Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dilaksanakan pada peringkat prasekolah mulai 2021

 

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dilaksanakan pada peringkat prasekolah mulai 2021 ini bersumberkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 10 Tahun 2020 bertarikh 04 September 2020.

Surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan tentang Pelaksanaan Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Peringkat Prasekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) mulai tahun 2021 di semua institusi yang melaksanakan pendidikan
prasekolah,

Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 9/2020 bertarikh
25 Februari 2020 telah meluluskan pelaksanaan PKJR peringkat prasekolah mulai
tahun 2021. Perkara ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2016 bertarikh 18 April 2016 supaya
PKJR diperkenalkan kepada murid bermula dari peringkat prasekolah.

PKJR peringkat prasekolah bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan
kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna
jalan raya berhemah serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

Berdasarkan peruntukan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017), PKJR peringkat prasekolah dilaksanakan pada waktu Pembelajaran
Bersepadu iaitu semasa Perbualan Awal, Rehat, Aktiviti Penutup dan Aktiviti
Pembelajaran mengikut kesesuaian perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan
kerjasama KPM telah menghasilkan Buku Panduan Guru: Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya Prasekolah sebagai rujukan kepada guru prasekolah dalam melaksanakan
PdP. Buku ini boleh dimuat turun dari laman sesawang www.pkjr.gov.my

Dapatkan “Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 10 Tahun 2020 bertarikh 04 September 2020” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : SURAT_SIARAN_BILANGAN_10_KPM_PELAKSANAAN_PENDIDIKAN_KESELAMATAN

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dilaksanakan pada peringkat prasekolah mulai 2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.