Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG KERJAYA : JAWATAN KOSONG DI KPDNHEP TAHUN 2022 l GAJI BERMULA RM1,600

Jawatan Kosong di KPDNHEP
Jawatan Kosong di KPDNHEP

Peluang Kerjaya : Jawatan Kosong Di KPDNHEP Tahun 2022 l Gaji Bermula Dari RM1,600. Jawatan Kosong di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuka  jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia. Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong. Pelbagai jawatan-jawatan kosong telah dibuka kepada rakyat Malaysia.

Peluang kerjaya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan satu peluang keemasan yang harus direbut oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana KPDNHEP merupakan kementerian yang bertanggungjawab di Malaysia dalam menguruskan sistem perdagangan dalam negeri-negeri Malaysia.KPDNHEP ialah yang bertanggungjawab dalam memastikan proses urusan perdagangan Malaysia terus berlansung dan berkembang di Malaysia seperti yang diusahakan kerajaan sekarang ialah memastikan sistem perniagaan berjalan dengan lancar dan kearah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Di bawah pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyelia setiap urusan perniagaan yang dijalankan adalah telus dan mengikut standard semasa bagi masyarakat Malaysia. Inilah masanya peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah sektor kerajaan di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda!.

Jawatan Kosong Di KPDNHEP Tahun 2022

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Jawatan yang ditawarkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ialah Personel MYSTEP Gred 19.

Maklumat Jawatan Kosong di KPDNHEP :

  • Jawatan : Personel MYSTEP Gred 19.
  • Sektor: Kerajaan
  • Taraf : Kontrak / Tetap
  • Bilangan Kekosngan : 3
  • Gaji : RM1,600 (Termasuk caruman KWSP dan PERKESO)

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) . Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak kerajaan,.

Bila Permohonan Jawatan Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan boleh dibuat sekarang, Permohonan dibuka pada 1 April 2022 dan permohonan akan ditutup pada 14 April 2022.

Permohonan boleh dibuat secara manual, permohonan boleh dibuat dengan merujuk alamat seperti yang diiklankan di iklan jawatan kosong di KPDNHEP. (Rujuk iklan jawatan dibawah)

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon?

Kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan Personel MYSTEP Gred 19 oleh  calon adalah seperti dibawah.

Syarat-syarat kelayakan:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari umur 18 tahun dan tidak lebih umur 35 tahun pada tarikh jawatan.
  3. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya kerajaan Malaysia.
  4. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus dalam ujian lisan) pada peringkat sijil pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan.

Permohonan Jawatan Kosong Di KPDNHEP 2022

Bagaimanakah cara memohon jawatan yang ditawarkan?

Calon yang berminat untuk memohon jawatan Personel MYSTEP Gred 19 di KPDNHEP tahun 2022 boleh membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh 14 April 2022.

Cara permohonan jawatan Personel MYSTEP Gred 19 di KPDNHEP tahun 2022 :

  1. Permohon hendaklah menghantar resume yang lengkap dan disertakan dengan gambar berukuran passport yang terkini ..
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan sijil persekolahan , salinan kad pengenalan dan lain – lain dokumen berkaitan , yang telah disahkan . Permohonan berikut AKAN DITOLAK :
    1.  Tidak sertakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan
    2. Dokumen tidak lengkap atau tidak terang.
    3. Tidak memenuhi syarat – syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
    4. Tidak ditulis nombor kad pengenalan
    5. Tidak diturunkan tandatangan

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke alamat :

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sarawak ,
No. 41-51 , Jalan Tun Jugah , 93350 Kuching , Sarawak .
( u.p : Seksyen Pendayaupayaan Pengguna , Pentadbiran Dan Kewangan )

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawal seperti berikut

Encik Mat Yassin Bin Sulaiman
Unit Pentadbiran , Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan hal Ehwal Pengguna Negeri Sarawak
Telefon : 082 466022 Samb . 43

iklan KPDNHEP
Jawatan Kosong di KPDNHEP
WhatsApp Image 2022 04 10 at 18.54.45
Jawatan Kosong di KPDNHEP

“Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Peroleh Kejayaan”

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan jawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah  sektor kerajaan Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati