan borang Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 16G(M)
    2. Buat pendaftaran di Kaunter KWSP
  • Pembayaran boleh disalurkan melalui:
    1. Perbankan internet melalui Maybank, RHB Bank, Public Bank, Bank Muamalat, Alliance Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, CIMB Bank dan MBSB Bank
    2. Kaunter ejen bank (tunai / cek) melalui BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
    3. Ejen bank berdaftar BSN
    4. Di mana-mana kaunter pembayaran KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar menggunakan Borang KWSP 6A (2)
  • Tiada had tempoh permohonan
  • Dokumen yang diperlukan:-
    1. MyKad
    2. Borang Kasih Suri Keluarga Malaysia – KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
    3. Borang Kasih Suri Keluarga Malaysia – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
    4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Atau anda Boleh layari portal rasmi Kasih Suri Keluarga Malaysia untuk panduan lengkap.

   DAFTAR SINI

Baca juga:

Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Malaysia kerana telah menyediakan Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati