Nasi lemak sememangnya merupakan juadah ikonik Malaysia yang digemari semua kaum, sama ada Melayu, Cina mahupun India. Pada pandangan kasar, nasi lemak nampak senang untuk dihidang, hanya perlu masak nasi dan buat sambal. Namun bila cuba sendiri buat di rumah banyak yang tak kena! Itulah cabaran memasak nasi, pelbagai masalah timbul antaranya nasi tak cukup masak, lembik berketul atau cepat basi.
Oleh itu, admin kongsikan cara masak nasi lemak yang betul mengikut resipi tradisional terdahulu dengan terdapat pelbagai kaedah untuk hasilkan nasi lemak yang ringkas dan sedap. Sila ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut!
Nasi Lemak, Sarapan Pagi Pilihan Rakyat Malaysia
Isi Kandungan
Apakah itu nasi lemak
Nasi lemak merupakan satu juadah tradisional yang terkenal dan sinonim dengan Negara Malaysia. Ia terdiri daripada nasi putih yang dimasak bersama santan kelapa yang mendapatkan tekstur yang lembut dan rasa yang sedap.
Ciri-ciri nasi lemak:
Ciri-ciri nasi lemak termasuklah:
- Diperbuat daripada beras yang dimasak dengan santan kelapa sehingga rasanya lemak manis
- Biasanya diberi bau wangi daun pandan semasa proses memasak.
- Disajikan dengan pelbagai lauk pendamping seperti ayam goreng, telur sambal belacan, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan lain-lain
- Mempunyai teksture nasi yang lembut, warna nasi lemak kebiasaannya putih bersih kerana takaran santan atau dan pandan yang sesuai
- Bentuk nasi lemak yang dihidangkan selalu dibungkus dengan daun pisang, terdapat pelbagai kaedah nasi lemak mengikut daerah di Malaysia
Panduan Cara Buat Nasi Lemak : Ikan Bilis Rangup, Sambal Pedas Menyengat Selera!
Nasi lemak ialah nasi khas Malaysia yang menggunakan santan serta disertakan lauk pauk dan mempunyai bau harum daun pandan. Oleh itu, Hdangan ini amat sesuai untuk anda lakukan dirumah dengan cara yang paling mudah! Ikuti cara masak nasi lemak dibawah.
1. Resepi Nasi Lemak
Kredit : Resepi nasi lemak
Bahan-bahan nasi lemak:
- 4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit
- 6 cawan santan
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 biji bawang besar, dipotong 4
- 1 batang serai, diketuk
- 1 inci halia, diketuk
- 4 ulas bawang putih, diketuk
- 1/2 camca teh halba
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan sambal tumis:
- Genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
- 2 1/2 senduk nasi
- Cili kisar
- Camca teh pes asam jawa
- 1 biji bawang besar, dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras, dihiris
- 1 inci belacan(dikisar halus)
Bahan-bahan sampingan:
- Telur rebus secukupnya, dibelah 2
- Hirisan timun secukupnya
- Daun selom (optinal)
- Ikan goreng atau ayam goreng
- Sambal tumis
Cara masak nasi lemak:
- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering.
- Biar betul-betul masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya.
- Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis.
Untuk sambal tumis:
- Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan).
- Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat.
- Rasa dan jika dah sedap, boleh matikan api.
Untuk nasi lemak kampung:
- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang.
- Letak hirisan timun, telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus seperti dalam gambar.
- Boleh hidangkan dan hias!
2. Resepi Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak.
Bahan-bahan:
- 4 cawan basmathi
- 1 cawan santan
- 3 cawan air
- 3 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil minyak
- 1 batang serai – ketuk
- 1 ulas bawang merah – hiris
- 1½ inci halia – hiris
- Sedikit perwarna hijau
Cara masak nasi lemak:
- Beras dibasuh bersih kemudian rendam selama 20 minit. Kemudian toskan air nya. Jika guna beras biasa rendam dim 10 minit sahaja.
- Blenderkan 1 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan hampas daun pandan. Daun pandan yang cik tie guna saiz sederhana. Kalau yg besar boleh kurangkan.
- Masukkan air daun pandan ke dalam rice cooker.
- Masukkan baki air 2 cawan lagi tu bersama dengan santan. Boleh titiskan sedikit perwarna hijau supaya warna nasi lebih cantik. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.
- Masukkan beras. Berserta dengan serai, halia & bawang. Last sekali masukkan minyak. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker sehingga masak.
Bahan-bahan sambal telur puyuh:
- 20 biji telur burung puyuh
- 3 biji bawang besar merah
- 3 ulas bawang putih
- 15- 20 tangkai cili kering gemuk
- 1½ sudu makan asam jawa ditambah 3 sudu makan air
- Sedikit belacan (jika suka)
- 1½ keping Gula nisan atau Gula kerek
- Sedikit air jika perlu Garam secukup rasa.
Cara buat sambal telur puyuh:
- Rebus telur puyuh. Kemudian, buang kulit. Goreng sekejap. Ketepikan
- Cili direbus sehingga lembut, kemudian kisar dengan sedikit air.
- Blendkan bawang besar merah & bawang putih, pastikan blend dengan air yang sedikit.
- Selepas siap semua bahan dikisar. Tumiskan cili dan bawang dengan minyak yang secukupnya. Bahagian ini jangan kedekut minyak semasa menumis sambal, barulah sambalnya cantik. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana
- Biarkan sambal masak, bila nampak sambal hampir pecah minyak. Masukkan gula nisan & belacan. Belacan tu jika tidak suka boleh skip sahaja, tak perlu letak.
- Kemudian, biarkan sambal masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa. Untuk dapatkan sambal yang tahan lama dan rasanya sedap, perlu dimasak lama dengan api yang kecil.
- Bila sambal siap boleh masukkan telur puyuh.
Bahan untuk ayam crispy:
- 1½ ekor ayam – potong mengikut saiz yang disukai
- 14 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1½ sudu kecil serbuk kunyit
- 14 sudu kecil serbuk cili
- 1½ sudu kecil tepung beras
- 1½ sudu kecil tepung ubi kentang atau tepung jagung
- Garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
- 1 inci kunyit hidup
- 1/4 inci halia
- 3 batang serai
Cara masak ayam crispy:
- Bahan yang ditumbuk kunyit, halia, serai ditumbuk menggunakan lesung sehingga lumat. Boleh masukkan sedikit garam semasa menumbuk supaya mudah lumat. Cik tie pernah guna blender tapi hasilnya lebih baik tumbuk guna lesung.
- Di dalam mangkuk, letakkan ayam. Kemudian masukkan bahan tumbuk, berserta dengan serbuk bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili. Perasakan dengan garam secukup rasa. Perap ayam selama 30 minit.
- Untuk goreng ayam, tambahkan tepung beras dan tepung ubi kentang. Jika tiada tepung ubi kentang gantikan dengan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Tujuan letak tepung supaya luar ayam jadi rangup dalamnya juicy.
- Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam sehingga masak dan garing cantik.
- Siap nasi lemak, boleh hidangkan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun. Baunya memang wangi satu rumah.
Kredit : khadijah jaafar