BANTUAN PEMBERIAN LAPTOP PERCUMA KEPADA PELAJAR IPT l PERMOHONAN KINI DIBUKA! .Terkini,berita baik dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Laptop bagi tahun 2022 kini dibuka.
Bantuan ini menyasarkan kepada mereka yang dari siswa atau siswi daripada golongan B40 dan juga asnaf bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka. Seperti kita maklum penggunaan Laptop sudah menjadi keperluan utama bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) samaada awam atau swasta.
Kepentingan Laptop ini amat diperlukan oleh penuntut IPT. Ditambah pula dengan mod pembelajaran secara atas talian (Online) kini sudah menjadi kelaziman buat para pelajar sejak wabak pandemik COVID19 melanda dunia.
Dengan adanya inisiatif bantuan ini, diharap ia dapat membantu meringankan beban para penuntut IPT dalam mengikuti kelas secara atas talian tanpa mengira tempat serta dapat memudahkan urusan pengajian mereka diperingkat IPT. Ikuti maklumat lanjut mengenai inisiatif pemberian Laptop kepada pelajar IPT dibawah.
BANTUAN PEMBERIAN LAPTOP PERCUMA KEPADA PELAJAR IPT
Isi Kandungan
Untuk makluman semua, dibawah yayasan negeri sembilan telah memperkenalkan inisiatif bantuan pemberian Laptop kepada pelajar IPT yang dari golongan keluarga berpendapatan rendah atau B40.
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Laptop Percuma Yayasan Negeri Sembilan
Kepada pelajar IPT yang berminat untuk memohon Laptop Percuma perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun ( sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah)
- Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
- Pelajar IPTA / POLITEKNIK yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
- Pelajar tahun pertama (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
- Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.
Untuk membuat permohonan, anda dialu-alukan untuk mengikuti cara-cara permohonan bantuan Laptop dari yayasan Negeri Sembilan dibawah.
Permohonan Bantuan Laptop Percuma Kepada Pelajar IPT Di Bawah Yayasan Negeri Sembilan Tahun 2022
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon?
Untuk makluman kepada pemohon, permohonan bagi bantuan ini hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut :
- Sila layari pautan berikut untuk isi borang Google Form :
BORANG PERMOHONAN LAPTOP YAYASAN NEGERI SEMBILAN
2. Pastikan anda telah membaca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang permohonan dan klik butang ‘Next.’
4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Apakah Dokumen Yang Diperlukan?
Senarai dokumen yang perlu di muat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut :
- Sijil kad pengenalan.
- Surat tawaran belajar.
- Surat pengesahan belajar.
- Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
- Penyata gaji bapa.
- Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
- Penyata gaji ibu.
- Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
- Salinan kad pengenalan bapa.
- Salinan kad pengenalan ibu.
Peringatan kepada pemohon untuk mengelakkan sebarang masalah sila ambil perhatian tentang maklumat berikut ;
- Semua dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muatnaik di ruangan yang disediakan
- Maklumat pemohon yang didapati tidak lengkap serta dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak
- Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang tersenarai di atas juga akan ditolak
Untuk maklumat lanjut atau sebarang persoalan mengenai Permohonan Bantuan Laptop Yayasan Negeri Sembilan ini , sila layari laman web :
Laman Web Rasmi Yayasan Negeri Sembilan
Anda jga boleh terus buat panggilan di talian 06-762 8046 atau anda boleh rujuk keterangan mengenai permohonan disini.
Pemberian Bantuan Laptop, Suatu Kepentingan Kepada Pelajar
Pemberian laptop oleh Yayasan Negeri sembilan merupakan antara inisiatif yang penting kepada pelajar IPT. Penggunaan Laptop merupakan antara perkara yang penting dalam pembelajaran kini. Pelajar yang berjaya menerima bantuan Laptop diharap menggunakan sebaiknya.