Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan

jpg 20221227 093727 0000
Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan. Ini adalah berita gembira kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa seseorang yang baru habis belajar atau baru sahaja bergraduasi pasti merasa ‘struggle’ untuk mencari pekerjaan. Dan sebagaimana maklum bahawa kalau baru habis belajar mesti tak berduit. Ye lah kan, kalau tak ada kerja macam mana nak dapat duit kan?

Bila cari kerja pula kebanyakan syarikat inginkan yang mempunyai pengalaman untuk memohon jawatan kosong di syarikat mereka. Sedangkan kalau seblum kerja mana nak dapat pengalamannya kan? Sepatutnya terima lah dulu barulah dapat pengalaman!

Oleh itu, Kerajaan telah membuat pengumuman untuk memberikan bantuan elaun RM300 kepada seseiapa sahaja yang telah pun tamat Sekolah dan Universiti yang mana bantuan ini adalah diperuntukan khas kepada golongan belia yang sedang mencari pekerjaan dalam apa jua sektor.

Kerajaan hari ini dengan tekad yang tinggi telah memberi sokongan kepada golongan belia melalui pemberian elaun RM300 secara bulanan. Dibawah seliaan badan kerajaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan bantuan secara elaun RM300 melalui peruntukan bajet tahun 2022 oleh Kerajaan Malaysia.

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Lepasan Sekolah Dan Graduan

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan
Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan

Melalui saluran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sumbangan tersebut akan diberi secara elaun RM300 kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu dari Universiti berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian bantuan elaun RM300 adalah diatas program pencarian pekerjaan kepada mereka yang baru sahaja tamat persekolahan, graduasi dari universiti dan pekerja sektor tidak formal. Menurut pihak PERKESO program tersebut ialah:-

  • Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)

Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) adalah merupakan satu program yang khas kepada bukan pencarum PERKESO dan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang bakal diberikan kepada individu yang bukan pencarum PERKESO lebih lebih lagi graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan dan terjejas akibat krisis wabak COVID-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

Permohonan Elaun RM300 Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) 

hand 838975 640 1
Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan

Sekiranya anda berminat untuk memohon skim bantuan yang ditawarkan oleh PERKESO ini, pemohon boleh membuat permohonan di laman web rasmi PERKESO atau boleh juga melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN. Sebelum membuat permohonan di laman web PERKESO atau melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN, pemohon perlu mendaftarkan diri di profil MYFUTUREJOB bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan elaun RM300.

Cara Memohon

  •  Daftar/ kemas kini profil anda dalam portal MYFUTUREJOB.
  • Muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN melalui Apple App Store atau Google Play Store
  • Pemohon boleh memohon tuntutan di aplikasi PERKESO PRIHATIN.

Syarat Kelayakan

  • Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 jun 2021.
  • Daftar sebagai pencari kerja di portal MYFUTUREJOB
  • Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  • kemas kini log aktiviti di portal MYFUTUREJOB.

Pemohon yang berjaya mendapat elaun berjumlah RM300 semasa dalam proses mencari pekerjaan akan menerima elaun tersebut dalam tempoh 3 bulan dan pemohon juga akan  mendapat Elaun Persedian Bekerja (EPB) secara “ONE-OFF” iaitu setelah mendapat pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman rasmi PERKESO.

Laman Web Rasmi PERKESO

Soalan lazim berkenaan bantuan elaun RM300 dibawah Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+):-

Soalan lazim berkenaan SIPEMP+

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi pihak PERKESO di talian 1300-22-8000-03-80915400.

“Semoga dipermudahkan urusan mencari pekerjaan”

Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan. Sumbangan bantuan berbentuk elaun RM300 merupakan bantuan yang sangat membantu kepada pelajar yang baharu tamat persekolahan dan graduan yang baharu tamat belajar. Melalui bantuan berupa elaun itu akan menyuntik semangat golongan belia untuk keluar mencari pekerjaan di era COVID-19. Kerajaan Malaysia telah banyak memainkan peranan dalam mengolak langkah kepada rakyat untuk menyenangkan dan memudahkan urusan rakyat Malaysia. Segala pemberitahuan maklumat berkenaan diatas adalah tertakluk terma dan syarat kepada pengurusan pihak PERKESO.

Baca Juga:

SOALAN-SOALAN LAZIM Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan program SIP EMP+ kepada bukan
pencarum?

  •  Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikan kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang akan berakhir pada 31 Disember 2021.
  •  SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.
  • Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

2. Bilakah tarikh kuatkuasa bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum?

  • Tarikh kuatkuasa membuat permohonan bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum adalah bermula pada 1 Januari 2022.
  •  Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

3. Adakah pencarum PERKESO yang sedang atau telah menerimaf aedah di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan bantuan kewangan di bawah program kerajaan yang dikendalikan oleh Pejabat SIP layak menerima bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini?

  • Tidak. Individu yang telah mendapat bantuan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 atau mana – mana bantuan yang lain seperti JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) dan SIP EMP+ kepada pencarum tidak layak mendapat bantuan ini.
  • Walau bagaimanapun, penerima bantuan SIP PRIHATIN 2.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) masih layak untuk memohon bantuan SIP EMP+ ini dengan syarat pemohon masih belum mendapat penempatan pekerjaan selepas enam puluh (60) hari dari tarikh tamat tempoh bantuan SIP PRIHATIN 2.0.

4. Berapa lamakah tempoh bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini dan jumlah bayaran yang layak diterima?

  •  Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 4 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan dikemukakan.
  • Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan sahaja.
  •  Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.
  •  Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.
  • Sekiranya individu itu mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati