Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

STR FASA 4: SEMAKAN STATUS, TARIKH & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

STR FASA 4: SEMAKAN STATUS, TARIKH & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

STR FASA 4: SEMAKAN STATUS, TARIKH & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI. Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kini terus ditingkatkan.

Anda Mungkin Berminat Dengan Bantuan:

Ada yang berminat mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan dan inisiatif daripada kerajaan perpaduan Malaysia iaitu Malaysia madani bagi tahun 2023 anda boleh ikuti telegram rasmi kami di pautan di bawah:

Bantuan kerajaan

STR FASA 4: SEMAKAN STATUS, TARIKH & JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

lupa kata laluan str 1

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 4:

  • Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
    – Tiada Anak: RM200
    – 1 – 2 Anak: RM600
    – 3 – 4 Anak: RM900
    – Lebih daripada 5 Anak: RM1200
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    – Tiada Anak: RM0
    – 1 – 2 Anak: RM0
    – 3 – 4 Anak: RM300
    – Lebih daripada 5 Anak: RM500
  • Warga Emas Sebatang Kara (60 Tahun Ke Atas): RM200
    Bujang 21 – 59 Tahun: RM0
    Bujang OKU (19 – 59 Tahun): RM0

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat secara berperingkat pada NOVEMBER 2023. Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status akaun bank mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Semakan Status STR Fasa 4

Untuk semakan status STR Fasa 4, anda boleh menggunakan portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023. Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan, atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini. Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status STR Fasa 4, anda boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau menghubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim Berkenaan STR Tahun 2023

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohonan layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  1.  Isi Rumah
    – Kahwin: atau
    – Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
    – Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  2.  Warga Emas Tiada Pasangan
    – Bujang atau ibu baoa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    – Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    – Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  3. Bujang
    – Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    – Had umur adalah 21 -59 tahun; dan
    – Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  1.  Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Siapakah yang layak menerima kadar tambahan RM600 STR?

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  1. Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  2.  Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.

Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?

Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:

  •  Penerima daripada Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan): Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan: Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank/secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Cara membuat semakan status STR fasa 4?

Semakan Status STR Fasa 4 boleh dibuat di laman web STR. Boleh rujuk diatas seperti yang kami sertakan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status lulus?

Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Permohonan STR saya berstatus TIDAK LULUS. Bilakah tempoh untuk Permohonan Rayuan STR?

Permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat dalam tempoh sebulan mulai 03 Julai 2023 – 31 Julai 2023 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati