Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Terengganu Umum Cuti Peristiwa Pada Khamis, 5 Mei 2022 (Raya Ketiga)

Kerajaan Terengganu Umum Cuti
Kerajaan Terengganu Umum Cuti

Terbaru, Kerajaan Terengganu Umum Cuti pada hari Khamis, 5 Mei 2022 (Raya Ketiga) sekiranya hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa, 3 Mei 2022.

IMG 20220427 WA0009
Kerajaan Terengganu Umum Cuti

Tindakan itu diambil oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar susulan memberi peluang beraya kepada rakyat Terengganu. Ini merupakan berita gembira kepada rakyat Terengganu.

Kerajaan Terengganu Umum Cuti Pada Hari Raya Ketiga

Kerajaan Terengganu Umum Cuti
Kerajaan Terengganu Umum Cuti

Pengumuman cuti peristiwa itu akan memberi peluang dan ruang kepada rakyat Terengganu untuk melakukan aktiviti kunjung mengunjungi di hari raya. Tindakan Kerajaan Terengganu memberi cuti peristiwa memberi kelonggaran kepada pekerja-pekeraja kerajaan dan swasta.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan terlebih dahulu mengumumkan cuti peristiwa pada hari raya ketiga. Melalui Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yaakob mengisytiharkan cuti peristiwa pada 3 Mei 2022 bersamaan hari khamis.

Checklist Untuk Selamat Balik Kampung Beraya

Hari raya dah nak tiba. Bagaimana persediaan untuk balik ke kampung?. Disini kami senaraikan beberapa persiapan yang anda kena checklist sebelum pulang ke kampung halaman. Tujuannya adalah untuk memastikan rumah anda dan pemanduan anda selamat. Berikut merupaka beberapa perkara yamg anda perlu take note:

1. Jangan Sesekali Tinggalkan Barangan Berharga

Jika ingin pulang bercuti untuk tempoh masa yang lama ataupun sekejap, elakkan daripada meninggalkan barangan berharga di rumah seperti wang tunai, barangan kemas, laptop dan sebagainya. Ingat, jangan sesekali tinggalkan barangan berharga. Banyak kes-kes kecurian telah berlaku dan ada peningkatan terutamanya semasa musim perayaan.

2.Sila Pastikan Cabut Penutup Kepala Tong Gas dan Tutup Punca Kuasa Elektrik

Pastikan kepala tong gas di dapur rumah anda ditanggalkan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ianya dapat mengelakkan insiden kebakaran semasa ketiadaan anda. Langkah berjaga-jaga ini penting untuk membendung insiden litar pintas atau kebakaran.

3. Pastikan Anda Kunci Pintu dan Tingkap

Meskipun anda hanya meninggalkan kediaman anda untuk tempoh masa yang singkat,anda perlulah amalkan langkah berjaga-jaga dengan sentiasa mengunci pintu dan tingkap rumah anda. Pastikan pintu utama dan pintu belakang rumah anda dikunci dan dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

4. Maklumkan Kepergian Anda Kepada Jiran/Rukun Tetangga/Pihak Polis

Sebagai langkah menjaga keselamatan, sila maklumkan ketiadaan anda kepada jiran untuk menjaga kediaman anda sepanjang ketiadaan anda. Selain itu, anda juga boleh memaklumkan ketiadaan anda kepada rukun tetangga kawasan perumahan anda dan juga kepada balai polis berdekatan dengan mengisi borang yang disediakan. Pihak polis akan melakukan rondaan secara berkala sepanjang ketiadaan anda sekali gus membantu memastikan dan menjaga keselamatan kediaman yang ditinggalkan.

5. Periksa Keadaan Dalaman Dan Luaran Kereta Anda

Selain keselamatan kediaman anda yang ditinggalkan, anda juga perlu mengambil kira keselamatan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Kenderaan anda yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan yang akan dinaiki anda berada dalam keadaan baik. Anda hendaklah lakukan pemeriksaan secara menyeluruh sebelum dan selepas perjalanan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

Selamat Hari Raya, Berhati-hati Di Jalan Raya

Selamat hari raya diucapkan kepada mereka yang beraya nanti dan diucapkan juga selamat pulang ke kampung dan semoga selamat sampai. Jaga pemanduan anda, jaga keadaan sekeliling dan sentiasa peka semasa membawa kenderaan. Bersama -sama kita menjaga diri kita dan pastikak kita beraya dengan pematuhan SOP.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati