SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak mengalu-alukan mereka yang bernasib kurang baik untuk membuat permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi tahun 2021.
SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN : MAIPk
Golongan sasaran untuk bantuan ini adalah anak kepada isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin untuk menerima bantuan ini bagi sesi 2021.
TUJUAN SKIM BANTUAN INI DIWUJUDKAN ADALAH :
- Membantu anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan
- Memastikan mereka tidak tergolong dalam golongan tercicir pendidikan
SEMAK KELAYAKAN ANDA :
- Pemohon/penerima beragama Islam
- Pemohon/penerima warganegara Malaysia/penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil)
- Pemohon/penerima bermastautin/tinggal tetap di Perak
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah
- Pemohon/penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
- Bayaran dibuat terus kepada pihak sekolah
- Permohonan kali pertama/berpindah sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua keluarga/penjaga atas nama pelajar
- Permohonan yang lengkap wajib mendapat pengesahan daripada pihak sekolah (Guru Besar/Pengetua)
- Borang boleh didapati di pejabat MAIPk Perak