Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pakej PerantiSiswa Tahun 2022: Bantuan Tablet PERCUMA Khas Pelajar IPT B40

tablet percuma

Pakej PerantiSiswa Tahun 2022: Bantuan Tablet PERCUMA Khas Pelajar IPT B40. Kerjaan Malaysia melalui peruntukan bajt 2022 berteraskan slogan “Keluarga Malaysia” telah mengumumkan peruntukan khas bantua  tablet PERCUMA kepada pelajar IPT B40.

Melalui peruntukan bajet 2022 kerajaan telah melancarkan pakej Perantisiswa bagi memastikan bantuan khas kepada pelajar ipt. Permohonan Pakej PerantiSiswa bagi pelajar IPT akan dibuka bermula pertengahan April 2022 ini.  Perkara ini diumumkan melalui siaran media terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM). Melalui pakej Perantisiswa tersebut, satu peranti tablet akan dibekalkan satu orang kepada setiap pelajar B40 di IPT awam atau swasta.

perantisiswa 732x1024 1

Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia

Melalui Kerajaan Malaysia, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Malaysia yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti iaitu  ‘tablet’ kepada setiap satu orang pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) samaada awam dan swasta.

Walaubagaimanapun,Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang bakal ditetapkan.

Syarat Dan Kelayakan

Kelayakan adalah kepada Mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 sahaja iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 ,mereka layak memohon inisiatif ini. Program ini akan dapat membantu meringakan beban dan memudahkan urusan keluarga dalam memberikan kepentingan pelajaran kepada anak-anak yang belajar di IPT.

Inisiatif Pakej Perantitsiswa ini juga melibatkan kesemua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Permohonan/Pendaftaran Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia Bantuan Tablet PERCUMA IPT 2022

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada pertengahan April 2022.

Proses perolehan bagi inisiatif Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia ini sedang dijalankan dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut terlebih dahulu oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini bagi memastikan program ini berjalan lancar. Pemberitahuan Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat .

“Satu Pelajar, Satu Tablet Percuma”

Kerajaan Malaysia melalui peruntukan bajet 2022 berserta slogan “Keluarga Malaysia” giat berusaha dan akan memastikan bantuan- bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Usaha kerajaan menyediakan tablet percuma adalah langkah untuk memudahkan pelajar IPT mendapatkan kemudahan belajar secara alam maya. Semoga pelajar IPT awam atau swasta dapat memanfaatkan sebaiknya pemberian bantuan Tablet percuma dari kerajaan Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati