Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Koleksi Resepi Telur Paling Diminati Ramai!

Koleksi Resepi Telur Paling Diminati Ramai!

Resepi telur adalah antara hidangan yang mudah disediakan dengan cepat, resepi telur juga merupakan hidangan pantas dan cara masaknya yang mudah membuat menjadi pilihan popular dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan single! Bukan itu sahaja, harga telur yang berpatutan dan kemampuannya untuk dimasak dalam pelbagai gaya sama ada sebagai hidangan utama atau sebagai tambahan dalam masakan.

Kali ini admin akan kongsikan pelbagai resipi telur yang boleh anda lakukan di rumah! Admin yakin masakan resepi telur ringkas ini sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk kerana resipi telur sememangnya menjadi pilihan yang tidak hanya lazat tetapi juga mudah dan sedap untuk menikmati pada bila-bila masa.

Kreativiti Dengan Pelbagai Hidangan Telur : Ikuti Resepi Telur ini, Cipta Kelazatan Bersama!

20240105 112224 0001

Apakah itu telur ayam

Telur ayam adalah telur yang dihasilkan oleh burung ayam betina, telur ayam merupakan salah satu jenis telur yang paling umum dan luas dikonsumsi di seluruh dunia, telur ayam biasanya digunakan dalam masakan dan dimakan sebagai sumber protein yang baik, ia mempunyai cangkang keras dan terdiri daripada putih telur yang cair serta kuning telur yang kaya dengan nutrien seperti protein, lemak,vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan manusia.

Senarai Resepi Telur yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah Sendiri

Sila ikuti artikel ini admin berkongsi berbagai jenis resepi telur kepada anda untuk menambah pelbagai pilihan hidangan yang sedap dan mudah disediakan! Antaranya ialah:

1) Resepi Sambal Tumis Rebus Goreng Pekat Dan Likat

391661697 17863490700014932 6714392404798390657 n

Kredit : Kotaqwa – Koperasi Masjid Taman Bertam Indah

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kisah halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 4-6 biji bawang merah kecil
  • ½ biji bawang besar

Bahan-bahan lain:

  • 1 mangkuk minyak masak
  • ½ biji bawang besar
  • 7 biji telur (saiz B)
  • 15-20 biji cili kering
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sb gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • ½ sb serbuk seasoning
  • 1 biji bawang merah
  • Sedikit air, untuk berkuah
  • 1 sb cuka

Cara penyediaan:

  1. Sambal tumis telur rebus: Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar.
  2. Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili kisar).
  3. Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam blender dan kisar halus.
  4. Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan).
  5. Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit
  6. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing.
  7. Angkat dan ketepikan.
  8. Tumis bawang besar sampai lembut.
  9. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka. Kacau sampai pecah minyak.
  10. Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur rebus.
  11. Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut.
  12. Hidangkan sambal tumis telur bersama nasi putih.

2) Resepi Masak Kicap Simple

409424301 850587237075553 2338423192420626669 n

Kredit : Yusrie Yusoff

Bahan-bahan:

  • 4 – 5 biji telur – goreng mata kerbau
  • 2 biji bawang besar (di hiris)
  • 2 tangkai cili merah (di hiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • kicap manis
  • sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.
  2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis dan garam
  3. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar
  4. Siap dan sedia untuk dimakan

3. Resepi Telur Rebus Goreng Masak Merah

415975176 420293243671543 9111165837813907231 n 1

Kredit : Inspirasi Resepi

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
  • 1 cawan santan pekat / susu cair
  • 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sm halia (dikisar)
  • 1 sm lengkuas (dkisar) – optional
  • 1 senduk cili giling (-/+)
  • 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap
  • sedikit sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk.
  2. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  3. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.
  6. Masukkan telur dan gaulkan.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi

4. Resepi Telur Masak Lemak Cili Padi

telur itik masak lemak 1

Kredit : SuiSan AliezSha

Bahan-bahan:

  • 1 biji kelapa parut
  • 5 batang cili api (ditumbuk)
  • ½ Kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Telur (Boleh mana-mana gred telur)
  • Kundang muda dan peria
  • Asam keping 1

Cara penyediaan:

  • Perah kelapa dan masukkan santan ke dalam kuali.
  • Masukkan cili yang ditumbuk.
  • Masukkan serai.
  • Masak sehingga kuah pekat dan permukaan santan kelihatan licin, pastikan sentiasa dikacau untuk elak santan berketul.
  • Kemudian masukkan asam keping, kundang dan peria dalam beberapa minit. Perlahankan api.
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji.
  • Agak-agak telur putih sudah kelihatan warnanya naik, besarkan api dapur dalam sederhana. Kacau jangan terlalu kuat dan tidak perlu terbalikkan telur.
  • Biarkan beberapa minit lalu padamkan api. Untuk masak telur itik tidak perlu lama nanti keras putihnya tidak sedap, biar lembut dan kuningnya separa cair baru sedap, selamat mencuba semua.

5. Resepi Telur Dadar Rangup Ala Thai

dadar telur

Kredit: Nana Sabrina Sarsan

Bahan-bahan:

  • Telur 2 biji
  • Tepung jagung (1 sudu teh penuh)
  • Daun sup dan daun bawang hiris
  • Bawang merah dadu
  • Bawang putih (di hiris)
  • Cili merah (dihiris, nak letak cili padi pun boleh)
  • Serbuk perasa ayam
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan diatas dan kacau sampai berbuih.
  2. Cara goreng : Panaskan minyak yang banyak dalam kuali hingga kuali berasap.
  3. Masukkan 1 senduk telur kemudian goreng hingga garing.
  4. Kalau 2 biji telur sebaiknya goreng 2 kali supaya lagi rangup.

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Telur

Bagaimana cara memisahkan kuning telur dari putih telur dengan mudah?

Gunakan dua cawan bersih, pecahkan telur di atas satu cawan dan biarkan putihnya mengalir ke dalam cawan yang lain sementara kuning telur tetap di dalam cawan pertama.

Apakah cara terbaik untuk membuat telur rebus yang tidak pecah kulitnya?

Sebaiknya letakkan telur dalam periuk dengan air yang sudah mendidih dan masak selama waktu yang tepat: 7-8 minit untuk telur rebus separuh masak dan kira-kira 10 -12 minit untuk telur rebus penuh.

Apakah cara terbaik untuk menyediakan telur bagi pemakanan kanak-kanak?

Telur yang dimasak dengan baik dan dengan cara yang selamat seperti telur rebus atau telur dadar yang dibuat dengan sedikit minyak boleh menjadi pilihan yang baik bagi kanak-kanak.

Bolehkah telur digunakan selepas tarikh luput?

Penting untuk memeriksa keadaan telur sebelum digunakan selepas tarikh luput, jika telur masih dalam keadaan baik dan tidak berbau ia masih boleh dimasak.

Berapa lama telur boleh disimpan dalam peti sejuk?

Biasanya, telur boleh disimpan dalam peti sejuk selama kira-kira 3 hingga 5 minggu dari tarikh pengeluaran.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati