Bantuan Tablet Dibuka Pada Pertengahan April Ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti dari keluarga B40 untuk mendapatkan tablet atau laptop percuma bermula pertengahan April 2022 ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, tablet dan laptop berkenaan akan diserahkan pada Jun hadapan.
Menurutnya lagi, kerajaan Malaysia memahami kepayahan ibu bapa yang tidak berkemampuan membeli peranti yang sekarang ini harganya telah mencecah ribuan ringgit Malaysia. Mulai 15 April, kementerian akan buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.
NOTA: PERMOHONAN TELAH DIBUKA, MOHON BANTUAN TABLET PERCUMA SEKARANG!
“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, “ – YB TAN SRI ANNUAR HAJI MUSA
Isi Kandungan
- 1 Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia:Bantuan Tablet Dan Laptop Kepada Pelajar IPT
- 1.1 Apakah itu Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia?
- 1.2 Apakah Syarat Dan Kelayakan?
- 1.3 Bagaimanakah Permohonan/Pendaftaran Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia: Bantuan Tablet Dan Laptop Percuma?
- 1.4 Bilakah Permohonan Bantuan Tablet Percuma Dibuka?
- 1.5 Apa Lagi Bantuan Yang di Sediakan Oleh Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Terutama Golongan Yang Memerlukan?
- 2 “Kerajaan Prihatin Memahami Keperluan Pelajar IPT B40 Untuk Memiliki Tablet”
Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia:Bantuan Tablet Dan Laptop Kepada Pelajar IPT
Apakah itu Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia?
Melalui Kerajaan Malaysia, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Malaysia yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti iaitu Tablet dan Laptop kepada setiap satu orang pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) samaada awam dan swasta.
Walaubagaimanapun, pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang bakal ditetapkan dan bakal diumumkan secara lebih terperinci oleh pihak kerajaan nanti.
Apakah Syarat Dan Kelayakan?
Untuk pengetahuan semua, inisiatif bantuan ini adalah memfokuskan kepada mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 sahaja iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.
Program ini akan dapat membantu meringakan beban dan memudahkan urusan keluarga dalam memberikan kepentingan pelajaran kepada anak-anak yang belajar di IPT.
Inisiatif Pakej Perantitsiswa ini juga melibatkan kesemua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Bagaimanakah Permohonan/Pendaftaran Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia: Bantuan Tablet Dan Laptop Percuma?
Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada Pertengahan April 2022.
Proses perolehan bagi inisiatif Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia ini sedang dijalankan dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut terlebih dahulu oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini bagi memastikan program ini berjalan lancar. Mungkin akan berlaku perubahan maklumat pada masa yang akan datang, jadi sila pastikan anda menerima maklumat lebih tepat dan terbaru dari pengumuman semasa pihak kerajaan nanti.
Bilakah Permohonan Bantuan Tablet Percuma Dibuka?
Permohonan dibuka pada 15 April 2022, Harini permohonan telah pun dibuka. Untuk membuat permohonan dan mengetahui cara permohonan di portal permohonan. Anda boleh rujuk dibawah:
PERMOHONAN BANTUAN TABLET PERCUMA KERAJAAN TAHUN 2022
Apa Lagi Bantuan Yang di Sediakan Oleh Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Terutama Golongan Yang Memerlukan?
Untuk pengetahuan semua, ada banyak lagi permohonan bantuan dari kerajaan yang anda boleh mohon bagi tahun 2022 ini. Disini kami lampirkan beberapa bantuan yang anda boleh mohon :
- Bantuan kerajaan sediakan kepada lepasan pelajar sekolah dan graduan. Anak muda layak untuk memohon. Anda boleh buat permohonan di: Bantuan Elaun RM300 kepada pelajar
- Kerajaan telah buat satu inisiatif untuk mereka yang mencari kerja. Anak muda atau mereka yang sedang mencari pekerjaan wajar untuk memohon kemudahan kerajaan sediakan. Boleh mohon di : Bantuan elaun cari kerja
- Khas buat penggemar beli di shopee, kerajaan telah melaksanakan program pemberian baucar kepada pembeli shopee, anda boleh claim baucar di shopee! Sila claim baucar anda sekarang: Bantuan baucar shopee 2022
- Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk e-wallet.Tebus e-wallet anda sekarang! : Bantuan e-wallet RM150
- Anda ingin membina sebuah rumah? tetapi kurang bajet? Berita gembira kepada anda! kerajaan telah membuka permohonan Bantuan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) mohon segera, ini adalah kemudahan kerajaan kepada rakyat Malaysia.
“Kerajaan Prihatin Memahami Keperluan Pelajar IPT B40 Untuk Memiliki Tablet”
Bantuan Tablet PERCUMA Khas Untuk Pelajar IPT B40 ini pasti menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana bantuan seperti inilah yang sangat diharapkan oleh rakyat terutama buat golongan keluarga B40. JElas sekali sekarang, kerajaan Malaysia melalui peruntukan bajet 2022 berserta slogan “Keluarga Malaysia” giat berusaha dan akan memastikan bantuan- bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Usaha kerajaan menyediakan tablet percuma melalui bantuan rasmi seperti ini adalah langkah untuk memudahkan pelajar IPT mendapatkan kemudahan belajar secara alam maya. Semoga pelajar IPT awam atau swasta dapat memanfaatkan sebaiknya pemberian bantuan tablet percuma dari kerajaan Malaysia ini.
Penafian/ Disclaimer
*Sesetengah maklumat dalam artikel ini telah dipinda dan pengumuman baharu berhubung inisiatif ini akan dimaklumkan kelak*.
Update 15/4/2022
- Artikel pengumuman terbaru telah dibuat pihak kerajaan, untuk lebih lanjut sila rujuk artikel PERMOHONAN BANTUAN TABLET PERCUMA KERAJAAN TAHUN 2022 ini.