Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bajet 2023 : Pendigitalan Pendidikan Tidak Diberi Perhatian l Bagaimana Dengan Pelan Memajukan Sistem Pendidikan?

Pendigitalan Pendidikan Tidak Diberi Perhatian

Bajet 2023 : Pendigitalan Pendidikan Tidak Diberi Perhatian l Bagaimana Dengan Pelan Memajukan Sistem Pendidikan?. Pasca pandemik COVID-19, tiada pelan pemulihan terutama dalam aspek pendigitalan pendidikan di dalam pembentangan bajet 2023 semalam.

Hal ini diutarakan oleh Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Encik Mohd Azizee Hasan. Langkah kerajaan semalam kita dapat saksikan kerajaan memperuntukkan besar dalam sektor pendidikan bagi tahun 2023. Walaubagaimanapun, menurut presiden i-Guru, kerajaan dilihat tidak menyediakan atau beri perhatian kepada pelan bagi pemulihan pendidikan negara terutama dari sudut kandungan kurikulum dan penyediaan dalam peralatan digital.-Berita Harian

Bajet 2023 : Pendigitalan Pendidikan Tidak Diberi Perhatian l Bagaimana Dengan Pelan Memajukan Sistem Pendidikan?

Menurut Presiden i-Guru berkata:

78d2ed4f 0cf9 45ef a7c6 c7e12f7c328f
Pendigitalan Pendidikan

“Apa yang kurang menyerlah dalam bajet ini tiada pelan pemulihan pendidikan pasca pandemik COVID-19, terutama dari sudut pendigitalan pendidikan, kandungan kurikulum dan penyediaan peralatan digital.

Melihatkan isu pendigitalan yang tidak diberi perhatian oleh Kerajaan semasa pembentangan bajet 2023 semalam, menampakkan sistem pendidikan negara perlu ditambah baik lagi.

Pembentangan bajet kali ini sepatutnya diberi perhatian dalam menekankan dan mengetengahkan jurang digital antara sekolah ke sekolah. Melalui usaha meningkatkan jalur lebar ia merupakan satu keperluan bagi meningkatkan dan mencapai matlamat pendidikan negara maju. Tetapi semalam menyaksikan isu ini tidak diberi perhatian, sekurang-kurangnya juga kerajaan perlu mewujudkan insentif berupa ‘one-off’ bagi pembelian alat peranti bagi membantu pengajaran kepada guru-guru.

Pembentangan Bajet 2023 : Kerajaan Naikkan Peruntukan Kepada Kementerian Pendidikan

desk 2852986 640
Pendigitalan Pendidikan

Ia merupakan satu berita gembira bagi komuniti sekolah rendah dan menengah serta kepada guru-guru. Kerajaan kali ini banyak memfokuskan kepada menjaga kebajikan para pelajar dan guru-guru. ‘

Baca Juga: RASMI : Intipati Penuh BAJET2023 Yang Berfokus Kepada Rakyat 

Ia merupakan hasil usaha dari Menteri Pendidikan, Datuk Dr.Radzi Jidin yang dilihat menekankan dan meminta peruntukan yang layak bagi KPM untuk tahun 2023.Oleh itu, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan sebanyak RM55.6 bilion pada tahun depan, Ia meningkat sebanyak RM3 bilion berbanding tahun 2022.

Kerajaan Wujudkan Bantuan Awal Persekolahan..

Kerajaan prihatin dengan mewujudkan bantuan kepada anak-anak yang bakal memasuka awal persekolahan tahun hadapan. Ini dijangka dapat membantu ribuan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

Bantuan awal persekolahan (BAP) yang diperkenalkan oleh kerajaan sebanyak RM150, merupakan bantuan kerajaan kepada ibubapa tanpa mengira status pendapatan mereka. Ia dilihat adalah adil kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak. Seorang akan dapat RM150, dan jika mempunyai lima orang anak, akan memperoleh sebanyak RM750 bantuan awal persekolahan dari kerajaan.

Rancangan Makanan Tambahan(RMT) Ditambah Baik..

Kerajaan kali ini menambah baik dan menyambut pendapat dari menteri kanan pendidikan, Datuk Dr.Radzi Jidin tentang menaikkan kos RMT. Pembentangan bajet 2023 dilihat Kerajaan menaikkan kadar makanan bermasak RMT daripada nilai 2 ringgit 50 sen kepada 3 ringgit 50 sen untuk Semenanjung dan 3 ringgit kepada 4 ringgit bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bantuan RMT ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu dan mengurangkan kos sara hidup bagi keluarga yang tidak mampu dan berpendapatan rendah.

Selain itu, melalui peningkatan kadar RMT akan membantu pengusaha kantin dalam memperoleh pendapatan, justeru itu ia akan dilihat dapat membantu ekonomi negara.

Kerajaan Prihatin Menjaga Kebajikan Rakyat Malaysia

Melalui pembentangan bajet 2023, ia dilihat merupakan bajet yang banyak mementingkan rakyat, khususnya golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan dari kerajaan Malaysia. Namun, isu pendidikan negara juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan kelansungan sistem pendidikan negara.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati