Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kewangan KPM Keluarga B40 Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) l Semak Syarat Kelayakan Anda

BANTUAN KEWANGAN KPM
Bantuan Kewangan KPM Keluarga B40 Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) l Semak Syarat Kelayakan Anda

Bantuan Kewangan KPM Keluarga B40 Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) l Semak Syarat Kelayakan Anda.Di zaman pandemik COVID19, negara kita dilanda berbagai dugaan onak liku yang menjejaskan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia. Dengan keadaan yang teruji dan mencabar, kerajaan Malaysia sentiasa mengutamakan rakyat Malaysia dalam apa jua keadaan sekalipun.

Di bawah inisiatif kerajaan Malaysia, antara yang mainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan bantuan berupa bantuan kewangan kepada mereka yang layak. Kelayakan bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) anda boleh rujuk dibawah.

Bantuan Kewangan KPM Keluarga B40 Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) l Semak Syarat Kelayakan Anda

Apakah Bantuan Yang Diperkenalkan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) Kepada Keluarga Malaysia?

image 333
Bantuan Kewangan KPM

Untuk makluman semua, bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) adalah merupakan Bantuan Kewangan Asasi, Iaitu Bantuan Pelajar 12 Pusat Pengajian Asasi Universiti Awam(UA). Bantuan ini diperkenalkan oleh KPM dalam usaha untuk membantu membiayai kos sampingan hidup kepada pelajar yang menepati syarat-syarat kelayakan sahaja.

Apakah Syarat-Syarat Dan Kriteria Untuk Melayakkan Pelajar Mendapat Bantuan Kewangan KPM?

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

  •  Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  •  Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berapakah Bantuan Kewangan KPM Yang Akan Pelajar Terima Sepanjang Tempoh Pengajian?

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

  1.  Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
  2.  Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
  3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Adakah Pelajar Boleh Menerima Tajaan/ Biasiswa Daripada Agensi Lain Sekiranya Telah Menerima Bantuan Kewangan KPM?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.

Sekiranya Pelajar Menerima Bantuan Kewangan Asasi Dan Gagal Untuk Menamatkan Pengajian Dengan Jayanya, Adakah Pelajar Perlu Membayar Semula Bantuan Yang Telah Diterima Sepanjang Pengajian?

Ya. Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.

Adakah Pelajar Boleh Menerima Tajaan/ Biasiswa Daripada Agensi Lain Sekiranya Telah Menerima Bantuan Kewangan Asasi Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.

Sekiranya Pelajar Menerima Bantuan Kewangan Asasi Dan Gagal Untuk Menamatkan Pengajian Dengan Jayanya, Adakah Pelajar Perlu Membayar Semula Bantuan Yang Telah Diterima Sepanjang Pengajian?

Ya. Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.

Cara-Cara Permohonan Bantuan Asasi

Jika anda berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan asasi ini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Bahagian biasiswa dan pembiayaan KPM.

Kepada pelajar yang ingin memohon perlu semak dan cetak sendiri dokumen tawaran anda. Selepas lengkap, anda perlu menghantar dokumen melalui Pejabat Pendaftaran Universiti (UA) masing-masing dan di dibenarkan mengemukakan terus ke pihak KPM.

Laman Web Rasmi KPM

Sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh rujuk di laman web rasmi KPM. Sila kongsikan perkongsian ini kepada mereka yang memerlukan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati