Permohonan Bantuan SMIS RM150 & RM500 Kini Dibuka Tahun 2023.Info terbaru daripada pihak kerajaan, kerajaan sentiasa mengambil cakna akan kebajikan rakyat dan mencuba sedaya mampu untuk menolong rakyat yang dalam kesusahan dan kebuntuan.Di samping itu,antara alternatif kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat adalah memperkenalkan pelbagai skim bantuan bagi golongan yang memerlukan.
Melalui bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan dibawah pelbagai Jabatan atau Kementerian di Negeri mengikut kesesuaian pemohon dari pelbagai peringkat.Skim Mesra Usia Emas(SMUE) diperkenalkan untuk membantu warganegara yang telah berusia akan tetapi skim SMUE akan diubah kepada Skim Mesra Insan Istimewa(SMIS) bermula pada tahun 2023.
Menuruti Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari telah membentang Belanjawan 2023 bagi Negeri Selangor tahun lepas.Beliau mengatakan akan menfokuskan kepada golongan OKU di Negeri Selangor tanpa mengikut kadar umur usia dan pendapatan seseorang. Adapun ,SMUE sebelum ini adalah bantuan bagi golongan tua yang berusia yang cukup kelayakan.
Ikuti Telegram Info semasa bantuan kerajaan Malaysia secara lanjut dan penuh.
Permohonan Bantuan SMIS RM150 & RM500 Kini Dibuka Tahun 2023
Isi Kandungan
Apakah Itu Bantuan SMIS?
Bantuan SMIS adalah nama singkatan untuk Skim Mesra Insan Istimewa bagi rakyat Selangor. Untuk pengetahuan semua, SMIS ialah bantuan kewangan kerajaan Selangor yang menfokuskan kepada rakyat yang OKU yang berdaftar dibawah kerajaan.
MB Selangor memberitahu sebelum ini OKU bantuan akan diletakkan di bawah kelolaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) namun inisiatif ini akan dikaji dan diperhebatkan balik.
“Di samping penstrukturan ini, Selangor akan menambah nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150.
“Dengan penambahan nilai baucar tersebut, program SMUE dan SMIS akan melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM10 juta menjadikan peruntukan bagi SMUE dan SMIS berjumlah RM 30.5 juta pada 2023,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023.
Apakah Manfaat Yang Diperkenalkan Skim Bantuan SMUE Dan SMIS?
Sebelum ini Pada 1 Januari 2021, setiap permohonan yang layak dan berjaya mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian akan memperolehi dua(2)faedah yang besar dibawah inisiatif ini. Faedah tersebut ialah seperti dibawah:
Baucar Shopping Yang Bernilai RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)
- Pemohon yang menepati kekayaan akan diberi baucar shopping sebanyak RM 100 di pasaraya yang ditetapkan pada bulan kelahiran pemohon. Penyerahan faedah akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN setempat.
- Kemudia,Pemohon yang layak (ahli) juga diharuskan untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon dan senantiasa pantau kemaskini peribadi untuk mengelakkan pemohon terlepas pemakluman
Khairat Kematian RM500 (Faedah Selepas Kematian)
- Jumlah faedah yang diterima pemohon adalah RM500
- Tertakluk kepada kematian bermula sejak 1 Januari 2021
- Untuk tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
- Pembahagian wang akan dibuat melalui dalam bentuk tunai/cek oleh pihak Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.
- Seandainya simati belum membuat permohonan, maka pewaris dikehendaki membuat permohonan SMUE dahulu selama 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.
Baca juga:
Bantuan SMIS Bantu Mereka Yang Memerlukan
Kadar Bantuan kewangan Kerajaan Selangor dibahagikan kepada dua faedah dibawah SMUE dan SMIS. Pertama,khairat kematian untuk pemohon (ahli)yang layak berjumlah RM500 ringgit akan dibelanjakan kepada waris ahli yang berdaftar.
Di samping itu, faedah kedua yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri Selangor adalah menambah nilai baucar shopping berjumlah RM50 lalu menjadikan nilaian baucar bertambah kepada menjadi RM150. Baucar ini akan diberi pada bulan kelahiran dan boleh buat tuntutan di Dun pemohon masing-masing.
Syarat-syarat Kelayakan Bagi Bantuan SMUE Dan SMIS
Untuk anda yang layak dan berminat bagi memohon bantuan ini,anda boleh semak dahulu syarat-syarat kelayakan yang diminta oleh pihak kementerian bagi memudahkan permohonan anda diterima.
KATEGORI SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA OKU(SMIS)
- Anda semestinya anak bumiputera Malaysia
- Pemohon masih hidup atau mati dari tarikh 1 Jun 2021 dan memohon 6 bulan dari tarikh kematian.
- Hanya untuk rakyat yang lahir di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974 tanpa ada had umur.
- Sekurang-kurangnya pemohon lahir luar Selangor dan bermastautin selama 15 tahun di Selangor.
- Pemohon mestilah pengundi yang berdaftar di Selangor semasa permohonan dibuat.
- Alamat kad pengenalan pemohon hendaklah alamat di Selangor sahaja.
KATEGORI SKIM MESRA USIA EMAS(SMUE)
- Anda hendaklah warganegara Malaysia
- Anda haruslah berumur 60 tahun keatas
- Anda masih hidup atau belum meninggal dunia pada 1 Januari 2021
- Alamat kad pengenalan hendaklah alamat di Selangor sahaja
- Anda mestilah pengundi yang berdaftar di Selangor semasa permohonan dibuat.
CARA PERMOHONAN SKIM SMUE DAN SMIS:
- Bagi pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah dinyatakan,maka permohonan ini boleh dibuat secara atas talian atau online di Sistem E-Mesra,Yawas.
- Untuk pemohon yang ingin meneruskan permohonan mestilah menyediakan beberapa dokumen-dokumen yang penting dan mesti diisi seperti yang diinginkan.
- Sertakan borang sokongan yang siap diisi perlu dihantar bersama dengan borang permohonan.Bagi pemohon yang memohon di atas talian (online) hendaklah mengisi terlebih dahulu mengenai maklumat sebelum mencetak keluar permohonan.
- Untuk Permohonan online juga perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah membuat permohonan dan perlu menghantar ke Pejabat Yawas atau Pejabat Khidmat masyarakat yang berdekatan
Bagi maklumat lebih berkaitan SMUE dan dokumen-dokumen yang perlu diisi,anda boleh rujuk kembali pada Portal Rasmi dibawah-
Untuk maklumat SMIS, kami akan kemaskini dari semasa ke semasa khas untuk anda. Untuk membuat permohonan Anda perlu menyertakan serta mengisi maklumat butiran anda dengan teliti serta pastikan ianya adalah betul, ini adalah kerana untuk mengelakkan kecurian serta permohonan anda akan ditolak dan digagalkan oleh pihak atasan.
Permohonan Bantuan SMIS RM150 & RM500 Kini Dibuka Tahun 2023 adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk rakyat yang disediakan bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.