Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sistem Belajar Sekolah Tanpa Buku Teks Dan Pemberian Laptop Percuma Untuk Pelajar – Barisan Nasional 2022

Belajar tanpa buku teks dan laptop percuma
Belajar tanpa buku teks dan laptop percuma

Sistem Belajar Sekolah Tanpa Buku Teks Dan Pemberian Laptop Percuma Untuk Pelajar – Barisan Nasional. Baru sahaja semalam melalui pengerusi Barisan Nasional telah mengemukakan manifesto Barisan Nasional yang mengumumkan beberapa perkara menarik untuk rakyat Malaysia.

Antara tujuan manifesto Barisan Nasional adalah mendahulukan rakyat dan memberi kepentingan kepada pelbagai golongan rakyat.

Melalui pengumuman manifesto tersebut jelas Barisan Nasional banyak mengetengahkan dan mengutamakan keutamaan rakyat Malaysia. Selain itu Barisan Nasional juga dilihat tahu akan kepentingan untuk rakyat adalah melalui penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara.

sackcloth 1280529 640
Laptop Percuma

Sistem Belajar Sekolah Tanpa Buku Teks Dan Pemberian Laptop Percuma Untuk Pelajar – Barisan Nasional

Mengutamakan Kepentingan Pendidikan Negara Merupakan Langkah Kehadapan..

Manifesto yang dibentangkan oleh Barisan Nasional dilihat suatu yang menarik kerana menumpukan pelbagai golongan dan pihak antara yang menarik perhatian adalah apabila diumumkan kepentingan pendidikan negara di dalam manifesto Barisan Nasional yang mana akan menarik perhatian warga pendidik.

Sememangnya isu yang banyak menimbulkan permasalahan kebelakangan ini adalah berkenaan dengan sistem pendidikan negara. Peluang untuk membaiki diambil sepenuhnya oleh Barisan Nasional dengan meletakkan dan mengetengahkan isu ini di dalam manifesto mereka.

Pemberian Inisiatif Kepada Rakyat Dari Segi Pendidikan Adalah Wajar..

Ya benar memberi inisiatif dari segi pendidikan adalah wajar kerana pendidikan negara adalah penting demi kelangsungan masa hadapan sesebuah negara. Apabila ditekankan dan diberi perhatian mengenai isu pendidikan negara ia akan secara automatik kita sedang membaiki negara kita untuk kehadapan lagi.

business 2717063 640 3
Laptop Percuma

Menjaga Kepentingan Pendidikan Dan Para Pendidik Negara..

Melalui pembentangan manifesto Barisan Nasional iaitu dengan mewujudkan sistem persekolahan tanpa buku teks, laptop percuma kepada pelajar golongan berpendapatan rendah serta memastikan liputan 5G mendapat liputan penuh di di seluruh sekolah di Malaysia.

BN seakan mendengar luahan para pendidik di negara Malaysia yang mana sebelum ini para pendidik mengeluhkan keluh-kesah mengenai apa yang ditimpa oleh mereka. Kini suara mereka didengari oleh Barisan Nasional dan jika diberi mandat BN akan melakukan yang terbaik seperti yang ditadbir sebelum ini.

Melalui Barisan Nasional diperkenalkan perancangan amal dan usaha BN iaitu diberikan nama sebagai “PADU untuk Malaysia”.

PADU : Usaha Kebajikan Rakyat Malaysia Daripada Barisan Nasional

tablet 1910017 640
Laptop Percuma

Apa yang telah dibentangkan oleh pengerusi Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi , beliau berkata akan menampilkan perancangan kemas dan usaha BN melalui perancangan PADU untuk Malaysia yang mana ia mengandungi sebanyak 99 amal dan usaha BN sebagai panduan untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih maju dan mantap.

Kebajikan Rakyat Untuk Semua..

Menurut Barisan Nasional mereka juga mengetengahkan kebajikan kepada semua rakyat tidak kira apa golongan seperti mana yang dibentangkan bagi golongan pertengahan pula iaitu M40 akan diberi dua peratus potongan cukai pendapatan dari kumpulan pembayar cukai RM50,000 hingga 100,000.

PADU Penyelesaian Yang Komprehensif..

Apabila dilihat manifesto yang dibentangkan oleh pihak Barisan Nasional jelas ia mendapati bahawa calon pengemudi negara yang menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan kepada rakyat Malaysia tidak kira pelbagai bangsa dan agama.

Usaha PADU akan dilihat berkesan untuk memberi penambahbaikan dan kemantapan negara dari segi kebajikan rakyat dan kemantapan ekonomi. Sepertimana kita tahu kerajaan Barisan Nasional sebelum ini mengemudi negara Malaysia melalui kepakaran pihak teknorat yang dilihat berjaya memacu negara Malaysia dan meningkatkan ekonomi ke arah yang lebih tinggi.

Terbukti Ekonomi Negara Malaysia Dibawah Barisan Nasional TERBAIK..

Negara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan budaya serta sumbangan ekonomi kepada dunia. Kau tahu kita pernah mempunyai Perdana menteri yang berkaliber seperti Datuk Seri Najib Razak yang mana telah memacu ekonomi negara ke arah yang lebih tinggi.

Faktanya kita ketahui bahawa Malaysia pernah dianggap sebagai kuasa ekonomi di Asia tenggara. Belum dilihat kan lagi pada perkembangan ekonomi dari segi sudut pasaran saham yang mana Malaysia(KLCI) dinilai sebagai “rally” saham yang sentiasa meningkat bagi tempoh 10 tahun atau digelar sebagai “The Longest Bull Market Record In The World“. Ekonomi kita sememangnya terbaik sebel ini.

Malaysia Memilih, Pilihan Di Tangan Anda

Tidak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya umum kali ke-15, jadi sebagai rakyat Malaysia sila tunaikan kewajipan anda untuk memilih calon pemimpin yang terbaik untuk memimpin negara Malaysia ke arah kestabilan dan kemakmuran dari segi politik dan ekonomi serta dapat menumpukan sepenuhnya bagi memberi kebajikan kepada rakyat Malaysia.

Semak tempat undi anda disini.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati