Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gold Bar Atau Barang Kemas, manakah lebih baik dan effective untuk disimpan?

barangkemas vs goldbar poster

Gold Bar Atau Barang Kemas, manakah lebih baik?. Kami yakin ramai orang yang minat dengan emas.

Ada yang beli emas untuk simpanan, ada yang beli emas untuk perhiasan, ada yang menjadikan emas sebagai instrumen pelaburan, ada juga yang beli emas sebagai instrumen kalis inflasi.

Perbandingan Jelas Gold Bar dan Barang Kemas

Ayuh kita tengok apakah perbezaan diantara bar dan barang kemas.

1. Kesesuaian

Gold bar ini sifatnya tersimpan rapi di dalam bilik kebal. Tidak dibawa kemana-mana kerana ianya dibeli bukan untuk perhiasan akan tapi lebih kepada untuk tujuan pelaburan.

Sebaliknya, barang kemas memang menjadi kegemaran bagi golongan wanita untuk dibawa berjalan-jalan atau ke majlis keramaian. Samaada cincin emas, rantai emas, gelang emas, semuanya boleh digayakan.

2. Keselamatan

Gold bar memang selamat sangat bila disimpan di tempat yang tidak terdedah seperti peti besi yang dikunci rapi. Jadi, kuranglah risikonya untuk dicuri atau dirompak.

Sebaliknya barang kemas, ianya dibawa kemana-mana. Pasti kita menjadi sasaran orang yang mempunyai niat jahat. Maka kita terdedah kepada risiko untuk diragut, demikian itu ambillah langkah berhati-hati.

3. Bisnes

Gold bar ini lebih dianggap sebagai aset komoditi yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Orang tak guna gold bar untuk buat perhiasan. Ada yang suka mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan melabur sedikit kedalam emas.

Manakala barang kemas pula, memang ramai peminatnya, nama pun barang kemas kan. Bila dapat bonus, atau diumumkan bantuan seperti i-Lestari dan i-Sinar atau lebih-lebih lagi pada musim perayaan, memang berpusu-pusu orang ramai ke kedai emas untuk dapatkannya.

4. Ketulenan

gold 513062 1920 2

untuk membentuk dan menempa emas adalah sukar. Gold bar adalah emas yang sangat tulen, iaitu setinggi emas 999 yang memang asli dan pure.

Manakala barang kemas adalah daripada emas 916 dan kebawah sebab senang nak melenturnya.

5. Harga

Gold bar biasanya datang dalam bentuk jongkong emas yang biasa kita kita lihat, jadi harganya tidak melambung lebih dari harga semasa kerana tiada kos upah.

Berbanding dengan barang kemas yang ada kos upah untuk membentuknya menjadi seutas rantai, gelang dan sebentuk cincin. Maka ada kos tambahan yang terlibat.

6. Susut Nilai (Spread)

Susut nilai gold bar adala kecil. Nilainya adalah diantara 4% ke 10%. Ini sangat bermakna bagi para investor emas. Bila ada kenaikan sedikit boleh mendatangkan keuntungan yang cepat.

Namun bagi barang kemas, spread nya adalah sangat tinggi. Ianya bole mencecah sehingga 40%. Bermaksud, harganya sudah jatuh banyak bila nak jual balik selepas dibeli.

7. Jual Balik (Buyback)

Jual balik atau buyback untuk gold bar masih tinggi nilainya walaupun ianya calar, patah atau bengkok.

Sebaliknya untuk barang kemas, spread yang tinggi menyebabkan harganya rendah, sebab itulah jika nak jual balik atau trade in dalam keadaan barang kemas kita sudah dalam keadaan tidak elok seperti mempunyai calar, patah atau bengkok, maka semakin berkuranglah nilainya.

Sebaiknya kita balance kan diantara gold bar dan barang kemas. Ada emas sebagai simpanan dan pelaburan sikit, ada emas sebagai perhiasan sikit.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati