Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Konstable Polis Gred YT1 Bagi Kemasukan November

Konstable Polis Gred YT1

Makluman pengambilan konstable polis gred YT1 kini telah dibuka kembali kepada orang ramai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria PDRM. Iklan jawatan ini dikeluarkan oleh pihak polis diraja Malaysia (PDRM) di beberapa platform utama mereka seperti facebook, instagram, portal rasmi PDRM dan sebagainya.

Oleh yang demikian, orang ramai dialu-alukan untuk membuat permohonan ini sebelum tarikh permohonan ditutup. Ikuti maklumat kami secara penuh supaya anda jelas tentang terma, syarat dan cara permohonan yang sebenar.

Update terkini mengenai info-info jawatan terbaru di peringakt swasta dan kerajaan:

Pengumumam dan Info Pengambilan Konstable Polis YT1 Bulan November

Maklumat Ringkas Jawatan Konstable Polis

Untuk makluman anda, pengambilan polis konstable kali ini terbuka kepada semua lelaki dan perempuan.dan permohonan kali ini adalah jenis tetap dibawah perkhidmatan pelaksana.

JawatanStatusKumpulan Perkhidmatan
Konstable Polis YT1TetapPelaksana
125277441 1319496501736520 2309335115025566227 n
Konstable Polis Gred YT1

Lokasi Jawatan yang ditawarkan di seluruh Malaysia

Penempatan bagi kemasukan jawatan ini adalah merangkumi seluruh tempat di Malaysia. Jadi semua orang boleh buat permohonan terlebih dahulu dan penempatan akan ditentukan berdasarkan anda tinggal atau akan ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi.

Tarikh Buka & Tutup Permohonan Polis Malaysia

Diminta para calon dan pemohon untuk jelas akan tarikh buka dan tutup permohonan konstable polis gred yt1 ini agar permohonan anda nanti masih dalam tarikh diterima. Tarikh buka iklan ini dibuka pada 14/11/2023 dan akan ditutup pada akhir bulan november iaitu 30/11/2023.

Peringatan : Jika permohonan anda melepasi tarikh yang ditetapkan maka permohonan akan ditolak dan terbatal.

Syarat-syarat dan Kelayakan Permohonan Konstable Polis YT1

Untuk pengetahuan para pemohon terdapat beberapa syarat permohonan yang telah disediakan dari pihak PDRM keatas calon. Syarat kelayakan ini merangkumi kelayakan akademik dan kelayakan fizikal. Berikut syarat permohonan am dan akademik yang diminta:

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian.
  3. Kelayakan Akademik:
    Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM 1,220.00].
    • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
      – Kepujian dalam Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan
      Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
      – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh syarat minimum PMR & PT3:

Mata PelajaranPMR (Gred)PT3 (Gred)
Bahasa MelayuCC
Bahasa Melayu (Lisan)C
MatematikDE
3 mata pelajaran atau subjek lainDE
* Kelayakan minimum adalah PMR atau PT3. Rujuk jadual diatas

Kriteria Fizikal yang di Perlukan Bagi Polis Gred YT1

Pemohon lelaki atau perempuan hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang telah digariskan seperti berikut:

Jenis FizikalLelakiWanita
TinggiHendaklah sekurang-kurangnya 163 cmHaruslah 157 cm sahaja
tanpa bersepatu
Berat badanBerat timbangan sekurang-kurangnya 50 kgBerat timbangan wanita sekurang-kurangnya 48 kg
Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI)Julat 19 kg/m2 hingga 26 kg/m2Julat 19 kg/m2 hingga 26 kg/m2
Ukuran lilit dadaKebiasaan 81 cm adalah normal dan semasa menarik nafas 86 cm (Lelaki sahaja)

Lulus ujian penglihatan
Bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan

Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan

Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
Ujian KesihatanDiperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (Kerajaan).Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (Kerajaan).

Kelebihan, Faedah dan Gaji Bagi Pengambilan Konstable YT1

Untuk info para calon dan pemohon pihak majikan telah menyediakan peruntukkan, faedah, manfaat kepada sesiapa yang memegang jawatan konstable polis gred YT1 ini. Berikut kami kongsikan kelebihan yang bakal dibahagikan kepada para calon jika diterima:

  • Gaji Permulaan RM 1,220.00
  • Elaun Khidmat
  • Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah
  • Bayaran Insentif Khas PDRM
  • Elaun Perumahan
  • Lain-Lain Elaun Mengikut Jabatan

Deskripsi Tugas Jawatan Konstable YT1

PDRM telah menyediakan beberapa tugas yang perlu dijalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:

  • Jabatan Pengurusan
  • Cawangan Khas
  • Jabatan Siasatan Jenayah
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
  • Jabatan Logistik dan Teknologi
  • Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Pegawai-pegawai yang memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel Sokongan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Apply Permohonan Konstable Polis YT1 Segera

Pihak kami sarankan kepada orang ramai yang ingin menyertai bekerja dibawah perkhidmatan polis diraja Malaysia (PDRM) ini agar rujuk kembali sekali lalu iklan permohonan supaya semasa permohonan anda hendak dihantar lengkap dan mengikut piawaian yang diinginkan.

photo 2023 11 08 08 48 21
Konstable Polis Gred YT1

Cara Mudah Apply Jawatan Konstable Polis Gred YT1

Ini cara untuk anda kemukakan permohonan jawatan polis pada laman portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu web portal mengenai maklumat polis di Malaysia. Admin nasihatkan agar anda pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’.
  3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
  4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik ‘Permohonan Baru’.
  5. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon.
  6. Klik butang ‘Hantar Borang’.
  7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Nota : Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan Pemohon yang memalsukan maklumat akan disenarai hitam.

Maklumat Lanjut Jika Ada Permasalahan

Untuk para pemohon jika anda mendapati masalah pada dokumen atau penghantaran dokumen, anda boleh hubungi terus nombor perkhidmatan pelanggan dibawah:

Hubungi Khidmat Pelanggan
03-2266 8347/8348/8350/8351

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati