Program Sayangi Rumahku 2022: Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur. Bantuan Kerajaan merupakan bantuan yang boleh mengurangkan bebanan hidup dan menjamin kelansungan hidup.
Terbaru melalui program sayangi rumah tahun 2022, ia akan membantu mereka yang dari golongan yang memerlukan untuk membaik pulih rumah yang uzur. Berdasarkan syarat dan kriteria yang harus diikuti oleh para pemohon.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Sayangi Rumahku 2022, anda boleh merujuk dibawah dan boleh membuat permohonan segera.
Program Sayangi Rumahku 2022: Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur
Isi Kandungan
Apakah Itu Program Sayangi Rumahku?
Program Sayangi Rumahku ini merupakan tawaran dari pihak kerajaan dalam menawarkan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah TANPA BAYARAN bagi rakyat negeri Perak yang mengalami kerosakan pada rumah dan rumah yang telah uzur.
Terdapat 2 jenis bantuan yang ditawarkan iaitu:
- Bantuan Baik Pulih
- Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
- Bantuan Bina Baharu
- Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki
Apakah Kriteria Bagi Membuat Permohonan?
Berikut merupakan kriteria wajib bagi mereka yang ingin membuat permohonan program sayangi rumahku tahun 2022:
- Warganegara Malaysia dan Berkahwin
- Berumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri Perak
- Berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung
- Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu)
- Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
- Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)
Apakah Dokumen Yang Diperlukan?
Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
- Penyata pendapatan pemohon.
- Penyata pendapatan pasangan / waris.
- Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
- Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan, anda boleh merujuk maklumat dan cara permohonan Program Sayangi Rumahku Tahun 2022.
Cara Memohon rogram Sayangi Rumahku 2022
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Program Sayangi Rumahku?
Untuk makluman semua, permohonan bagi program sayangi rumahku boleh dibuat permohonan secara atas talian dan secara manual.
1.Permohonan Secara Atas Talian
Anda boleh membuat permohonan secara atas talian dengan mengisi borang di laman web Yayasan Perak. Caranya anda perlu membuka akaun pendaftaran dahulu. Kemudian, masukkan butiran diri di dalam kolum yang diminta. Selepas itu anda juga perlu untuk lampirkan bersama beberapa dokumen seperti yang diminta.
2. Permohonan Secara Manual
Kepada pemohon yang berminat, anda boleh membuat permohonan secara manual. Anda boleh dapatkan borang permohonan di:
- Pejabat Yayasan Perak
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
- Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
Selain itu, untuk memudahkan anda tanpa perlu pergi ke pejabat. Anda boleh muat turun sendiri borang permohonan Disini.
Untuk penghantaran borang anda boleh terus hantar borang permohonan yang sudah dilengkapkan seperti maklumat dibawah.
Maklumat untuk pertanyan dan penghantaran borang permohonan Program Sayangi Rumahku:
Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-255 2929
No. Faks : 05-253 1701
Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
Aras 2, Bangunan UMNO Negeri Perak,
No. 112, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-246 0998
No. Faks : 05-246 0937
Bantuan Baik Pulih Rumah Suatu Keperluan Kepada Rakyat
Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.