Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Benarkah Pendedahan Wujudnya Sindiket Licik eGTukar? Mohon KPM & SPRM Siasat Segera Kes Tahun 2018

Benarkah Pendedahan Wujudnya Sindiket Licik eGTukar? Mohon KPM & SPRM Siasat Segera
Benarkah Pendedahan Wujudnya Sindiket Licik eGTukar? Mohon KPM & SPRM Siasat Segera

Benarkah Pendedahan Wujudnya Sindiket Licik eGTukar? Mohon KPM & SPRM Siasat Segera. Berhubungan dengan urusan pertukaran guru baru-baru ini, admin dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang guru yang menyatakan terdapatnya sindiket licik daripada kakitangan yang bertanggungjawab dalam mengurus urusan pertukaran guru.

Sindiket Licik? Rasuah. Aktiviti ini terjadi dalam urusan pertukaran guru? Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang guru yang telah memohon pertukaran lokasi perkhidmatannya melalui laman Facebook beliau.

Benarkah Pendedahan Wujudnya Sindiket Licik eGTukar? Mohon KPM & SPRM Siasat Segera

Amat sedih sekali sekiranya perkara ini benar-benar terjadi. Rasuah. Pihak yang bertanggungjawab perlu menyiasat perkara ini sama ada ia benar atau palsu. Pihak Sistem Guru Online memandang serius perkara ini kerana bimbang jika urusan pertukaran guru akan dianggap tidak lagi telus. Sekiranya pihak berwajib dapat menyiasatnya dan mengeluarkan kenyataan sama ada perkara ini berlaku atau tidak, maka insyaallah semua ‘teka-teki’ ini akan terhurai.

Sindiket Licik eGTukar

Selain itu, pada ruangan komen lain di laman Facebook, ada juga guru yg berkongsi cerita berkaitan perkara ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon supaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat berkaitan kesahihan perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pihak kami amat bersimpati kepada guru-guru yang memohon pertukaran guru ini kerana hanya untuk bersama keluarga yang tersayang. Kes guru ini, sejak berkahwin lagi beliau tidak dapat duduk sebumbung dengan suami sebab mengambil Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Sedih bukan?

Sekali lagi, mohon pihak KPM dan SPRM menyiasat kesahihahan perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Hentikan perkara ini daripada terus terjadi. Kasihan guru yang menjadi mangsa. Mereka hanya inginkan kebersamaan mereka bersama keluarga yang tersayang.

Semoga perkongsian ini mampu menarik perhatian warga pembaca khususnya pihak yang berkenaan dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Pihak Sistem Guru Online memohon agar kebenaran perkara ini akan dapat diwara-warakan kepada semua pihak khususnya kepada warga pendidik setelah siasatan dilakukan.

Kemas kini 03 Jun 2018 (Ahad)

Alhamdulillah, perkara ini telah mendapat respons daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Penjelasan Terhadap Isu Pertukaran Guru Yang Tular Menerusi Media Sosial iaitu seperti berikut:

34268676 1874106125961374 8394023859270975488 n 1
Benarkah Pendedahan Wujudnya Sindiket Licik eGTukar? Mohon KPM & SPRM Siasat Segera Kes Tahun 2018

Kami khususya warga Sistem Guru Online mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah memberikan maklum balas kepada semua dengan pantas dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan perkara ini dengan cepat.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati