Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pemegang Sijil UEC Tidak Akan Diterima Bekerja Dalam Sektor Awam Di Melaka Tahun 2020

UEC

Apa itu UEC?

Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC) diwujudkan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesukarannya adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang.

Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina.

uec

Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. Ia juga ebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui sijil itu. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan.

Hari ini, Kerajaan negeri Melaka tidak mengiktiraf pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu untuk berkhidmat dalam sektor awam di negeri ini sejajar dengan surat pekeliling kerajaan yang tidak pernah diubah walaupun bertukar kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

EXCO di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal, Vokasional, Sains dan Inovasi) Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini hanya menggunakan khidmat seorang lepasan sijil itu untuk menerajui sebuah agensi di negeri ini, namun ia tidak pernah diwartakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Kerajaan negeri melalui bahagian Pusat Sumber Manusia tidak mengiktiraf sijil UEC memandangkan kerajaan tak pernah mengubah pekeliling sedia ada yang berkaitan dengan syarat kemasukan sebagai penjawat awam.

“Apa yang berlaku ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, Ketua Menteri ketika itu (Adly Zahari), memaklumkan bahawa kita membuka peluang untuk menerima mereka yang mempunyai sijil UEC berkhidmat di Melaka, tetapi dia tidak pernah dibawa ke mesyuarat MMKN, maknanya ia hanya diisytihar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos 2018 tanpa sebarang tindakan susulan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya.

Noor Effandi (Bersatu-Telok Mas) menjawab soalan lisan Datuk Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga DUN Melaka Ke-14 di Seri Negeri di sini, hari ini.

uec

Sebelum ini, kerajaan PH Melaka pimpinan Adly dilaporkan berkata, pengambilan lulusan UEC akan dilaksanakan di negeri itu sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri, seiring sebahagian manifesto pakatan itu pada PRU-14.

Mengulas lanjut, Noor Effandi berkata, sejak 2018 sehingga kini, hanya seorang pemegang sijil diterima berkhidmat sebagai penjawat awam negeri.

“Sejak 2018 hingga hari ini, hanya seorang iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka Lim Kwok Thuan, yang memiliki sijil diterima berkhidmat sebelum perkhidmatannya ditamatkan pada 1 April lalu,” katanya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati