Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN RM 450 KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Bantuan RM 450 Kepada Rakyat
Bantuan RM 450 Kepada Rakyat

Bantuan RM 450 Kepada Rakyat. Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan RM450 kepada rakyat Malaysia. Dibawah jabatan kebajikan masyarakat, kerajaan cakna terhadap pelbagai lapisan dari golongan muda ke golongan tua. kerajaan telah menyediakan bantuan berupa jumlah wang kepada mereka yang layak.

Sebelum itu, mohon perhatian pastikan anda juga SEGERA MEMOHON BANTUAN ELAUN KELUARGA BERJUMLAH RM150 HINGGA RM1000 di sini.

Bantuan RM 450 Kepada Rakyat

Kerajaan Malaysia optimis dalam membantu rakyat. Dalam usaha kerajaan membangunkan dan memajukan bumi Malaysia dari segi sektor pertanian, perindustrian, pembangunan, pelancongan dan lain-lain sektor. Kerajaan Malaysia tidak lupa dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya. Tanpa mengira warna kulit, adat dan keturunan bangsa, kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai bantuan , inisiatif, suntikan dana dan lain-lain jenis bantuan tanpa mengira kepelbagaian lapisan.

Dalam hidup bermasyarakat yang mempunyai kepelbagaian bangsa terdapat berbagai-bagai golongan yang hidup dalam komuniti masyarakat. Golongan yang wajar dan perlu diberi perhatian adalah golongan orang kurang upaya (OKU). Golongan OKU merupakan sebahagian dari kelompok yang terhad dalam melakukan sesuatu kerana mempunyai kelainan upaya. Dari sudut kelemahan mereka, kerajaan Malaysia sentiasa mengangkat golongan OKU ke tahap yang sama bersama golongan yang lain. Kerajaan juga banyak membantu dalam pelbagai usaha memberi keistimewaan kepada mereka yang berkelainan upaya. Bantuan kewangan dari kerajaan antara usaha kerajaan dalam memartabatkan bangsa orang kurang upaya (OKU).

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bantuan kewangan berupa elaun sebanyak RM450 sebulan kepada golongan orang kurang upaya iaitu  :-

  • Elaun kerja orang kurang upaya (EPOKU)

Bantuan ini diperuntukan oleh Jabatan kebajikan masyarakat dibawah program prihatin golongan orang kurang upaya. Kerajaan amatlah prihatin kepada mereka yang berkelainan upaya. Dalam usaha membantu golongan tersebut kerajaan telah memperuntukan elaun khas kepada orang kurang upaya yang bekerja. Ini adalah bertujuan untuk memberi inisiatif dan dorongan kepada mereka yang bekerja di dalam komuniti masyarakat tidak mengira apa-apa sektor.

Kriteria kelayakan

Berikut adalah kriteria kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan :

  1. Merupakan Warganegara, tinggal dan bekerja di Malaysia
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Malaysia
  4. Berpendapatan bulanan sejumlah RM 1,500 dan ke bawah atau
  5. Merujuk mana-mana kes yang layak dipertimbangkan.
Bantuan RM 450 Kepada Rakyat
Bantuan RM 450 Kepada Rakyat

Bantuan ini diselaras mengikut dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Permohonan EPOKU Bantuan RM 450 Kepada Rakyat

Permohonan bantuan elaun pekerja orang kurang upaya (EPOKU)  boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan diteliti dahulu untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bertujuan dan bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil lahir anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Sebarang dokumen yang berkaitan

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk ke mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda. Permohonan bantuan adalah dibuka bila-bila masa tanpa tarikh tutup dan nilai bantuan adalah RM450 sebulan.

“Kerajaan prihatin, Rakyat bahagia”

Bantuan kewangan RM450 kepada rakyat Malaysia daripada kerajaan kepada khusus golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan tanda kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang prihatin tanpa mengira jenis golongan, Golongan Orang kurang upaya layak dibantu dan diberi perhatian dikalangan masyarakat juga.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati