Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JADUAL JANGKAAN BAYARAN BANTUAN BKM FASA 1 MENGIKUT BANK-BANK PEMOHON BKM

JADUAL BKM 1068x601.png 1

Jadual Jangkaan Bayaran Bantuan BKM Fasa 1 Mengikut  Bank-Bank Pemohon BKM. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bayaran masuk bagi bantuan keluarga Malaysia (BKM) bermula 28 Mac – 8 April ini . Bayaran bagi Bantuan BKM yang berjumlah dari RM100-RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon BKM Fasa 1 yang layak.

Walaubagaimanapun, ramai diantara pemohon yang tidak mengetahui bilakah pembayaran duit BKM akan dimasukkan. Oleh itu, disini akan dimaklumkan serba sebanyak mengenai kemasukan duit Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada rakyat Malaysia.

Berkenaan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), menurut pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, seramai 8.6 juta penerima rakyat Malaysia akan menerima bayaran antara sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan dan kriteria masing-masing.Pembayaran itu merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan 3.4 juta individu bujang.

Pembayaran BKM akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac hingga 8 April ini. Manakala, Bagi penerima BKM yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, bantuan BKM disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN),30 Mac ini.

Jadual Jangkaan Bayaran Bantuan BKM Bagi Fasa 1

Jadual Jangkaan Bantuan BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan BKM Fasa 1 adalah bermula pada 28 Mac – 8 April 2022 dan akan dibayar kepada penerima rakyat Malaysia secara berperingkat.

Jadual Masa di bawah adalah JANGKAAN masa kemasukan duit Bantuan BKM mengikut bank-bank di Malaysia :

Jangkaan Bayaran Bantuan
Jangkaan Bayaran Bantuan

Merujuk jadual di atas, ia merupakan waktu jangkaan pembayaran masuk bagi penerima BKM mengikut bank-bank yang tersenarai . Untuk bank-bank selain yang tidak ada disebut dalam senarai di atas, kemungkinan ianya akan masuk pada waktu malam iaitu selepas pada pukul 8 malam.

NOTA: 

Peringatan kepada pemohon Bantuan BKM Fasa 1, anda dialu-alukan untuk semak baki akaun bank anda secara online/ atas talian terlebih dahulu sebelum pergi ke mana-mana ATM bagi mengelakkan sebarang kesusahan dan kesesakan kerana kita perlu masih menjaga SOP COVID-19 disekeliling kita.

Bagi mereka yang tiada akaun bank BSN pula, anda boleh membuat dan mendaftar MYBSN Login dengan mudah dan senang.

Cara-caranya ialah :

  1. Pertama Sekali, sila ke portal rasmi MYBSN : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Kemudian, sila Klik butang REGISTER untuk mendaftar keahlian baru kali pertama di portal myBSN online
  3. Sila pastikan bahawa anda telah membaca kesemua terma & syarat yang ditetapkan oleh BSN untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tekan pada kotak ruangan ACCEPT.
  4. Isikan segala maklumat yang diminta untuk diiskan didala collum kosong yang tersedia. Anda akan diminta untuk memberi segala maklumat berkaitan diri seperti no.kad pengenalan. anda
  5. Akhir sekali,selepas anda berjaya mengisi maklumat peribadi, kata laluan bagi akaun dan beberapa ciri keselamatan akaun, sila tekan butang SUBMIT dan anda bolehlah login myBSN online banking selepas ini bila-bila masa dan dimana jua. Sangat mudah dan menyenangkan anda dikemudian hari.

Segala pertanyaan dan persoalan mengenai pembukaan akaun MYBSN, anda dialu – alukan merujuk lamab web rasmi MYBSN dibawah :

Laman Web Rasmi BSN

Anda juga boleh hubungi terus ke talian :

Tel: 1300 88 1900

Talian No. Telefon BSN

“Bantuan BKM Penerus Kelangsungan Kehidupan Rakyat Malaysia”

Jadual Jangkaan Bayaran Bantuan BKM Fasa 1 Mengikut  Bank-Bank Pemohon BKM. Dengan pengumuman kerajaan Malaysia berkenaan penyaluran bantuan BKM yang akan diagihkan bermula 28 Mac ini menandakan kerajaan Malaysia amatlah prihatin dan cakna akan keperluan rakyat. Semoga rakyat Malaysia akan terus diberi perhatian oleh kerajaan dalam membangunkan negara bersama.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati