Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ā¬ļø

Semakan Tawaran NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018

Semakan Tawaran NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018
Semakan Tawaran NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018

Semakan Tawaran NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon perhatian khususnya kepada guru-guru yang telah memohon NPQEL baru-baru ini, semakan permohonan akan dibuka dalam masa terdekat iaitu mulai 21 MeiĀ  hingga 3 Jun 2018.

Semakan Tawaran NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018

Pengenalan

cats

Kursus NPQEL iaitu Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leads) adalah program bagi melatih pemimpin pelapis oleh Institut Aminuddin Baki. Menariknya, Program NPQEL mod baru ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka dan juga e-learning. Jadi ini membolehkan peserta mengikuti kursus, tanpa perlu memohon cuti belajar, atau pun melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Syarat Memohon NPQEL

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Pemohon mestilah sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan sekarang pada tarikh permohonan.
  2. Kelayakan Akademik dan Ikhtisas:
    1. Bagi calon PPPS (guru sekolah rendah/menengah) hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya
    2. Bagi calon PPPLD hendaklah sekurang-kurangnya memiliki SPM/MCE atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya
  3. Pemohon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan pada tarikh permohonan
  4. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A (purata 85 markah ke atas) bagi tempoh 3 tahun terkini.
  5. Pemohon tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahakamah.
  6. Pemohon mestilah sihat fizikal dan mental. Pemohon dikehendaki mengemukakan laporan kesihatan jika perlu
  7. Pemohon bukan merupakan pegawai yang sedang mengikuti kursus atau pengajian di mana-mana institusi di bawah tajaan Kerajaan Malaysia.

Semakan tawaran NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018 boleh dilakukan melalui Sistem dalam Talian (online) NPQEL MPPS mulai 21 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018. Layari Sistem NPQEL MPPS DI SINI.

cats 1

Penutup

Semoga berjaya daripada kami, warga Sistem Guru Online. Semoga entriĀ Semakan Tawaran NPQEL Ambilan 2 Tahun 2018 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengetahui semakan tawaran bagi permohonan ini. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online dengan menyertai saluran Telegram kami di sistemguruonline.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati