Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

HLP : Semakan Keputusan Temu Duga Ambilan 2022 Secara Official

semakan keputusan temuduga hlp & hlps 2022

Semakan Keputusan Temu Duga HLP & HLPS PPP Ambilan 2022.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah menjalani sesi temu duga bagi Program Hadiah Lantikan Persekutuan dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) ambilan 2022 kini boleh dilakukan mulai 14 Jun 2022 pada jam 3.00 petang.

Apakah HLP & HLPS

  • Program Hadiah Lantikan Persekutuan merupakan kemudahan yang diberikan kepadda Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mendapatkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) untuk mengikuti pengajian kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringat Sarjana dan Kedoktoran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (PTA) di Dalam Negara.
  • HLPS pula ialah kemudahan yang ditawarkan kepada PPP untuk mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di IPTA secara sepenuh masa namuh tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa.

Cara Membuat Permohonan

Syarat Umum

Syarat umum yang telah ditetapkan bagi permohonan program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.
  4. Untuk permohonan Program Hadiah Lantikan Persekutuan, pemohon perlu belum memulakan pengajian.
  5. Untuk permohonan HLPS, pemohon belum memulakan pengajian atau telah memulakan pengajian tidak melebihi semester 3 hingga 7.

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi permohonan Program Hadiah Lantikan Persekutuan dan HLPS adalah seperti berikut:

  1. Umur kelayakan permohonan Program Hadiah Lantikan Persekutuan :
    – Sarjana: 50 tahun
    – Kedoktoran: 45 tahun
  2. Umur kelayakan permohonan HLPS:
    – Sarjana: 50 tahun
    – Kedoktoran: 46 tahun
  3. Berkhidmatan sekurang-kurangnya adalah 3 tahun pada tarikh tutup permohonan,
  4. Berkhidmatan secara tetap.
  5. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  6. Purata markah LNPT/PBPPP adalah 85% dan ke atas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut dalam skim perkhidmatan terkini.
  7. Bebas daripada sebarang penyakit kronik.
  8. Mengikut program dan peringkat pengajian yang ditawarkan.
  9. Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan.
  10. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
  11. Bersih daripada pertuduhan atau tindakan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah.
  12. Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS.
  13. Tidak tersenarai dalam senari hitam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain.
  14. Diwajibkan memilih bidang pengajian/pengkhususan/kursus yang ditawarkan sahaja.
  15. Perlu menyediakan kertas cadangan dan dibawa semasa sesi temu duga.

Syarat Akademik

  1. Sarjana

Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setaraf 

Tempoh Minumun Pengalaman Bekerja 

2.00-2.49

10 tahun

2.50-2.99

5 tahun

3.00 dan ke atas

3 tahun

2. Kedoktoran

Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setaraf

Tempoh Minimun Pengalaman Bekerja

Lulus Peringkat Sarjana

3 tahun

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan temu duga boleh dibuat menerusi langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web iaitu https://epenawaran.moe.gov.my/
  2. Klik pada perkataan ‘Semakan Keputusan Temu Duga HLP dan HLPS PPP Ambilan Tahun – 2022’.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
  4. Klik butang ‘Semakan’.
  5. Keputusan temu duga dipaparkan.
6e72aaa8 eaf7 4e47 a2b0 878b75e36712 8

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai semakan keputusan temu duga Program Hadiah Lantikan Persekutuan dan HLPS,

  • Hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian 03-83217144/ 7154 / 7159 / 7138

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Semakan Keputusan Temu Duga Program Hadiah Lantikan Persekutuan & HLPS PPP Ambilan 2022 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru yang telah menjalani sesi temu duga untuk mendapatkan CBBP.

Jika ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan bahan bantu belajar untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah dan prasekolah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati