Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 9

Niat mandi wajib sangat penting sebelum mandi wajib. Purata pelajar sekolah menengah tak kira lelaki atau perempuan semestinya akan melalui pengalaman akil baligh di usia 13 tahun dan ke atas.

Di sekolah, dalam subjek pendidikan Islam juga diajar bagaimana cara dan niat mandi wajib. Di sini kami kongsikan cara, jenis, dan banyak lagi niat mandi wajib bagi lelaki dan perempuan.

Lafaz Niat Mandi Wajib

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 10

Sebelum kita pergi ke cara mandi wajib, lafaz niat mandi wajib ialah “Nawaitu raf’al hadasil akbari lillahi ta’ala” sambil keluarkan suara di mulut (secara lisan) dan berniat di dalam hati sambil menyebut “Sahaja Aku Mengangkat Hadas Besar Kerana Allah Taala”. Bacaan niat ini haruslah ketika air sedang menjurus kepada anggota badan.

Allah SWT mensyariatkan mandi wajib bagi seseorang yang telah berakil baligh sebelum melakukan beberapa ibadah seperti mendirikan solat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpama dengannya.

Perbezaan Mandi Wajib Lelaki dan Perempuan

Mandi wajib bagi lelaki dan perempuan mempunyai 2 bahagian iaitu bagi yang lelaki dan perempuan perlu melakukan dan bagi perempuan sahaja yang melakukan.

Lelaki dan PerempuanBagi Perempuan Sahaja
Keluar air maniKeluar darah haid
BersetubuhKeluar darah nifas
Mati selain mati syahidWiladah iaitu melahirkan anak

Hukum Mandi Wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar. Mandi wajib perlu dilakukan dengan mematuhi syarat yang ditetapkan, jika terlepas pandang, ia boleh menyebabkan ibadah menjadi tidak sah.

Berikut adalah hukum mandi junub dengan berendam dalam tab mandi yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Rukun Mandi Wajib

Rukun mandi wajib juga menpunyai tiga perkara iaitu:-

  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Kenapa Perlu Mandi Wajib

Cara orang Islam membersihkan diri daripada hadas besar adalah dengan mandi wajib ketika keluar air mani, wanita selepas haid dan suami isteri yang bersetubuh dan berbagai lagi. Perlulah dipastikan kita mandi wajib mengikut cara yang betul dan sempurna supaya setiap ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Penyebab Perlu Mandi Wajib

Ketika lelaki dan perempuan sedang berhadas besar wajib ke atas mereka untuk mandi wajib apabila:-

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 11
  1. Keluar air mani (secara sengaja ataupun tidak)
  2. Keluar darah nifas
  3. Keluar darah wiladah
  4. Perempuan selepas haid
  5. Bersetubuh (berjimak) – sama ada keluar air mani ataupun tidak
  6. Ketika orang kafir masuk Islam
  7. Mati

Cara Mandi Wajib Dengan Betul dan Sempurna

Antara syarat sah mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh bahagian badan dan rambut serta bulu-bulu manakala jenis air untuk mandi wajib adalah hanya air mutlak sahaja. Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib oleh channel Belajar Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah:-

  1. Niat ketika air sampai ke tubuh.
  2. Membaca “Bismillah”.
  3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun.
  6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air.
  8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
  10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara mandi adalah sama.

Kafiat Mandi Wajib Pada Waktu Pagi

Terdapat beberapa manfaat bermandi wajib ketika waktu pagi selepas bangun daripada tidur iaitu:

Kafiat Mandi Wajib
> Meningkatkan imunisasi badan
> Melanjarkan aliran darah
> Meningkatkan tenaga
> Menjadikan kulit dan rambut lebih sihat
> Menguatkan pernafasan
> Mengawal susu badan
> Mengurangkan tekanan perasaan
> Membantu untuk kurus

Bacaan Doa Mandi Wajib Arab dan Rumi

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 12

Memetik daripada buku Amalan Mandi Janabah Nabi Menurut Mazhab Empat karangan Isnan Ansory, berikut bunyi doa wajib selepas mandi.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

Arab latin: Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa Rasuluhu

Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.

⁠Peranan Ibubapa Bila Perlu Ajar Anak-anak Mandi Wajib

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 13

Apabila anak-anak sudah mula berakil baligh, sebagai ibubapa yang prihatin perlulah memberikan didikan awal tentang pengurusan sistem pemerintahan islam supaya anak-anak dapat kuatkan akidah dan keimanan.

Selain mengajar anak untuk berdikari, ibubapa haruslah berikan kefahaman tentang gharizah an-nau’ yang betul menurut syariat. Ibubapa juga perlu membentuk ‘imuniti’ anak terhadap cabaran persekitaran dan bukan ‘mensterilkan’ mereka dari realiti

Bacaan “Bismillah” Ketika Mandi Wajib

Adakah sah mandi wajib tanpa mendahulukan basmalah? Sah sahaja walaupun tidak didahulukan dengan basmalah kerana melafazkan ‘Bismillahirahmanirahim’ bukan sebahagian dari rukun atau syarat sah mandi wajib.

Hukumnya adalah sunat sahaja dan waktu untuk membaca tersebut apabila disertakan ketika berniat mandi wajib.

Permasalahan Ketika Mandi Wajib

Secara ringkasnya mandi wajib mudah sahaja dilakukan seperti mandi biasa, namun mesti ada sesetengah persoalan yang bermain di minda kita contohnya seperti:

PersoalanJawapan
1. Adakah mandi wajib itu sah sekiranya mandi tanpa seurat benang?Sah mandi dalam keadaan telanjang tetapi hendaklah tidak di tempat terbuka atau dapat dilihat oleh orang lain.
2. Adakah sah menggunakan sabun mandi atau syampu semasa mandi wajib?Seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib.
3. Perlukah mandi wajib sekiranya bermimpi namun tidak keluar air mani?Sesiapa yang bermimpi tetapi tidak keluar air mani, maka tidak perlu baginya untuk mandi wajib.
4. Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yang belum kering?Hendaklah dibalut dahulu angota tersebut yang tidak boleh terkena air. Ketika mandi wajib, wajib kita ratakan air ke seluruh badan melainkan anggota badan yang tidak boleh terkena air (yang berbalut ). Selepas selesai mandi wajib hendaklah bertayamum untuk menyempurnakan mandi wajib tersebut.

Sebarang persoalan lagi boleh merujuk di portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini.

Niat Mandi Wajib Bagi Perempuan Selepas Haid

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 14

Maksud: Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala

Bacaan Niat Mandi Wajib Kerana BerJunub

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 15

Maksud: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala

Bacaan Niat Mandi Wajib Kerana Nifas

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 16

Maksud: Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala

Soalan FAQs Berkaitan Mandi Wajib

1. Siapakah yang perlu mandi wajib?

Remaja yang sudah berakil baligh berumur 13 tahun ke atas dan suami isteri yang bersetubuh.

2. Bilakah waktu untuk mandi wajib apabila di bulan puasa?

Perlu mandi wajib sebelum waktu subuh atau sebelum terbitnya fajar .

3. Adakah sah mandi wajib di air sungai?

Sah sahaja sekiranya air terkena diseluruh anggota badan.

4. Bagaimana untuk tahu jikalau air terkena di seluruh anggota badan ketika mandi wajib?

Sekadar yakin sahaja bahawa air sudah kena pada seluruh tubuh badan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati