Penerangan Senarai Aras Kemahiran Berfikir Bagi Mengukur Pelajar di Sekolah. Dalam sistem pendidikan, kemahiran berfikir adalah asas penting yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar.
Kemahiran ini membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan memahami konsep-konsep yang kompleks. Terdapat tiga aras kemahiran berfikir yang dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR), Kemahiran Berfikir Aras Sederhana (KBAS), dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Senarai Aras Kemahiran Berfikir Bagi Mengukur Pelajar di Sekolah
Isi Kandungan
Berkut adalah merupakan penerangan lengkap apa itu KBAT, KBAS dan KBAR yang anda boleh ketahui:
Apa itu KBAT?
KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merujuk kepada kemampuan pelajar untuk menganalisis, menilai, dan mencipta berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang ada. Ini adalah tahap kemahiran tertinggi dalam hierarki kemahiran berfikir.
Apa itu KBAS?
KBAS atau Kemahiran Berfikir Aras Sederhana merangkumi kemampuan pelajar untuk mengaplikasi dan menganalisis maklumat. Ini adalah tahap pertengahan di mana pelajar perlu menggunakan pengetahuan yang ada dalam situasi yang berbeza.
Apa itu KBAR?
KBAR atau Kemahiran Berfikir Aras Rendah merujuk kepada kemampuan pelajar untuk mengingat dan memahami maklumat. Ini adalah tahap paling asas dalam hierarki kemahiran berfikir.
Penerangan Mengikut Aras Kemahiran Berfikir
Berikut adalah merupakan pecahan dan penghuraian mengenai senarai aras kemahiran berfikir yang perlu guru-guru kenalpasti:
KBAR (Kemahiran Berfikir Aras Rendah)
Aras Mengingat
- Mengingat kembali atau mengenal pasti maklumat yang spesifik.
- Mengecam, mengulang, menyenaraikan, mengenal pasti, menamakan, menyatakan, memberitahu, dan lain-lain.
Aras Memahami
- Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk yang lain, mentafsir bahan atau idea, menganggar trend.
- Menjelaskan, memberi contoh, meringkaskan, menterjemah, memilih, menerangkan, dan lain-lain.
KBAS (Kemahiran Berfikir Aras Sederhana)
Aras Mengaplikasi
- Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi yang berbeza untuk melaksanakan sesuatu perkara.
- Menunjukkan, menyesuaikan, menggunakan, menggambarkan, membina, melengkapkan, memeriksa, mengelaskan, menunjuk cara, melukis, melakar, meramal, menyediakan, menghasilkan, mengguna pakai, melaksana, melakonkan, dan lain-lain.
Aras Menganalisis
- Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan.
- Mencerakin, mengkategorikan, membezakan, memaparkan, memeriksa, menguji, membanding, membuat inferens, mengesan, mentafsir, menyiasat, dan lain-lain.
KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Aras Menilai
- Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.
- Mempertimbangkan, mencadangkan, menilai, memilih, mentaksir, memberi justifikasi, membuat keputusan, membuat kesimpulan, memberi alasan, mempertahankan, membahas, menyokong, mengesahkan, menentukan, dan lain-lain.
Aras Mencipta
- Menghasilkan idea, produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.
- Mencipta, menyusun semula, melakar, menggubah, menggabungkan, merancang, memasang, membina, merumuskan, menjana, menghasilkan, menyediakan, mereka bentuk, dan lain-lain.
Dengan memahami dan menguasai kemahiran berfikir ini, pelajar dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mengatasi cabaran pembelajaran serta bersedia untuk menghadapi dunia yang semakin kompleks dan mencabar.